Sabtu, 15 Ogos 2015

30 Syawal 1436H - Yeay Raya Kat Tony Roma's Nu Sentral

Alhamdulillah settled ganti puasa dan puasa 6. Ingat tak dan. First week syawal bercuti raya sakan kat 3 negeri. 2nd week period pulak. 3rd week jatuh sakit sampai doktor kata u jangan puasala dulu minggu ni. 4th week baru mampu habiskan puasa sekaligus. Nasibla sebelum jatuh sakit sempat puasa sehari je. Elokla qadak pun kena 6 hari je. Tengok rancangan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim ada yang tanya boleh tak campur puasa 6 dan puada qadak bagaimana niatnya..jawapnya hanya niat ganti puasa. Tak payah buat 2 niat sebab puasa tu dijalankan ketika dalam bulan Syawal. Habis cerita.

Banyak sangat orang kelirukan aku dulu. Aku malas nak berhujah balik sebab ilmu hujah nak refer pada hadis kurang sangat2. Jadi aku sejak period umur 13 tahun memang kalau ganti puasa aku buat sekali arung je dengan puasa 6. Sebab kakak aku dah confirmkan pun. Dia ustazah feqah. Tapi adalah juga ganti puasa dah bukan bulan puasa..tak dapatlah pahala puasa 6 tuh.

Asal ke Nu Sentral nak makan benda lain. Dah dengar ada Tony Roma's nak makan pulak. Ok kita nak raya kan..

Appetizers. Sedapnya kentang bakar berkeju ni. Aqlan pun makan

Fish and Chips for Aqlan. Aku tak suka dia makan chips tapi papa dia kata ok sebab bukan macam kentang McDonald's. 

Bawang ni sedap naaaa. Selalu makan dapat berminyak2. 

Ais lemon teas share dengan Encik Sebelah. Segelas nak RM10 kot. Baik share lagipun free flow.

Ni aku punya pilihan. Yang paling sedap yang ada topping putih krim tu. Yang ada mushroom tu cooked. Dah biasa makan medium rare sudahnya itu yang last sekali habiskan. Brokoli dan mash potato tu sedap noo. Mash potato tu pun bagi Aqlan makan.

Adik ipar punya. Scampi rasa light but the shrimps yes very nice. Sedap laaaaaa.
Dah makan sampai terduduk lama baru boleh round2. Tapi tak ambil gambarla..

Alhamdulillah makanan tak habis angkut bawak balik. Lepas tu pergi jemput mak dan hantar ke Bangi. Sebab esoknya nak tengok cucu grad. Sambil tu aku bawakkan sekali bunga yang ditempah khas untuk anak buah tu. Kak Ted berialah minta carikan sejak awal Syawal hari tu.

Tempah khas. Exactly tak dengan yang diminta kakak aku a.k.a. anak buah aku yang nak. Hasil tangan Izwan kawan gym Encik Sebelah. Dia ni ada company sendiri Maharisi Design. Memangla halus kerjanya..
Ini yang diminta anak buah aku. Nak comel2 je. Nak pakai guni...hahaha..menarik gak ek.

Yang ni kami Google hantar kat Izwan suruh buat camni. Kakak aku siap pesan jangan pakai coklat Forero Rocher dah bosan katanya. Tak mahu bear atau bunga sebab anak buah nak makan. Bunga tak boleh makan..aiii macam2 ko ye...

Kemudian ke Sungai Long pulak nak ambil makanan mama kirim dari Sabah.

Ermmm auntie Joe masakkan kami udang goreng Sabah style. Sedap wehhh... aku makan 10 ekor. Encik Sebelah 9 ekor. Sebab aku bajet untuk dia. Hahahaha. Kang sakit kang....takpe aku tetap pendengar setia keluh kesahnya..

Ok dah berlalu satu hari yang penuh.

Khamis, 13 Ogos 2015

28 Syawal 1436H - Gambar Raya Aidilfitri 2015

Gambar2 dari whatsapp group family. Kot dah lama2 nanti nak tengok balik. Walaupun tak berkumpul di Koyan macam tahun2 sudah gambar keluarga tetap bertukar2 di group. Thanks to technology.

Adik aku Mè dengan keluarganya dan mak mertuanya di Serting.

Abang Bad kat Cherating. Tapi ni rumah mertua dia kat Jengka 6

Kak Ma di Losong. Tak cukup korum. Anak sulung, menantu, cucu dan suaminya tiada dalam gambar. 

Kak Ted di Perai

Ni keluarga Kak Pa. Anak 9 orang tu pasal 2 gambar

Bangi style. Hujung tahun lagi meriah kot...

