Khamis, 22 Mei 2014

Rutin Kami Sekarang

Bermula jam 12am.

Jam 2am bangun untuk susukan anak atau pergi pump. Mesti kosongkan dan penuhkan perut anak dengan susu. Nasib baik dia terus tidur lepas menyusu. Jika tak dia ajak main. Selalu aku cakap je esok aku kerja tak larat layan. Kalau esok tak kerja aku dan Zcat sama2 layan dia. Kadang2 jam 4am pun jadi..

Jam 530am anak bangun lagi. Susukan lagi. If rak mengantuk aku terus Subuh la. If mengantuk sambung tidur sampai jam bunyi pukul 620am.

Lepas solat aku akan pack pump set. Zcat masak air mandi dan sediakan air mandi aqlan baru solat. Aky mandikan Aqlan dan pakaikan baju. Selalu time aku nak mandi aku saja bagi Zcat masa main dengan minta dia pakaikan mittens dan booties. Sebelum tu dia akan pack kan susu EBM dalam bag untuk hantar ke pengasuh. Oh pengasuh Aqlan bahasakan diri dia umi.

Jam 730am keluar hantar Aqlan. Sambil dalam perjalanan menyusu lagi. 10 minit sampaila. Hantar dan pergi kerja. Jam 815am sampai ofis aku kami pergi sarapan. Inilah masa dating kami.

Tengok keadaan aku akan pump dua atau sekali je masa bekerja. Timing kena baik. Settle kan kerja baru pergi supaya takdela bos tercari2 sangat. Tu pasal boleh bengkak susu kalau dah lebih masa.

Balik kerja terus jemput Aqlan. Dalam jam 705pm or paling lewat jam 720pm la sampai. Singgah kedai beli dinner dan balik. Sambung menyusu dan Zcat mandi dulu. Tapi sebelum dia mandi dia akan rendamkan semua botol dan alatan menyusu, dan simpan susu dalam peti ais. Yeah Zcat sangat membantu. Aku sangat menghargai semua part yang dia buat. Ia macam kami tahu tugas masing2. Masuk time aku kalau Aqlan tak tidur lagi Zcat sambung jaga dan zikir or borak dengan dia sampai tidur.

Lepas dia tidur barulah kami boleh makan sambil msein basuh berpusing tv terpasang dan kipas berputar.

Baik paling awal aku tidur jam 9 malam. Dan itulah yang berlaku bila aku penat sangat. Paling lewat jam 1130pm kot sebab aku kadang pump sebelum tidur.

Begitulah hari2 dan seronoknya melihat anak membesar. Lagi seronok kalau aku yang menjaganya hari2. Doa semoga rezeki kami bertambah jadi tak perlulah aku berperang emosi kat ofis tu. Makin tawar hati aku dibuatnya. Expect macam aku boleh selesaikan semua kerja yang kena dibetulkan cepat2. Huge mess. Like a bloody hell.

Rabu, 21 Mei 2014

Alfalfa Dah Sampai!!

Akhirnya tiba. Terus sebelum lunch aku telan 3 biji. Ok jangan lebih 10 biji. Inilah salah satu usaha untuk tambahkan susu.


Sebelum dinner aku telan lagi 3 biji. Belum minum lagi ESP + Ovaltine. Tunggu suam sikit.

Masih teruskan juga minum jeli gamat dan pati ikan haruan. Dan susu kambing yang tak istiqamah.

Aqlan dah minum makin banyak. 3oz sekali waktu minum. Harap susu bertambah. Amin.

Selasa, 20 Mei 2014

Kecewa Tak Dapat Pergi Kilang Mamee

Salah sendiri sebab tak baca email dari Nuffnang. Mulanya baca kat blog petakbunga pasal dia dapat invitation tapi dia pun tak mahu pergi sebab alasan tersendiri. Blog petakbunga ni best baca. Hehe.

Okay aku buka email hari Isnin jam 830pm kot. Punyalah busy email gmail tak buka berhari2. Sedangkan email Zcat update apa2 pun aku ambil masa berhari2 nak buka kecuali dia call suruh baca baru aku terhegeh2.  Maklum i busy sejak balik berpantang..banyak i dah tertinggal dan kena betulkan.

