Isnin, 2 April 2012

Hershey's (Her/She?)

hari ahad yang sibuk. ketika orang lain dah sibuk2 membeli-belah dan menghabiskan wang gaji mereka, aku cuma mampu belek2 je dulu tengok apa barang nak beli. in case nak datang lagi sekali next time, hehe.

jalan TAR

1 Utama




coklat hershey's ni memang sedap. dapatla 2 lepas bergambar dengan "coklat" tu tadi.

Ahad, 1 April 2012

Addicted To Nescafe

nescafe minuman biasa keluarga aku. sejak kecik aku tengok mak mesti beli nescafe. sepanjang hidup aku sampai hari ni bemacam2 packaging nescafe di jual.

bermula dengan nescafe classic, arabica, gold, gold decaf dan sekarang ialah alta rica!

satu pagi tanpa nescafe, lemah je aku kat ofis. hehehe. minum nescafe ni macam mengejut aku dari tidur la..hehe


Jumaat, 30 Mac 2012

Watermark

puas jugak aku mencari bahan untuk buat watermark ni. jadi aku mencuba untuk pertama kali menggunakan aplikasi PicMarkr Pro. 

selepas sudah di download, akan ada pop up window menyuruh membeli lesen. tapi aku nak test je dulu.

hasilnya;-


er payah jugak bila nak belajar benda2 baru ni. 

ok kali kedua aku try dari Water Marquee

aku sebenarnya suka yang mana satu? aku suka yang free download la. hehe..ok nak try lagi..lepas tu aku update lagi. hehe..

Khamis, 29 Mac 2012

Blink!

aku dah mula pakai contact lens setelah hampir 9 bulan tak pakai. yelah sejak2 dah pakai spek baru, malas pulak nak buang duit lagi habiskan duit beli lens, air khas pencuci lens dan segala mak nenek lens kenalah ada...

pakai spek tak banyak problem. nak pakai spek, kalau rasa habuk2 kat kacamata tu lap2 je dengan kain khas. kalau rasa kotor sangat dengan debu2, better hantar kedai cermin mata, nanti diorang cucikan dengan mesin khas. uh aku syok betul tengok mesin cuci spek mata. hehe

kalau pakai lens? mata rasa habuk? keluarkan..cuci balik..masukkan balik dalam mata. kan dah leceh. sudahnya...

RM8    
ini jelah guna...bawak kemana-mana pun senang. rasa berhabuk je mata, titisla 2-3 titik dalam mata. kalau tak pandai..mintak tolong member ok.

Isnin, 26 Mac 2012

Lilan Vital: Plant Cell Face Serum

aku baru pakai start bulan March ni je. habis je serum Nutox aku tu, aku beli yang ni pulak. memang gatal kan. manusia biasalah..tak puas...cari baru.. haha

RM168.00 untuk 30ml
ya..mahal gila....gila....apa aku beli harga serum je. untuk muka je tu. kalau 1 badan takpe jugak. tapi sebagai ahli VIP Cosway aku dapat diskaun khas bila renew kad. renew kad mahal ok..RM30 setahun. tak renew, ko tak dapatla segala redemption coupon dan menikmati harga2 pada nilai terdiskaun.

bila renew dapat diskaun 30%..maka jadilah RM117++. tutup mata. bayar. diam. pakai. nikmati hasilnya.

dah sure aku tak reti nak tengok hasil sangatkan. harusla aku jumpa BFF tanya..eh macam mana ha rupa aku.. toksah nak membohong rupa berseri kesan ambil wudhuk. dah..dah...tentunya aku bukan dalam keadaan berwudhuk setiap masa,..dah pasti tiap2 bulan aku cuti solat 5-6 hari. hehe.

dah lewat sebenarnya aku pakai serum, kira Nutox itulah serum pertama untuk muka yang aku pakai. patut umur 25 tahun dah start..tapi masa tu aku tengah terhegeh2 kat sekolah. manala nak cara muka. asal takde jerawat banyak sudah....

ok dah sapa yang belum pakai serum..cuba2la pakai....tapi kalau ko memang awet muda..ko memang kelas...aku takjub dengan keindahan yang Allah ciptakan.

eh belum habis info, produk ni made in Korea. baca sikit2 info, aku yakin boleh digunakan sebab dia dari plant cell. ha..kalau nasib korang baik nak cuba, ada masa2 Cosway buat sale beli 2 botol pada harga RM168. tak ke murah. aku ingat nak je beli time tu ada sale..tapi karang kalau tak sesuai tak ke naya.

buat masa ni, kulit muka aku tak keringla. best je..tapi pakai pagi2 je..lepas zuhur dah malas nak pakai..itu pasal aku nak try dermagic SimplySiti. hehe. dah jangan rosak sudah kulit muka...(takpe..Korea mari 2-2 produk ni..bajet sedapkan hati).

