Khamis, 22 Mei 2014

Rutin Kami Sekarang

Bermula jam 12am.

Jam 2am bangun untuk susukan anak atau pergi pump. Mesti kosongkan dan penuhkan perut anak dengan susu. Nasib baik dia terus tidur lepas menyusu. Jika tak dia ajak main. Selalu aku cakap je esok aku kerja tak larat layan. Kalau esok tak kerja aku dan Zcat sama2 layan dia. Kadang2 jam 4am pun jadi..

Jam 530am anak bangun lagi. Susukan lagi. If rak mengantuk aku terus Subuh la. If mengantuk sambung tidur sampai jam bunyi pukul 620am.

Lepas solat aku akan pack pump set. Zcat masak air mandi dan sediakan air mandi aqlan baru solat. Aky mandikan Aqlan dan pakaikan baju. Selalu time aku nak mandi aku saja bagi Zcat masa main dengan minta dia pakaikan mittens dan booties. Sebelum tu dia akan pack kan susu EBM dalam bag untuk hantar ke pengasuh. Oh pengasuh Aqlan bahasakan diri dia umi.

Jam 730am keluar hantar Aqlan. Sambil dalam perjalanan menyusu lagi. 10 minit sampaila. Hantar dan pergi kerja. Jam 815am sampai ofis aku kami pergi sarapan. Inilah masa dating kami.

Tengok keadaan aku akan pump dua atau sekali je masa bekerja. Timing kena baik. Settle kan kerja baru pergi supaya takdela bos tercari2 sangat. Tu pasal boleh bengkak susu kalau dah lebih masa.

Balik kerja terus jemput Aqlan. Dalam jam 705pm or paling lewat jam 720pm la sampai. Singgah kedai beli dinner dan balik. Sambung menyusu dan Zcat mandi dulu. Tapi sebelum dia mandi dia akan rendamkan semua botol dan alatan menyusu, dan simpan susu dalam peti ais. Yeah Zcat sangat membantu. Aku sangat menghargai semua part yang dia buat. Ia macam kami tahu tugas masing2. Masuk time aku kalau Aqlan tak tidur lagi Zcat sambung jaga dan zikir or borak dengan dia sampai tidur.

Lepas dia tidur barulah kami boleh makan sambil msein basuh berpusing tv terpasang dan kipas berputar.

Baik paling awal aku tidur jam 9 malam. Dan itulah yang berlaku bila aku penat sangat. Paling lewat jam 1130pm kot sebab aku kadang pump sebelum tidur.

Begitulah hari2 dan seronoknya melihat anak membesar. Lagi seronok kalau aku yang menjaganya hari2. Doa semoga rezeki kami bertambah jadi tak perlulah aku berperang emosi kat ofis tu. Makin tawar hati aku dibuatnya. Expect macam aku boleh selesaikan semua kerja yang kena dibetulkan cepat2. Huge mess. Like a bloody hell.

1 ulasan:

  1. Beb. Aku x pernah mandikan anak aku. Mak aku ckp x elok sbb mandi awal. So, nursery akan mandikan. Balik pun aku x mandikan, sbb after 6.30 tak elok baby mandi

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.