aku ni memang suka kumpul bekas tin. selain dari Tupperware, bagi aku bekas tin sangat klasik. masa kecik2 dula, arwah bapak suka beli biskut meri ke biskut jagung ke dalam tin besar tu. adik beradik ramai...tin kecik apa barang....bila biskut dah habis mak akan ke kedai pulangkan tin dan dapat duit...kira tin tu macam depositla. pulang dapat duit, tak pulang tak dapat duit. sekarang kalau aku pulang tin biskut dapat duit tak?
ke Giant nak beli air sedap. tekak aku ni mengada..kalau aku bawak bekal aku nak minum air mahal..padahal beli kat Giant je...ceh....tapi kalau aku makan kat kedai, aku minum air harga RM1.30 je....keh keh....
tiba2 pandangan mataku tertoleh pada satu benda..masa ni aku dah give up nak beli air sedap dalam Giant. selalu aku beli Ribena je...takde stok tadi...
Kellog's buat promosi dua pek ni RM12.99 kat Giant.. kat kaunter kena bayar RM13. 1 sen tak dipulangkan ye... ah dahla tin ni sama besar kotak Kellog's. pastu hijau macam menawan pulak walaupun ada kaler putih....hijau for vege.. macamla aku tak makan daging kan... terpaksa la aku makan breakfast gaya sihat esokkan...
kandungan 275g emping jagung. tengok tin ni klasik...maka mana taknya aku tak grab...
sure aku pergi grab tin putih pulak lepas ni. limited edition la katakan....haha.. kalau aku rajin, aku upload gambar tin2 koleksi aku. tapi tin biskut yang biasa macam Danone tu aku tak simpan. aku buang lagi ada..siapa ada tin ukuran tak normal sila bagi aku kalau nak buang..hahaha...pelik kan hobi ni...nasibla...tapi tin bersih je..tin karat, janganla korang roger2 aku pulak..
ohhh baru saya tahu. saya kena tipu selama ni. sungguh baru saya tahu. buta buta saya kena tipu.
BalasPadamtak baik betul kekawan saya. selama ni saya percaya bukan jek bulat bulat, bujur, empat segi, petak.. semualah.
Saya baru tahu, orang tak kumpul setem lagi dah. Orang kumpul bekas tin sekarang. Saya nak bakor jek setem ni semua.
makanya strategi pemasaran kellogs berjaya sebab wujudnya pencinta2 tin seperti ko! ;)
BalasPadamem cm menarik utk digrab gak ni.mende limited kan kena simpan.tu pun sbb 12.99.kalau 129.90 takla...heehehe..
BalasPadamhazrey; setem pun masih simpan. bayangkan kalau setem yg dipos arwah bapak dari oversea dulu2....itu memori ok..
BalasPadamina; hahaha..aku memang suka tin....keh keh..
ratusiput; hobi murah2 mampula kan...mahal2 kalu pengsan gak...
1st time dgr org kumpul tin..xtau plak kellogs ada keuarkan dlm bentuk tin...nnti nk tgk koleksi tin eri chan
BalasPadamhanim, tengah mencari balik mana tin2 tu.. malang i lambat. tin putih dah habis....huwaaaaaaaa...
BalasPadamEheheeh!!Aku xbkenan tin putih tu..
BalasPadamaku amik yg ijoo jek..pastu pueh melantak cornflakes dgn adik aku sebab dlm tin tu pon ada cornflakes gak..
aku igt kosong..hehe! =P
haha aku belum makan2 lagi..satu kotak aku bagi kawan aku..hahah
BalasPadamcantik jugak tin tu kan...nanti kalau ada aku halo2 ko
BalasPadam