Khamis, 9 Februari 2012

TGV Popcorn Royale

tin baru! koleksi tin baru!!!! gyahhhhhhhh...

semasa menjenguk garret di KLCC last time, tengok harga popcorn dalam tin boleh pitam. RM129! paling murah tu!...boleh dapat sepasang baju kerja siap dengan tudung ok! itu aje yang aku fikirkan sekarang.

jadi masa menapak ke TGV Wangsa Walk aku pun dah tertinjau2 tin popcorn TGV yang diletakkan atas para. harga 1 tin RM29.00. okay next time lah.

kemudian next time datang tu terus nak. pulak2 masa tu lapar tak sempat makan sebab nak masuk panggung dah. jadi ambil jelah Popcorn Royale. tahu ambil je kan.. tak tahu bayar..er..er..yang tolong bayar zcat. penyokong hobi aku mengumpul tin.

tadaaaaa!!!
besar kan...

tunggu nak masuk wayang je ni

karamel! yummeh!!! besar2 pop corn nya!!
but still yeah winner is Garret la. siap ada kacang macademia. makan sekali setahun bolehla....eh lama pulak setahun tu..haha

Gold Chili Restaurant

Restoran Gold Chili
Jalan SS15/8B, Subang Jaya, Selangor

sejak dah pandai makan butter prawn/chicken/squid, makanya asyik mencari yang sedap aje nak ikut selera anak tekak dan nafsu makan. uh uh.

selepas minum teh sedap di Melaka Corner, kitorang menuju ke Subang Jaya pula untuk makan2.

buttermilk prawn. sedap sangat. aku suka. ni small size aje...

makan bersama set naasi dan sup bawang. ada juga air teh o ais. kira jimat dan murahlaa

nasi goreng daging super sedap!!!!! zcat dah addicted!
harga2 tak ingat pulak sebab takde resit la.. tapi tempat ni berdekatan dengan First Subang, shopping complex yang baru. lepas makan kitorang pergi solat Isyak di sana.

Rabu, 8 Februari 2012

Teh Ais Melaka Corner

teh rupanya tak boleh diminum dengan hidangan berat seperti nasi. jadi kami simpan perut nak minum teh. eh? tak order teh bersama nasi sebab nak minum teh waktu senggang..

Melaka Corner di 1 Utama masih lagi menjalankan perniagaan selepas renovation di tempat yang sama. ingatkan dah kena relocate. hehe. sebab banyak betul kedai baru di 1 Utama.

setelah makan2 di Dome, kami ke 1 Utama untuk minum teh ais super sedap.

takde dah plastik beg, cawan plastik adalaa. tapi besar. dan harga pun naik 30 sen dari RM2.70. tapi kalau tapau still dalam beg plastikla...



Dome Cafe, Suria KLCC

nak makan spaghetti oglio...tapi tiba2 tertukar cheese pulak. hehe.

creamy seafood pasta - lin RM28

spicy olio - beef RM23
raw sugar & equal sugar - which is raw is healthy, artificial will make your health worse!
 


our dessert for that day; choc brownie with vanilla ice cream RM12
info; service charge 10% & GST 6%


Selasa, 7 Februari 2012

Cosway Redemption Coupon Expire Month

perhatian kepada pemegang kupon RC dari Cosway. kalau tengok betul2 atas kupon itu memang ada printed expired date kan. haa janganla lama2 sangat pegang/simpan sehingga burn..rugi nanti..

seperti yang dimaklumkan oleh jurujual di Cosway;-
  • untuk kupon tahun 2008-2009 kupon akan mati pada March 2012. 
  • kupon tahun 2010 akan mati pada December 2012.
jadi gunakanla untuk pembelian barang yang boleh menggunakan kupon. cuma nanti kena tambah duit sikit atau langsung tidak bergantung kepada harga yang ditawarkan.
macam aku dah gunakan 8 kupon untuk bekas air yang boleh diajadikan juga bekas mebuat ais dan menebus mesin jahit Singer. haa...kan...untung berganda2. 

sekarang ni, aku pun nak kena cari kupon2 aku...kenalah start membelek RC yearly book. nak tengok apa lagi yang mahu ditebus. 1 kupon dapat dengan setiap RM30. tapi bukan semua barang yer....sila rujuk pada jurujual Cosway. sentiasa update dengan buku promosi terbaru.

aku hanya pemegang kad VIP jadi takdela banyak faedah dapat macam dealer. jadilah kan....

Ikan Bawal

sekali lagi pada hari ahad nak ke Jemari. tapi kali ni dengan kawan2 zcat. bila dah sampai..tutup...jadi confirm la hari ahad tutup. makanya...ke Showru lagi. berdekatan dengan MAS training centre yang lama?

kali ni aku cuba ikan bawal goreng sambal pulak.


ini ialah kambing black pepper. awesome yo kawan zcat yang order

Isnin, 6 Februari 2012

Astro Byond Termination Procedure

aku takde astro. tapi aku ada pengalaman menelefon astro untuk terminate langganan astro bagi pihak "Bos" aku.

aku rasa ini patut kerja secretary dia, tapi secretary tu suka2 je hantar note kat akaun dept untuk terminate kan akaun astro. aku kena sebab aku jaga property yang "Bos" diami.

sekiranya nak terminate sebab kematian;

  • kena bagi sijil kematian...tapi sebab "bos" aku ni orang kenamaan, maka aku terus terang je dengan astro yang aku tak mungkin dapat sijil kematian itu.
  • makanya...aku diminta beri salinan IC si mati. bila aku kata boleh bagi..dia kata takyah..minta no IC aku pulak.
  • mereka akan confirm kan untuk pastikan aku ni betul ke layak buat phone call untuk terminate astro.
  • settle bil outstanding. sebab dah kena block tak boleh terminate direct.
  • lepas bayar guna kredit kad, 3 hari baru clear.

aku pun call astro lagi selepas 3 hari.

