In

Pemandangan Malam di Putrajaya

dah habis makan kek di secret recipe, bergegas nak solat maghrib. kali ini aku tak bawa telekong. tapi semua dipermudahkan. tandas bersih, telekong bersih. nak ambil wudhuk je kena beratur tapi kejap je.

lepas itu layan movie Drive Angry. filem lakonan Nicolas Cage. best la layan mivie 18SG ni.. memang ganas. aku berapa kali tutup mata. adegan2 lucah tu memang kena potongla. tapi percakapan kasar tu tak pula potong. selamba je diteruskan. dan kadang2 ada translate yang lucu. shell untuk maksud peluru diterjemah sebagai kupang. hahahah..filem ini banyak aksi menembak. darah2...

dah habis tengok movie pergi supper di Presint 9 food court. layan hotdog special dengan teh tarik. tapi hotdog special sebelah 7E Bandar Baru Ampang jugak yang terbaik. kuew tiaw pun Bandar Baru Ampang pun sedap..hahahaha..serius. tapi tak bolehla lawan kuew tiaw Dolly. 
masa on the way nak balik, kami round2 Putrajaya tengok lampu2..tengok kereta bersadai di jambatan2. ada road block sebab accident. kami diminta guna jalan lain, sebab jalan ditutup. maka alang2 menyeluk pekasam, kami pun naik ke PICC. berderet2 bas sekolah dan kereta2 di atas tu. rupanya ada event. tak silap dinner HUKM. 


 



Related Articles

5 comments:

  1. best ek citer tu...
    i tunggu dvd je ler...
    lawa pemandangan malam kat situ..

    ReplyDelete
  2. cantik gak view dia waktu mlm ek.biasa tgk siang ari je...

    ReplyDelete
  3. salam..

    waaa..satu hari di putrajaya..hehehe...seronok yek berjalan jalan

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...