In

13 May 2014

Cuti. Kalau dah cuti maksudnya mengemas rumah. Alih perabot. Semuanya bermula macam ni..

Ingat nak keluar je tanpa buat apa2. Bila Aqlan dah berak dan tak sempat aku cuci dia dah mengesot keluar dari alas getah dan sepenuhnya terkeluar..dah kena cuci cadar. Sebabnya dah tembus. Punyalah banyak berak kali ni.

Dah tukar cadar. Pasang karpet panjang dalam bilik. Dah last2 Zcat cakap jom alihkan petabot. Almari dan meja dressing aku. Sudahnya jam 1 petang baru siap. Vacuum dan cuci kain baju juga. Huh penat tapi happy bilik jadi luas bila keluarkan almari baju letak kat bilik belakang. Ambil karpet depan masuk bilik. Tukar karpet la sebenarnya.

Lepas tu kami ke GE Mall. Nak makan kat Cozy. Makan ayam butter milk, telur dadar udang, sayur brokoli. Nasi dan air. Semua RM75. Zcat cakap walaupun overpriced tapi kami puas hati dengan rasa makanan tu.

Kemudian pergi Cold Storage. Boost dan last sekali Alexis. Pavlova la. Sepanjang masa tu Aqlan tidur. Dah masuk kereta baru bangun. Haha kesian.

Malam makan roti sardin je. Tapi sebab campuran sardin dibuat dengan penuh kasih sayang oleh Zcat maka rasanya sedap tak terhingga. Tambah lagi spread butter. Diakhiri dengan pavlova Alexis. Yay!

Related Articles

0 comments:

Post a Comment

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...