Anak buah ke-3 Jabir dan keluarga. Dia ni banyak sangat baju raya aku pilih yang ni je sebab kaler pop kot.

Kami kat Taiping dengan mak mertua, pak mertua dan adik ipar. Kecik naaa keluarga belah Encik Sebelah ni. Ni kamera apa tah yang diorang p bawa naik basikal tu. Hahaha..

Semua gambar bukan milik saya. Tapi bila dah masuk blog ni jadi milik saya terus.
Ni ada abang Lut sekali. Susah beno nak bergambar

Ni memang besar. Baru nampak muka mak dan kak Dewi sekeluarga.  

Mak dan cicit ke-9. Baru sangat lahir sebelum bulan puasa. Keluarga anak buah paling tua..Saadiah

Lama dah kot aku tak singgah Cherating. Ahhhhhh

Ni anak buah yang paling baru menikah. Tolhah anak kak Dewi menikah bulan Mei lepas. Umur dua2 22.

Abang sulung takde gambar. Begitu juga abang2 di Singapura.

Selasa, 11 Ogos 2015

26 Syawal 1436H - Panggilan Temuduga

Dalam jam 4 lebih petang tadi aku dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Mula2 aku ingat mover. Sebab aku dah malas nak layan mover tu. Masa tu aku tengah kemas2 barang atas meja mekap aku masuk kotak. Aqlan terbangun sebab aku lupa nak silent.

Ok aku angkat. Siapa ni?

Saya Iqbal dari ......travel & tours sdn bhd. Itu yang aku dengarla...apa pulak nak dijualnya ni...

Awak cik.....ada deposit. ? Deposit? Apa? Deposit resume dalam jobstreet kan? Ah yaaa..baru ku paham..

End up nak marah aku pulak yang tanya ofis dia kat mana. Katanya di Jalan Ampang. LRT terdekat Masjid Jamek. Gitu.

Aku pulak tengok anak aku  mmmmm memang taklah nak pergi kerja ke sana if dapat pun memandangkan aku nak pindah jauh. Orang tu siap tanya cik bukan dulu kerja dengan ......tengah bandar kan. Aku kata yelah. Tapi aku cakapla yang aku tak suka masuk kerja lambat.

Anyway panggilan ni walaupun hanya untuk panggil interview yang belum pasti pass tapi genap 2 bulan aku berhenti kerja aku tetap rasa teruja. Sebab ada orang berminat nak ambil aku kerja berdasarkan resume aku. Keyakinan naik tiba2.

Kepada Encik Sebelah ku whatsappkan. But i said Aqlan need me. He said we need you. He still happy that i resign to take care of my beloved son.

Resume? Dah lama tak buat baru. Patut ke lagi kalau dah hati tu sebenarnya suka lagi bersara dari bekerja?

Anyway Allah lebih tahu.

Isnin, 10 Ogos 2015

25 Syawal 1436H - Bifesta Water-Based Makeup Remover Cotton Wipes

Masa pergi AEON Taiping aku pergi cari pencuci mekap sebab malas nak guna yang cecair tu. Satu hal botolnya boleh mengeluarkan cecair bila tertekan. So adalah tertekan masa dalam Handbag sudahnya beg aku berlendir je...ish.

Jadi pencuci cecair letak kat rumah yang ala2 wet tissue ni aku bawak merata. Handy dan kecil. Muat dalam handbag. Mari kita 'bedah' dia.





Pada mulanya aku ingat ni Biore. Rupanya keluaran Mandom. So aku agak takjub juga. Dengan kelemahan mata aku. Hahaha.

So beli lama dah tapi baru nak try lepas balik kenduri. Maklumlah mata berwarna sikit.

Jadi pada wajahku aku oleskan..

Kiehl's ultra facial cream
Farmasi pressed powder
Lèelan Vital eyeliner
Clinique cream shaper for eyes 01 black diamond
Maybelline eyeshadow The Nudes

Ini semua memang anti smudge dan waterproof makeup. Memang tak hilang kalau setakat basuh dengan air. Atau basahkan tisu. Memang perlu makeup remover dan cleanser.

Dan apa yang bagus pasal Bifesta ni dia ada kedua-duanya! Lepas dah lap semua tu tak perlu nak guna pencuci muka lagi. Bezanya dengan Bioglo tu dia ni tisu basah. Bioglo tu cecair.

Dua-dua pun bertindak lebih kurang sama.

