Ahad, 6 Mac 2011

Mat'am Saba', Cyberjaya

hari sabtu gigih mengemas rumah. gigih alih2 barang dalam bilik emak. tukar suasana, menyapu bagai. lap2 bagai. rasa seronok pulak buat kerja2 housekeeping. oh memang bahagia bila tengok rumah kemas. kemudian lapar. nak masak dah gigil rasanya. belum maksima, tapi tak mahu masak. nak makan tapi takde teman. kesudahannya...


 masa ni dah nak jam 4 petang. tapi restoran ni pengunjungnya tak putus2.
 saya lapar ok!
 
 mari minum
 puding karamel. RM5. rasanya i masak lagi sedap. hehehehe
 nasi beriani dengan??? hmmm RM17
 kuah free..kalau tak malu beli roti gardenia pastu masuk restoran ni ambil kuah free..hahaha
 jeng jeng jeng...
 tara!
 lamb yang dibakar dalam aluminium foil. terbaik. lembut...
 dah start rakus nak makan..jadi tak dan pandang kamera dah
 guna sudu tak best..tak feel nanti..biarkan jejari bau daging kambing
 cedok kuah.
 tulang pun tercabut dengan senang.

aku je yang makan. zcat temankan je since dia dah makan dengan his sister. aku makan sehingga licin, tapi tak reti nak sedut lemak dari tulang ni. rasa kembang tekak pun ada. yang pasti aku tak pening langsung. zcat kata kalau kepala pening lepas makan daging kambing means darah kita kotor. jadi darah aku bersihla? ahahaha...memang terbaik la daging kambing dia.

dahla mintak orang teman makan. kemudian orang tu yang kena belanja. semua sekali RM34. termasukla sebungkus kacang, air mineral untuk zcat dan puding juga untuk dia. er..er..

2 ulasan:

  1. Wahhh dah lama tak makan menu Arab ni. Air lemonad Barbican tu memang syiok!

    Betul, Nasi Beriyani kat restoren Arab ni memang sedap, sebab masak dgn minyak sapi. Daging/ayam pun lembutttt jer..

    BalasPadam
  2. memang betul. boleh ulang pergi sampai bosan. hehe cuma jauh naa dari ampang nak ke cyberjaya tu.

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.