Jumaat, 11 Mac 2011

Ubat Gigi

zaman memula gosok gigi dulu, aku ingat lagi family aku pakai close-up. ubat gigi jel warna hijau. pedas. zaman kanak2 dulu takde ubat gigi untuk kanak2. bantai share 1 family. tak gosok gigi tak boleh sarapan pulak nanti.

kemudian ada ubat gigi pepsodent. ok sikit rasa mint. aku suka je..

bila colgate keluar dipasaran. kami pun start guna. lagi2 lepas tu ada kelab colgate. bangga tu jadi ahli..dapat majalah dan macam2 lagi..kembang kempis hidung masa tu..

kemudia darkie sebelum jadi darlie.. hahaha nama ditukar sebab darkie macam berdaki je walaupun sebenarnya bahan itu untuk cuci gigi. nama tak komersial.
ubat gigi ni pun pedas jugak..heyy tak suka...

aku pengguna setia colgate untuk tempoh yang sangat lama. even aku cuba ubat gigi lain tapi tak best. kemudian bila keluar cerita florida merosakkan gigi aku pun cari ubat gigi tanpa florida. macam2 la try. puas jugak nak cari sebab aku gusi selalu je bleeding..

aku cuba safi, najwa, sensodyne, dentobac..macam2la..akhirnya...
ubat gigi ni paling aku suka. walaupun kau rasa macam makan rumput. rasa macam lembu makan rumput segar. hahah..serius, pendarahan gigi aku berkurang. bahagia...

gambar semua ihsan Google.

Khamis, 10 Mac 2011

Berus Gigi

apa berus gigi kegemaran? sejak berkenalan dengan oral B aku tak tengok dah berus gigi lain. tengok2 jelah masa cari oral B kat rak. dan oral B paling syok ialah cross action. masa tahun 1999 harga sebatang ialah RM11.90. dan harga ini tak berubah sehinggala adik-beradik cross action diperkenalkan. yang kemudiannya berharga RM13.90. diselitkan berus getah yang lembut untuk gusi.gambar2 ihsan Google.

berus gigi oral B sangat best kerana berjaya mengurangkan masalah plak gigi aku. aku juga rajin pergi buat scaling. dulu-dulula. sekarang kena tengok masa dan hari.

kemudian pernah gatal2 nak tukar berus gigi oral B yang lebih murah, tapi gigi rasa tak bersih. jadi patah balik pada oral B. 

tahun 2010 aku cuba guna berus gigi xylin keluaran cosway. berusnya halus2 dan masuk celah2 gigi. sampai pada gigi palaing bongsu..yang tak sepenuhnya oral B dapat capai. oral B saiz kepala 35 medium paling best. tapi selalu dapat saiz 40. besar dan kurang selesa.

bagi aku kedua2 berus gigi ni hebat. dan xylin memang murah. yang penting boleh tolong keluarkan segala yang terlekat kat gigi berlubang aku.

Rabu, 9 Mac 2011

Sambal Tumis Ikan Talang

weekend tak keluar, jadi harusla memasak disebabkan malas nak driving keluar cari makan. takkanla nak suruh orang teman lagi..

aku masak apa yang ada peti ais...aku dah lama tak ke pasar. hahaha...pemalas tahap cipan nak membeli groceries. 

ok la aku bagitahu macam mana aku masak sambal style aku. aku ni dulu masak ikut buku resipi. kejadahnya nak tengok buku resipi benda2 yang dah biasa masak kan? ha..ha..ha..

  • bawang putih & bawang besar kisar = aku bajet dapat 4-5 sudu besar
  • cili kering kisar = aku bajet dapat 5-7 sudu besar
cili kering kisar style aku; rebus cili blend dengan 2-3 titik minyak masak supaya cantik dan menawan...kalau boh air je semata2 biji cili tak hancur..itu petua kakak sulung akula..
  • bawang besar sebiji hirisla bulat2 tu nipis2..
  • panaskan kuali...letak minyak..masak sambal minyak kena banyak..segala mak nenek bahan2 nak tumis tu mesti tenggelam dalam minyak
  • dah panas, start dengan isi bawang, kemudian cili kisar kemudian bawang hirisan tu.
  • agak2 mendidih letak garam gula..agak2la..
  • pastu letak paste asam jawa..aku guna adabi
  • pastu masukkanla ikan talang tu..
 dari kuali
ke dalam mangkuk
marilah makan dengan nasi....sayur campur digoreng dengan sos tiram dan telur rebus.