Tapi Bifesta ni tak langsung meninggalkan rasa macam panas atau apa ayat yang sesuai haaaa? Lepas guna hanya sehelai tisu everything settle. Tapi aku tak amikla pulak gambar tisu tu sebab automatic aku buang lepas lap muka. Hahaha tak kuasa nak amik balik dari plastik sampah.

Lepas tu bolehla aku test dengan ambil tisu biasa dan lap muka aku sekali lagi nak pastikan hilang betul2. Memang hilang... terus ambul wudhuk dah tak payah nak was-was mekap dah tanggal belum.

Oh harganya RM17.90 untuk 46 helai. Aku bukan pakai mekap hari2. Jadi lama laaaaa lagi nak habis.

Ahad, 9 Ogos 2015

24 Syawal 1436H - Ini Bukan Aku

Selepas tukar kulit blog ni..ya aku memang suka tukar kulit blog dan kemudian alami keadaan layout yang aku kena susun dan tak suka.

Jadi di bawah setiap entri selepasnya mesti ada terletak nama aku, gambar dan ayat2 dari pembuat kulit blog. Sampai hari ni aku masih belum dapat cara untuk buang gambar perempuan tu. Aku cuba edit html tapi aku belum jumpa baris yang betul.

Takkanlah aku nak letak gambar aku tanpa tudung! Memang taklah...jadi jangan salah faham..kenalah tanya orang yang pandai buat ni...

Sabtu, 8 Ogos 2015

Mitsui Outlet Park, Sepang

Den dah lama tingin nak poie. Tapi laki den kata nanti..nanti..

Tup tup hari ni dia ajak pergi lepas bangun tidur petang. Mimpi apa tak tahulah. Ikut aje.

Kami sampai jam 7 lebih camtu terus p solat maghrib siap2. Sebenarnya dah berhenti kat R&R Dengkil tapi ya Allah ramainya orang berdasarkan kereta pun queue panjang nak masuk parking.

Surau adalah selesa.
Tudung hijabiza yang labuh ni aku solat pakai kain jelah. Senang.



Kemudian kami pun pergi ke satu satu kedai. Lupa..masuk je nampak kedai kereta dalam Mitsui.





Hahaha..paling best parking pun sebelah pintu masuk utama. Orang dah nak balik kami baru sampai.


Takde yang berkenan. Sudahnya beli baju untuk anak. Katanya outlet macam takyah pergi JPO dah lepas ni tapi masih banyak kekurangan kedai2 berjenama macam di JPO.

Mak mertua dah lama suruh beli baju merah tu. Baju tu CNY punya season. Yang 3 helai tu aku yang nak. Putih merah diskaun 30%. Kelabu dan biru muda diskaun 50%. Harga asal memang mahal. Dah tahu kat sini boleh dapat murah bolehla datang lagi. Buat baju raya haji. Fabrik dia memang selesa untuk cuaca Malaysia yang panas ni.

Parking kena RM6. 2 jam je kami masuk. Walaupun kereta biasa je tapi keselamatan letakkan kereta kat mana penting. Jangan sebab nak jimat duit parking balik shopping kereta hilang. Takpun kena saman. Takpun kena pecah...memang tak sanggup.

Tapi memang ada orang sanggup kena saman dari bayar parking. Kaya sangat eh? Haha memang banyak kereta mewah suka parking luar kawasan. Orang kaya kedekut eh ke pinjam kereta je? Ni sebab teringat ada pemilik Rush parking luar kawasan. Parking caj kat tempat tu RM1 je. Balik tengok wayang keretanya dah hilang. Walaupun insuran cover tapi kalau dah ada barang berharga memang tak dapat balik kan...

23 Syawal 1436H - Raikan Majlis Perkahwinan Kawan Ni...!

Ok majlis terakhir meraikan perkahwinan Fahada. Dari majlis merisik & bertunang, nikah dan kenduri kahwin. Semua pergi. Allah kalau dah beri izin semua dapatlah tanpa banyak masalah. 

Bertunang di Selayang, bernikah di Masjid Taman Ria Sungai Petani dan majlis kenduri di rumah ibu bapanya juga di Sungai Petani dan akhir sekali majlis sambut menantu dari pihak lelaki di Bandar Tasik Selatan. 

Nak jadi cerita tertinggal kain dalam untuk dipakai dengan baju peach. Baju tu kainnya jarang. Bajunya je ada lining. Sudahnya pakai baju raya which is esok sebenarnya nak pakai ke perjumpaan kawan2 sekolah Encik Sebelah. Sudah nasib ada baju back up lain.
Shawl MedinaByHijabiza. Kalau ambil selfie memang Aqlan suka nganga, aku ikutkan aje..
Masa sampai pengantin tengah makan. Bapak pengantin kemain senyumnya. Aku kalau tengok bapak fahada ni memang sayu sikit sebab ada rupa arwah bapak aku.