Aku cakap dengan Zcat pasal invitation ni Nuffnang suruh jawab before 12pm rasanya..so sudah terlepas la kan. 60 orang yang menjawab awal maybe dapatla. Tapi bila difikirkan balik aku punya alasan tersendiri pun lebih kurang sama dengan petakbunga. Aku ada anak kecil. Aku nak kemas rumah. Macam2 la.

Walau bagaimanapun aku dan Zcat adalah peminat Mamee Monster. Malah dengan sebab suka beli kami pernah ke Legoland dengan diskaun yang diberikan oleh Mamee Monster sebanyak 35%. Diskaun paling banyak yang pernah diberikan. Guna MyKad pun tak dapat sebanyak ni.

Sebagai mengubati kesedihan hati...



Isnin, 19 Mei 2014

Biarlah Dia Yang Jawab

Aku dah tak kuasa nak menjawab by phone and by email to this ex-tenant ni. So biarlah orang yang sepatutnya jawab.

Aku dan filing belum selesai. Begitu juga pengiraan custom tax.

Yang pasti jam 6 petang aku cabut.

Dalam tren handphone aku ringing lagu Tonight nyanyian New Kids On The Block. Maka orang keliling aku beria menengok aku. Lalalala. Aku suka oldies kot. Itu lagu zaman membesar.

Ahad, 18 Mei 2014

Muka You Nampak...

Cerah sikit..wah baru sekali je pakai kot. Terus dia pun nak cuba juga. Tengokla hasilnya 2-3 bulan kemudian.
Tengah promosi beli mana2 toner atau cleanser 2 botol percuma satu. So aku ambil 2 cleanser 1 toner. RM68 sebotol promosi bulan ini.

Sabtu, 17 Mei 2014

Nenas Sarawak

Semalam adala staff ofis Ampang Point bawa nenas 5 biji suruh aku jual. Aku memang suka makan nenas ni. Rasa dia manis gila!

Pastu aku peningla macam mana aku nak bawa balik. Dahla aku bawa balik beg susu. Nak cuci telekung lagi. In the end 3 biji berjaya dijual. Aku lak pasrah je beli 2 biji tu. Call Zcat dia nak tak? Oh dia memang suka sejak terkena masa aku belikan untuk dia time maternity dulu.

Tumpangla kat kawan yang balik naik kereta. Lepas jemput Aqlan segerala kami pergi kutip buah tu. Haha. Satu bonet bau.

Terbaik sampai gambar tak dan ambik..rasa ada lagi sebiji...senang2 aku ambik gambar dan upload kemudian...Lalalala.

Rezeki mak mertua dan pak mertua serta adik ipar la buah tu..

Jumaat, 16 Mei 2014

Bengang

Kerja aku banyak yang tergendala. 2 bulan cuti filing pun tak habis2. Aku pun bukan larat sangat nak dudk dalam bilik file tu. Lenguh berdiri.

Macam2 la mak nenek nak kena update. Handphone ni pun jarang nak tengok. Aku silent kan lagi senang. Kalau ada WA tu aku baca last2 waktu dah balik rumah je.

Apa yang bengang kerja ni kadang2 rasa macam aku sorang je kena tanggung. Dah tak tertahan aku pun melahar dalam email. Lepas  tu cc kat bos. Kalau dah kena pot pet dengan ex tenant yang english confirm takde campur melayu aku kenalah dengar elok2. Kena faham. Kena take notes.

Aku tak taula kenapa ada orang nak cuci tangan je. Kenapa tak habiskan kerja. Uish 2x aku kena bahan dengan mat saleh dan bininya. Lagi hari2 email aku. Dalam pada masa yang sama aku terkial2 nak settle kerja lain juga. Kadang perangai sesetengah staff company ni buat aku nak quit je.. hangin...

Khamis, 15 Mei 2014

Menunggu Alfafa

Tak sampai2. Ordernya sudah seminggu.

Rupanya pengedarnya ada kemaslahatan keluarga. Ibunya koma.

Ada la tu hikmahnya. Sila bersabar. At least now dah ada 8 pack susu. Dulu2 payah juga nak dapat banyak tu. Minumlah susu kambing Hiraq..Ovaltine dan ESP. Juga jus kurma.

Insyaallah ada rezeki untukmu nak.

