Rabu, 14 Mei 2014

Beg Susu Aqlan By Autumnz & Medela Swing Maxi Set

Sepatutnya beg mendapatkan susu bagi Aqlan. Hahahaha.

Autumnz

Beg ini hadiah masa beli pump Medela last January kat One Baby World. So penggunaannya adalah hampir setiap harilah. Ke tempat kerja ku bawa. Bila balik Puchong pun bawa.

Selalu time pump tak menentu. Pulak kadang ambil masa nak pump. Susu keluar iku mood swing aku juga. Kalau stress takdela nak keluar banyak. 1oz je. Tak ke penat pump macam tu kalau dah ambil masa sampai 10 je 15 minit?

Kadang bila bawa beg ni pergi surau dan terserempak dengan siapa2 saja yang kenal jadi malu kalau yang tegur tu lelaki. Lelaki dah berkahwin confirm tahu pasal beg ni. Kalau tak tahu aku pun tak tahulah kenapa. Hahaha.

Walaupun jadi berat bila dah ada isian tapi ku gagah juga naik monorel. Memang sakit bahu ni. Tapi lakukan juga demi anak. Berdoa sangat pada Allah agar dapat susukan anak. Jadi ni salah satu cara bila hantar dia ke pengasuh. Dan walaupun sikit ku gagah juga pump. At least 5 to 6 oz sekali pump sekarang. Berbanding mula2 dulu. Especially kalau dah bengkak lagila banyak susu dapat di pump.

Syukurla setakat ni tak kena tegur dengan Superior pergi pump susu ikut dan aku je..



Untuk pengetahuan Calma set ni anti colic. Masa mula nak guna agak kelam kabut gakla sebab unik sangat. Nasibla kalau nak tukar puting je RM30. Tapi kalau nak satu set ni RM85.  

Nasibla baik masa beli harga promo RM1499 untuk set Medela ni. Ada kedai jual lebih mahal. Diakui beli kat kedai yang ada online business juga banyak jimat. Lupakan kedai2 dalam mall. Mahal gila.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.