Isnin, 26 Mac 2012

Lilan Vital: Plant Cell Face Serum

aku baru pakai start bulan March ni je. habis je serum Nutox aku tu, aku beli yang ni pulak. memang gatal kan. manusia biasalah..tak puas...cari baru.. haha

RM168.00 untuk 30ml
ya..mahal gila....gila....apa aku beli harga serum je. untuk muka je tu. kalau 1 badan takpe jugak. tapi sebagai ahli VIP Cosway aku dapat diskaun khas bila renew kad. renew kad mahal ok..RM30 setahun. tak renew, ko tak dapatla segala redemption coupon dan menikmati harga2 pada nilai terdiskaun.

bila renew dapat diskaun 30%..maka jadilah RM117++. tutup mata. bayar. diam. pakai. nikmati hasilnya.

dah sure aku tak reti nak tengok hasil sangatkan. harusla aku jumpa BFF tanya..eh macam mana ha rupa aku.. toksah nak membohong rupa berseri kesan ambil wudhuk. dah..dah...tentunya aku bukan dalam keadaan berwudhuk setiap masa,..dah pasti tiap2 bulan aku cuti solat 5-6 hari. hehe.

dah lewat sebenarnya aku pakai serum, kira Nutox itulah serum pertama untuk muka yang aku pakai. patut umur 25 tahun dah start..tapi masa tu aku tengah terhegeh2 kat sekolah. manala nak cara muka. asal takde jerawat banyak sudah....

ok dah sapa yang belum pakai serum..cuba2la pakai....tapi kalau ko memang awet muda..ko memang kelas...aku takjub dengan keindahan yang Allah ciptakan.

eh belum habis info, produk ni made in Korea. baca sikit2 info, aku yakin boleh digunakan sebab dia dari plant cell. ha..kalau nasib korang baik nak cuba, ada masa2 Cosway buat sale beli 2 botol pada harga RM168. tak ke murah. aku ingat nak je beli time tu ada sale..tapi karang kalau tak sesuai tak ke naya.

buat masa ni, kulit muka aku tak keringla. best je..tapi pakai pagi2 je..lepas zuhur dah malas nak pakai..itu pasal aku nak try dermagic SimplySiti. hehe. dah jangan rosak sudah kulit muka...(takpe..Korea mari 2-2 produk ni..bajet sedapkan hati).

10 ulasan:

  1. ratu slalu pakai serum malam nk tido.kalau siang kan nk solat cam bazir lak pakai.dahla mahal serum.still with OWR.jgn lupa review produk muka cosway ye sbb ratu pun ada members kad :)

    BalasPadam
  2. ya dah tentulah.mmgla malam2 pakai tak membazir, tapi kita dah ada krim malam. baik habiskan krim malam Nutox tu dulu. hehe

    BalasPadam
  3. aku jugak takpakai serum huhuhu..malas lol.lantak la apa jadi kat muka aku ni

    BalasPadam
  4. Jika ada bajet, tak salah nak manjakan muka. Jika skin complexion pun tak teruk sangat, hasil pasti lebih baik lagi.

    Tak saja juga mencuba, kalu tak, mana nak tahu mana yang paling sesuai.

    Cara lama pun boleh. Cara moden pun mudah. Tepuk poket tanya diri.

    *Kak Azie stia dengan ANew Avon jerr..

    BalasPadam
  5. kata Dr Oz - tgk TV Al-Hijrah malam2, kena cari skincare yang ada BHA & AHA. bagus untuk kulit.

    BalasPadam
  6. sy xpakai serum...pernah beli safi rania punya tp xrajin pakai

    BalasPadam
  7. cantik kulitmu ..ade pepe la nih duk cite pasal kecantikan muka...

    BalasPadam
  8. mesti rajin untuk cantikkan... betoitu....

    BalasPadam
  9. i nie dah senja2 baru nak manja2 pakai serum tau....
    tu pun guna safi rania gold tu...
    bajet nak muka rozita che wan lah nie...
    tapi mmg dah byk kali dok perati kan serum lilan nie...
    tgk aaa nanti camne...
    agak2 muka i tak jadi cam rozita tu...
    i tukar lah serum nie plak kot hehehehe

    BalasPadam
  10. aku pakai serum tapi biasalah masih mencari yang sesuai dengan kulit sendiri...harga serum ni terlalu mahal untuk aku, alaaaaa tak mampu la pulak

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.