Rabu, 14 Mei 2014

Beg Susu Aqlan By Autumnz & Medela Swing Maxi Set

Sepatutnya beg mendapatkan susu bagi Aqlan. Hahahaha.

Autumnz

Beg ini hadiah masa beli pump Medela last January kat One Baby World. So penggunaannya adalah hampir setiap harilah. Ke tempat kerja ku bawa. Bila balik Puchong pun bawa.

Selalu time pump tak menentu. Pulak kadang ambil masa nak pump. Susu keluar iku mood swing aku juga. Kalau stress takdela nak keluar banyak. 1oz je. Tak ke penat pump macam tu kalau dah ambil masa sampai 10 je 15 minit?

Kadang bila bawa beg ni pergi surau dan terserempak dengan siapa2 saja yang kenal jadi malu kalau yang tegur tu lelaki. Lelaki dah berkahwin confirm tahu pasal beg ni. Kalau tak tahu aku pun tak tahulah kenapa. Hahaha.

Walaupun jadi berat bila dah ada isian tapi ku gagah juga naik monorel. Memang sakit bahu ni. Tapi lakukan juga demi anak. Berdoa sangat pada Allah agar dapat susukan anak. Jadi ni salah satu cara bila hantar dia ke pengasuh. Dan walaupun sikit ku gagah juga pump. At least 5 to 6 oz sekali pump sekarang. Berbanding mula2 dulu. Especially kalau dah bengkak lagila banyak susu dapat di pump.

Syukurla setakat ni tak kena tegur dengan Superior pergi pump susu ikut dan aku je..



Untuk pengetahuan Calma set ni anti colic. Masa mula nak guna agak kelam kabut gakla sebab unik sangat. Nasibla kalau nak tukar puting je RM30. Tapi kalau nak satu set ni RM85.  

Nasibla baik masa beli harga promo RM1499 untuk set Medela ni. Ada kedai jual lebih mahal. Diakui beli kat kedai yang ada online business juga banyak jimat. Lupakan kedai2 dalam mall. Mahal gila.

Selasa, 13 Mei 2014

13 May 2014

Cuti. Kalau dah cuti maksudnya mengemas rumah. Alih perabot. Semuanya bermula macam ni..

Ingat nak keluar je tanpa buat apa2. Bila Aqlan dah berak dan tak sempat aku cuci dia dah mengesot keluar dari alas getah dan sepenuhnya terkeluar..dah kena cuci cadar. Sebabnya dah tembus. Punyalah banyak berak kali ni.

Dah tukar cadar. Pasang karpet panjang dalam bilik. Dah last2 Zcat cakap jom alihkan petabot. Almari dan meja dressing aku. Sudahnya jam 1 petang baru siap. Vacuum dan cuci kain baju juga. Huh penat tapi happy bilik jadi luas bila keluarkan almari baju letak kat bilik belakang. Ambil karpet depan masuk bilik. Tukar karpet la sebenarnya.

Lepas tu kami ke GE Mall. Nak makan kat Cozy. Makan ayam butter milk, telur dadar udang, sayur brokoli. Nasi dan air. Semua RM75. Zcat cakap walaupun overpriced tapi kami puas hati dengan rasa makanan tu.

Kemudian pergi Cold Storage. Boost dan last sekali Alexis. Pavlova la. Sepanjang masa tu Aqlan tidur. Dah masuk kereta baru bangun. Haha kesian.

Malam makan roti sardin je. Tapi sebab campuran sardin dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Zcat maka rasanya sedap tak terhingga. Tambah lagi spread butter. Diakhiri dengan pavlova Alexis. Yay!

Isnin, 12 Mei 2014

Cuti Pun Nak Datang Kerja

Ada orang cuti tapi nak datang half day. Aku pun tak faham. Kalai dah cuti tu cuti jelah. So aku pun takdelah tercari2 dia lepas lunch. Dahla cuti bila tak pernah bagitahu. Alih2 takde je. Kalau ada kes macam mana.

Apa pun bagus gak aku tak control dah cek. Ada cerita dengar beberapa kali overdrawn sebab bank balance tak cukup. Hahahah. Macam clown pula. Cuma tak best benda tu jadi time dia cuti. Sudahnya orang lain kena maki. Nasibla aku masih belum habis cuti maternity time tu.