walaupun geram ada selit rasa bahagia sebab lepas bagi Ping semangkuk, dia punyalah syok makan pergi bercerita kat kawan2 ofis. ada 2 orang je tahu..lepas tu diorang ni order pulak..siap cakap bila nak ajak datang rumah.. sabar jelah..aku ni masak bila happy mood je...tak happy, makanan aku pun tak best..haha

Selasa, 8 Mac 2011

Pemandangan Malam di Putrajaya

dah habis makan kek di secret recipe, bergegas nak solat maghrib. kali ini aku tak bawa telekong. tapi semua dipermudahkan. tandas bersih, telekong bersih. nak ambil wudhuk je kena beratur tapi kejap je.

lepas itu layan movie Drive Angry. filem lakonan Nicolas Cage. best la layan mivie 18SG ni.. memang ganas. aku berapa kali tutup mata. adegan2 lucah tu memang kena potongla. tapi percakapan kasar tu tak pula potong. selamba je diteruskan. dan kadang2 ada translate yang lucu. shell untuk maksud peluru diterjemah sebagai kupang. hahahah..filem ini banyak aksi menembak. darah2...

dah habis tengok movie pergi supper di Presint 9 food court. layan hotdog special dengan teh tarik. tapi hotdog special sebelah 7E Bandar Baru Ampang jugak yang terbaik. kuew tiaw pun Bandar Baru Ampang pun sedap..hahahaha..serius. tapi tak bolehla lawan kuew tiaw Dolly. 
masa on the way nak balik, kami round2 Putrajaya tengok lampu2..tengok kereta bersadai di jambatan2. ada road block sebab accident. kami diminta guna jalan lain, sebab jalan ditutup. maka alang2 menyeluk pekasam, kami pun naik ke PICC. berderet2 bas sekolah dan kereta2 di atas tu. rupanya ada event. tak silap dinner HUKM. 


 



Isnin, 7 Mac 2011

Secret Recipe, Alamanda..alam anda

selepas makan2 di cyberjaya, kami round2 putrajaya pulak. solat asar di masjid besi. memang bestla masjid ni..suka..kalau boleh hari2 mahu datang..masjid tanpa air-cond.

kemudian ke Alamanda, Putrajaya pulak. since takde plan kami pakai jalan je...titibe zcat kata jom tengok wayang. jadi beli tiket untuk show 8.30 malam. jadi nak tunggu show tu, kami berjalan2 di dalam Alamanda la. dah jalan2 haus pula. lepas tu mengada2 nak makan kek.

 inilah akibat menunggu waiter lambat datang ambil pesanan
 walaupun muka encik ni dah penat tapi dia gigih layan game pixel ni.
 lepas tu wajib check in sebab gila kumpul badge jadi mayor satu2 kawasan.
 air frosty lime tu i punya, u minum air mineral dah
 panjang betul gelasnya.
 acara makan kek rasberi. sampai tutup2 mata nak menikmati hidup
 dah habis makan kek nak main game pulak.


Secret Recipe outlet di Alamanda luas dan banyak pilihan kerusi. tapi panas. sebab tu kami pilih duduk bawah kipas.

Ahad, 6 Mac 2011

February 2011 Birthday Celebration

ingatkan best la bulan 2 dapat increment. itulah hadiah "birthday" paling best bagi orang yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan 2. tapi nan ado...GM tu berjanji sudah..tapi............pandai pulak tak datang event ni... masa bulan 1 hari itu berjanjila sangatkan...

 julie paling kiri lahir 1hb Feb. tiap2 tahun orang KL sambut birthday beliau. kan gempak tu.
 kek tu sedap
 wan dan Q pun sambut dalam bulan yang sama. Q sebagai sambutan bujang terakhir. 13 March ni beliau bersanding.
teh 0 je. auntie Mui yang buatkan dari pantry ofis. cut bajet ye..bila nak bagi increment?