  • katanya astro byond tu ada 1 year contract. pulak. manalah aku tahu.
  • macam tu kalau nak terminate juga, kena denda RM240 prorate dengan jumlah bulan penggunaan. 
  • makanya ko RM240/12 = RM20 sebulan. kalau dah guna 7 bulan darabla 7 yer.
  • kemudian dikehendaki memulang astro smart kad dan decoder. piring tak payah.
  • last sekali baru dia hantar bil akhir.....termasukla jumlah denda..barula boleh terminate.

aku share apa yang aku dapat info. kadang2 seronok call customer service ni. diorang punyalah nak kena jaga percakapan sebab semuanya dirakam. sekali je diorang buat slack..memangla aku akan kenakan diorang. hahaha...

Jumaat, 3 Februari 2012

Photoshoot

sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ni aku tak dapat tengok naga menari sebab aku jam 10 setengah dah kena keluar.

pulang dari MBF terus la aku kelam kabut settle apa yang patut. hari yang agak jammed di waktu tengahari.

balik2 cari parking yang sentiasa penuh di waktu lunch. aku selamba parking kat zon larangan. sebab aku berani? sebab aku ada sticker. kalau tak..takmo aku kena clamp tayar tak fasal2.

Ulfa begitu baik hati simpankan makanan untuk aku. mereka semua dah kenyang makan. jadi pagi tadi yang cuma setakat minum Nescafe Gold, harusla lapar perut. tak dan-dan nak makan, kena panggil untuk sesi fotografi staff2. okaylah...marilah semua lebar macam tahun ni akan naik increment yang memuaskan hati dan bonus lebih dari 2 bulan. ngeeeeeeeeeeeee...

lepas dah makan...sebenarnya tengah2 makan ada pula yang datang bagitahu ada sesi fotografi lain. aik? tak cukup2 ke? atau sebab aku pakai baju tradisional Vietnam? fine. sabar..kasi aku makan dengan gembira dulu. muffin sedap la...rasanya bos aku yang buat.

kemudian aku pun masuk bilik untuk bergambar. tertanya-tanya untuk apa? dan kenapa pilih aku? katanya untuk front page website company. waduh? kenapa aku ya..?? kenapa?..oh katanya selected? erm???


muka macam ni masuk front page? hahahahaha...

ko tak caya? ko tengok sini.. hahahaha http://www.nadingroup.com/default.html

Super: Kimchi Ramen

kali pertama aku dengar pasal mee ramen ni hasil aku menonton anime Naruto 5-6 tahun lepas. aku asyikla tengok, asal Naruto makan ramen kat kedai di kampung dia tu, mesti bermangkuk2..sedap ke weh? (gila kan kartun je makan pun aku dah terliur....)

maka sejak itu aku pun intai2la mana tempat makan ramen yang halal. 

aku akuilah mee ramen paling awesome aku makan adalah di Ichiban Ramen. first time aku makan seafood ramen. perghhhhhh...

tapi kalau aku nak makan instant yang sedap aku rekomen jenama Super ni. sedap weiiii... tapi harga dia memang mahal. aku tamak selalu beli setengah dozen terus.

RM14.90 untuk 6 bekas di JJ

seafood ramen Ichiban Ramen Sunway Pyramid 27 April 2008

seafood ramen Ichiban Ramen Pavilion 3 April 2010

Khamis, 2 Februari 2012

Pau Jenama Kart's

aku suka pau kacang merah. disebabkan aku rindu nak makan pau..dan pau paling akhir aku makan paling sedap di R & R Beranang -LEKAS, aku pun beli je kat Giant.

senang kukus sendiri. 10 biji. amik kau..

pau yang comel2. senang nak kunyah. inti pun tak mengecewakan.
jangan risau pasal pau ni. sila ke laman web ini kalau nak tahu lebih lanjut. senang nak kukus. jerang air kasi didih, lepastu stimkan pau 10 minit. guna periuk kukus tau...(ye korang semua pasti tau....)

Rabu, 1 Februari 2012

Jajan

hari ni beli jajan lagi.

apa itu jajan?

pada pemahaman aku, makanan yang kau kunyah2 padahal perut kau tak lapar. tapi kau sengaja nak gigit2. sebab kau tak mahu gigit jari atau rambut kau.

kau ada? stok jajan macam aku? haaa...

biskut kacang bulat RM15 untuk 90 keping, popiah bergula RM14, popiah daging RM18

biskut kacang bulat dalam bekas masing2. sangat happy...
popiah2 tu aku beli dari kawan ofis. mak dia yang masak. dia tahu ambil komisyen je. hahahaha..biskut kacang bulat tu dari kedai borong kat BBA la. aku pernah cerita dulu masa aku beli biskut bangkit. harga sama je. sila type kat search box. aku malas nak link-kan. hehehehe.

jangan makan jajan banyak2. tak elok. tapi makanla popiah..hahahahah.. kulitnya crunchy..aku sangat suka...ada harapan order lagi sekali ni.