sambutan perayaan Tahun Baru Cina kali ni aku tak dapat tengok naga menari sebab aku jam 10 setengah dah kena keluar.
pulang dari MBF terus la aku kelam kabut settle apa yang patut. hari yang agak jammed di waktu tengahari.
balik2 cari parking yang sentiasa penuh di waktu lunch. aku selamba parking kat zon larangan. sebab aku berani? sebab aku ada sticker. kalau tak..takmo aku kena clamp tayar tak fasal2.
Ulfa begitu baik hati simpankan makanan untuk aku. mereka semua dah kenyang makan. jadi pagi tadi yang cuma setakat minum Nescafe Gold, harusla lapar perut. tak dan-dan nak makan, kena panggil untuk sesi fotografi staff2. okaylah...marilah semua lebar macam tahun ni akan naik increment yang memuaskan hati dan bonus lebih dari 2 bulan. ngeeeeeeeeeeeee...
lepas dah makan...sebenarnya tengah2 makan ada pula yang datang bagitahu ada sesi fotografi lain. aik? tak cukup2 ke? atau sebab aku pakai baju tradisional Vietnam? fine. sabar..kasi aku makan dengan gembira dulu. muffin sedap la...rasanya bos aku yang buat.
kemudian aku pun masuk bilik untuk bergambar. tertanya-tanya untuk apa? dan kenapa pilih aku? katanya untuk front page website company. waduh? kenapa aku ya..?? kenapa?..oh katanya selected? erm???
muka macam ni masuk front page? hahahahaha...
ko tak caya? ko tengok sini.. hahahaha http://www.nadingroup.com/default.html
pelesu sangat senyum tu hahahaha
BalasPadamAlahmdulillah rezeki eri chan....leh blanja pas nie...
BalasPadamhanim; ini photo shoot free ni
BalasPadam