Isnin, 6 Disember 2010

Mula Mengemas

penat..pindah memang penat..nak pindah kena kemas barang masuk kotak. kena marking sebab tak mahu susah cari barang nanti bila dah unpack. memang berguna kerja marking ni.

aku masih tak dapat nak buat entry bergambar. gambar ada je..gambar pindah randah si nomad. hehe...

elok je aku pindah, malam tu mak telefon tanya aku pindah mana. sekali nak datang esoknya (Ahad). mahu tak kelam kabut aku. mestilah bagi mak tidur bilik sebelah. mak dah macam tahu je bilik lagi satu dia punya. senang nak datang tidur. rasa nak balik kampung akulah yang kena hantar. tak kisah je..cuma sekarang aku punya penat...ya Allah. tak daya..

aku tak dapat keluarkan semua barang juga dari kotak2. sebab rumah ni memang totally kosong. aku kena bawa/beli apa yang patut. 

mak nak kipas, beli...(tapi mak yang bayarkan sendiri) aku nak masak..beli meja untuk letak dapur. lepas tu TV aku elok je pindah masuk dia mati. bagusla......... nasib dapat tgk internet..huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...aku nak tgk CSI! 

yang pening sekarang washing machine aku tak dapat guna. tali paip pendek, wayar ke pin point pun pendek. sudahnya kain dah menimbun. kenalah mintak tolong kawan kerja maintenance kat ofis aku buat adjustment.

terasa nikmat berbaik dengan orang ni. kita tolong orang masa ni, Allah akan balas kemudian hari. jadi kawan2 jangan berat tulang bila nak ada orang nak minta tolong. aku kalau sihat, InsyaAllah aku tolong. kadang2 pertolongan datang dari sumber yang tak disangka2. jangan membayangkan wang, kesenangan membuat satu2 urusan juga satu nikmat. bacalah ayat 1000 dinar ya. pagi2..1 kali pun takper.

3 ulasan:

  1. siannyer eri chan penat nk mgemas..xpe perlahan2

    betul kalu org nk minta tolong n kita terdaya, tlglah dia..InsyaAllah ada balasan yg baik dikemudian hari...

    BalasPadam
  2. aku pun setahun sekali mesti pindah rumah..haha! ntah bilalah nak duduk umah sendiri.. :(

    slmt berhijrah dear :)

    BalasPadam
  3. hanim; tolong-menolong muhibbah gitu...ehehehe

    MDT; aku baru masuk rumah sewa kali ni. selalunya pindah bilik sewa je. ha sekali kau begitu banyak harta yang telah dikumpulkan sejak duduk KL nie..10 years already..

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.