Mat'am Saba', Cyberjaya

hari sabtu gigih mengemas rumah. gigih alih2 barang dalam bilik emak. tukar suasana, menyapu bagai. lap2 bagai. rasa seronok pulak buat kerja2 housekeeping. oh memang bahagia bila tengok rumah kemas. kemudian lapar. nak masak dah gigil rasanya. belum maksima, tapi tak mahu masak. nak makan tapi takde teman. kesudahannya...


 masa ni dah nak jam 4 petang. tapi restoran ni pengunjungnya tak putus2.
 saya lapar ok!
 
 mari minum
 puding karamel. RM5. rasanya i masak lagi sedap. hehehehe
 nasi beriani dengan??? hmmm RM17
 kuah free..kalau tak malu beli roti gardenia pastu masuk restoran ni ambil kuah free..hahaha
 jeng jeng jeng...
 tara!
 lamb yang dibakar dalam aluminium foil. terbaik. lembut...
 dah start rakus nak makan..jadi tak dan pandang kamera dah
 guna sudu tak best..tak feel nanti..biarkan jejari bau daging kambing
 cedok kuah.
 tulang pun tercabut dengan senang.

aku je yang makan. zcat temankan je since dia dah makan dengan his sister. aku makan sehingga licin, tapi tak reti nak sedut lemak dari tulang ni. rasa kembang tekak pun ada. yang pasti aku tak pening langsung. zcat kata kalau kepala pening lepas makan daging kambing means darah kita kotor. jadi darah aku bersihla? ahahaha...memang terbaik la daging kambing dia.

dahla mintak orang teman makan. kemudian orang tu yang kena belanja. semua sekali RM34. termasukla sebungkus kacang, air mineral untuk zcat dan puding juga untuk dia. er..er..

Jumaat, 4 Mac 2011

Melepaskan

bukan mudah nak melepaskan cinta. ye tak? melalui pengalaman cinta aku sendiri, ada yang menangis berhari2, berminggu2, bertahun2? apa? bertahun2? ye....memang cinta tu kan gila.

kenapa lepaskan cinta? kenapa perlu pegang cinta yang semakin layu? atau cinta tu sungguh bersemarak tapi harus dilepaskan demi menjaga hati orang lain? ibu bapa terutamanya. diri sendiri? sanggup?

melepaskan cinta bukan mudah. apatah lagi bila tahap cinta dah menjangkau usia panjang. 10 tahun, 7 tahun, 3 tahun, 4 bulan? tolonglah. be reasonable. when u choose a man, choose him wisely. determine, jangan mudah jatuh hati, lagi apabila usia dah sampai peringkat tinggi. 30 tahun ke atas tu tinggi saham tau.

tapi cinta itu datang tanpa paksaan kan. kalau dah boleh dilepaskan dengan mudah, itu belum sampai tahap cinta sepenuhnya. mungkin masaih dalam fasa percubaan mendapatkan perhatian dan cinta?

haha..kenapa aku akhir2 ni berkisah pasal perhubungan lelaki dan perempuan je? aku jadi kaunselor cinta? atau tempat meluahkan perasaan kecewa akibat ditinggal teman lelaki atau sebab terpaksa tinggalkan mereka?

aku juga kecewa cinta beberapa kali. dan aku boleh cerita kenapa aku gagal dalam fasa percintaan itu. ada sebab yang kelakar, ada yang tak boleh terima, ada yang agak merisaukan.

Rabu, 2 Mac 2011

...Your Understanding..

i think understanding to each other needs in a relationship is a part key of happiness. but to understand, sometimes we need to ask.

i am happy because he understand that;

  1. i am busy in morning, so i couldn't reply sms/mms asap.
  2. while i am taking a long period to resume my pray from went to washroom until checking my hijab is neat & tidy, he never call.
  3. when i said good night first - means i don't want to be bothered and need full rest, he reply nite2 & no more sms/call after that.
  4. i was driving - please i was speeding at 80km at least, so i ignored all call & sms.

i don't like people shouting at me, being anger because i am late pick up the phone especially. is really annoying.

but i do angry if i call someone more than 3 times and nobody pick up the call. okay, it will happened when someone make promise to meet at bla..bla.. time and never show up, until 30 minutes later. i become crazy. so I'm not a patience person? i was trying to understand you know.

Selasa, 1 Mac 2011

Pen Special

Kenapa pen ini special? harga mahal? diimport? dihadiahkan? tekaa...tekaa.....
V
V
V
V
V
V
V
V
 1 purple, 1 blue
 cam garfu eh...
 taraaaaa
 apa ni?
 ooo mari sambung...
jadi chopstick..sesuai untuk aktiviti mengembara...hahaha
purple for me, blue for you zcat san.