Ahad, 25 Mac 2012

Dermagic By SimplySiti

aku ni dah lama tak pakai moisturizer. katanya kerja dalam bilik berhawa dingin. harus kulit aku kering2 lepas dah solat zuhur - aku malas nak sapu krim balik. oklah aku patut cerita aku pakai apa sekarang. gatal2 tukar produk lepas nutox aku dah habis. disebabkan aku tak berpuas hati dengan hasil nutox..mahulah aku tukar...yelah aku dah pakai 8-10 bulan hasilnya macam biasa je....baik aku tukar.

dah aku nak citer pasal krim Dermagic by SimplySiti memang tak boleh. sebab aku baru je beli hari ni. hahaha.

sabar..resultnya pasti aku beritahu selepas aku guna pek percubaan. yer harga per percubaan ialah RM23.90 di Watson. ye SimplySiti ada kat Watson je setakat yang aku nampak sekarang ni.


warna ungu ni sebenarnya cantik lagi tapi SE aku dah buta warna...

ini serum 8ml

ini moisturizer 8ml
secara peribadi..aku ni memang susah sikit nak guna barang kosmetik tempatan. tapi Dato' Siti ni berusaha nak tembuskan pasaran untuk berlawan pulak dengan lambakan produk tempatan & antarabangsa, maka tentulah perlu banyak wang dilaburkan untuk R&D - research & development. dan dermagic ni made in Korea ok...

aku tak pernah guna barang make up SimplySiti tapi aku memang teringin nak cuba dermagic ni pun salah satu sebab asyik tengok iklan je. pulak2 produk ni untuk anti-aging. gitu katanya aku ni beza 2 tahun dengan Dato' Siti. for this usaha, Dato' Siti, i bangga la nak cakap u satu daerah dengan i. 

aku ni memang payah sikit nak suka kat orang terutamanya artis. hehe.. selepas Chef Wan yang sekampung FELDA dengan aku jadi Celebrity Chef, oklah aku nak berbangga sikit dengan Siti dengan produk SimplySiti. yay.

Selasa, 20 Mac 2012

Lapar

aku tengah lapar. aku cuba tahan diri tak makan berat waktu malam. tapi kadang2 aku kalah. aku masuk running pun salah satu sebab tak mahu manjakan lemak2 aku. tapi aku sampai sekarang belum timbang tara badan selepas beberapa larian. sebab aku NGERI! sebab rasa macam tak turun2 je. macam maintain je...

sudah2la..bila dah menginjak usia 30-an aku memang perasan kadar metabolism aku menurun. aku makan sikit pun tak turun, makan banyak makin berkilo2 naiknya. dulu2..aku boleh hadap...

dulu aku boleh hadap pizza large separuh bahagian sekali makan

aku boleh makan pisang montel banyak2

kemudian makan yong taufu licin takyah simpan besok2
itu dulu ler. hehe..sekarang 1-1 hidangan aku makan aku boleh telan sikit je. asalkan rasa. kira istilah melantak dah takde.

Bangi Kopitiam, Taman Putra Sulaiman, Ampang

last time masa melepak dengan kawan2..kira2 3 minggu sudah...aku mencuba makan mee. aku ni memang memilih sangat2 kalau nak pilih mee. aku pernah terkena mee yang terlebih kapur. ya...rasanya macam makan cuka mentah2. huhu..eh aku tak pernah telan cuka..tapi mee rasa kapur tu pahit2 kelat kan. tak best langsung.

mee goreng apa tah. tapi rasanya sedap...yang macam kriuk2 tu sebenarnya daging cincang, lepas tu yang sebelah telur tu fucuk goreng. sedap la ikut tekak aku

ni air pertama aku order kedondong asam boi. sedap weii

teh tarik ni enak. rugi pulak bula order dalam cawan ni. si Ann order dalam gelas..punyalah jealous. hehehe.
buat masa ni aku memang tak boring lagi pergi Bangi Kopitiam. lagipun 10 minit je dari rumah aku.

Polka Dot

dah lama tak memerasankan diri. hehe.
hasil hp samsung galaxy fahada
hasil SE aku. hahaha sonyericsson pun dah berkahir penggabungan diorang. aku jugak yang masih setia menggunakan hp ni. bagus maa..sudah 5 tahun
actually aku nak tunjukkan tudung syria berlabuci manik aku ni. hehe semalam aku menjahit semata-mata sebab nak cover jahitan bahagian muka yang dah menetas. well done kata kawan2 ofis. korang pulak apa kata?

macam lepas ni aku nak menjahit manik semula... rindu pulak...zaman2 menjahit manik ni.

Isnin, 19 Mac 2012

Krispy Kreme, Berjaya Times Square

small, compact, handy..AI
medium, compact, almost to DSLR
a cup of coffee with milk will makes my day
an IT geek
this is MINE!
surely you can grip this camera

his breakfast..always super yummy than MINE!


Rakod

watermelon & green apple juice

sotong goreng tepung

kuewtiaw tomyam

vegetarian soup
restoran ini di laluan ke arah bukit belacan sebelum masuk simpang Carrefour Ampang. traffic light pertama selepas melalui traffic light bandar baru ampang. semua makanan adalah sedap. kecuali air. biasa2 je.

kejadian ni 29 February 2012 lalu. hari yang dikenang sebagai hari mendapat kamera baru! bukan aku punya. zcat dapat hadiah dari kawan dia Panasonic Lumix DMC-GX1. so sekarang semakin detail la gambar2 makanan yang akan ditunjukkan. hehehe..aku tumpang jelah ye..