Selasa, 20 Mei 2014

Kecewa Tak Dapat Pergi Kilang Mamee

Salah sendiri sebab tak baca email dari Nuffnang. Mulanya baca kat blog petakbunga pasal dia dapat invitation tapi dia pun tak mahu pergi sebab alasan tersendiri. Blog petakbunga ni best baca. Hehe.

Okay aku buka email hari Isnin jam 830pm kot. Punyalah busy email gmail tak buka berhari2. Sedangkan email Zcat update apa2 pun aku ambil masa berhari2 nak buka kecuali dia call suruh baca baru aku terhegeh2.  Maklum i busy sejak balik berpantang..banyak i dah tertinggal dan kena betulkan.

Aku cakap dengan Zcat pasal invitation ni Nuffnang suruh jawab before 12pm rasanya..so sudah terlepas la kan. 60 orang yang menjawab awal maybe dapatla. Tapi bila difikirkan balik aku punya alasan tersendiri pun lebih kurang sama dengan petakbunga. Aku ada anak kecil. Aku nak kemas rumah. Macam2 la.

Walau bagaimanapun aku dan Zcat adalah peminat Mamee Monster. Malah dengan sebab suka beli kami pernah ke Legoland dengan diskaun yang diberikan oleh Mamee Monster sebanyak 35%. Diskaun paling banyak yang pernah diberikan. Guna MyKad pun tak dapat sebanyak ni.

Sebagai mengubati kesedihan hati...



0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.