Khamis, 9 Disember 2010

Nomad Bergerak

aku pindah kali ni (sejak keluar dari Bangsar) adalah kali yang ke-4. selalu masuk bilik sewa je. kali ni masuk rumah sewa. bukan senangla nak mencari yang sesuai. aku sampai tiap2 hari balik je kerja pergi web www.caribilik.com. - olx.com.my - mudah.com.my - biliksewa.com.my dan segala macam web. ke 7e pun seminggu sekali, yelah kat situ kan iklan akan ditanggalkan selepas seminggu. 

aku sampai dah tengok 2 rumah. 1 di Hulu Langat- rumah sewa apartment RM370 je sebulan tapi jauhla. kalau gatal2 pergi berjimba sampai tengah malam tu nak balik memang takutla..juga di hujung ampang apa tah nama..aku selalu lupa nama tempat. pergi tahu. apartment juga RM380. tapi...tapi...bilik air problem sikit...

kemudian aku juga berangan nak duduk di taman kosas je bilik jelah tapi....RM350. jadi kecil la nak menampung barang2 aku yang banyak.. bila pergi jenguk..oh cannot la...kemudian nak tengok di Sri Gombak dan Sri Kembangan tapi cancel last2. selalu ditenangkan oleh zcat. actually dah lama aku mencari rumah yang sesuai atau bilik yang sesuai...tapi zcat cakap jangan terburu2.. cuba bertenang, diakhir nanti pasti ada yang terbaik. ok....dengar cakap kejap. selalu melawan je..hahaha..

last2 Ping tanya pada ayah dia. sebab di depan rumah dia ada sederet rumah guru. ada penyewa yang hendak keluar. jadi minta dichop terlebih dahulu. dah rezeki aku agaknya, hari ahad aku dapat berita. isnin pergi isi borang. selalsa bayar deposit. RM330 termasuk air. ok....mampulah harapnya. ehehehe...kenalah cut segala perbelanjaan tak perlu dan membazir. ehehehe..siap cakap nak kena catu diri sendiri. tapi rezeki tak boleh buruk sangka. InsyaAllah ada. jadi aku teruskan je. sebabnya senang family nak datang. dulu duduk2 bujang, susah adik-beradik nak datang ziarah. la ni boleh tidur terusla..jadi aku buat bajet dan kuatkan semangat. proceed je tak fikir2 lagi.

 pack and marking
 my empty room
 1 tonne lorry
the lifters

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.