Kami pun makan. Memang bergilirla kalau dah ada anak umur setahun lima bulan dengan tenaga punyalah banyak. Makanan sedap especially lauk daging. Hai potonh je lerai..mahu aku tak rasa happy. Kadang pi kenduri kat dewan pun fail. Ni kat kawasan rumah je..pandai pilih katerer.

Dah makan nak ambil gambar pulak..ambiklah buat kenangan. Purple masih menarik...i pun suka...
Gambar blurr sikit. Photographer tak reti kot. Hahahah. Aku pun tak faham.
Encik Sebelah ambik ok je...hurmmmm. pasangan kiri kanan penganti  ni aku tak kenal.

Isnin, 3 Ogos 2015

18 Syawal 1436H - Aqlan Suka Makanan Berkuah

Erm sejak dah jaga anak sendiri sepenuhnya barulah dapat kenal dirinya. Kalau tak pagi2 hantar kat pengasuh. Balik kerja ambil dan dia pun dah mengantuk terus nak tidur je. Jadi bila bonding time tu?

Masa bekerja bonding time sewaktu memandikan dia pagi2. Hanya 2 kali Aqlan tak mandi pagi sebab dia memang tak bangun dan hari sejuk sangat. Aku memanglah mandikan dia dengan air suam sejak lahir sehingga usia dia 8 bulan. Itu pun atas nasihat pengasuh yang ada 8 tahun pengalaman bekerja di nurseri sebelum menjaga sendiri anak2 yang dihantar kepadanya. Kalau hari hujan aku akan mandikan air suam juga. Cuma bila dah jaga dia sepenuhnya ni mandi memang lambat tunggu dia bangun sendiri. Aku tak kejut dia dah macam dulu2. Kesian biarlah dua tidur lama sikit. Kemungkinan tumbesaran dia terganggu sebab tak cukup tidur. Yelah di rumah pengasuh kerja dia nak main je. Tidur sekejap2 malah ditahannya mengantuk tu sebab nak main. Bila dah dirumah nak main apa sangat dengan mama dan papa dia. Kami balik kerja dah letih. Kalau aku stress aku punya mood pun boleh tempias ke anak yang tak tahu apa2 ni.

Keputusan untuk berhenti kerja ni salah satu nak melihat anakku membesar didepan mata. Aku pun tak tahu berapa baki umur yang ada. Aku tak mahu terlepas beberapa phase penting. Masa mengesot dan merangkak dah berakhir. Masa berjalan umur dia setahun sebulan pun dah berakhir. Jadi aku dapat lihat dia mula bercakap yang fasanya lagi lama. Papa mama pun tak reti nak sebut. Tahu Bu dan Abah. Sekarang dah tak sebut. Sekarang pandai Bai je memanjang.

Pasal sup ni..pengasuh dah cakap anak ni suka makan. Tapi sebab kekangan masa aku selalu bekalkan dia nasi goreng je. Sebab senang. Sup ayam seminggu sekali je itupun memang papa dia je masak. Yang 4 hari lagi nasi goreng dan dibekalkan pasta mentah. Jadi pengasuh tu bolehlah just didihkan dan taruh sedikit garam jika Aqlan masih lapar.

Dah tinggal berdua dengan Aqlan ni memang nampak dia suka sup. Aku dari memasak sup yang complicated now dah masak yang ringkas je.

Aku suka letak bawang Holland bunga lawang dan bunga cengkih. Sedikit garlic dan halia. Campak2 je. Tumis. Masuk air, kentang dan ayam.

Kalau tak makanan no. 2 yang dia suka Mac and Cheese. Ni pun papa dia yang start bagi. Makanan lain nak masak aku google je. Selalu suggestions akan ke website Australian Food. Dan ringkas je.

Aku pun suka follow blog ibu2 di Malaysia yang suka kongsi resipi untuk anak. Kadang takde bahan. Apa bahan yang ada memandailah nak masak.

Bagi anak makan dari air tangan sendiri memang menuntut masa dan kesabaran. Aqlan dah pandai tutup knob dapur gas. Dia memang suka menyibuk kat dapur masa aku sediakan makanan untuk dia.

Dalam tempoh 2 minggu ni..terlalu banyak perkara baru yang dibuatnya hingga kami berdua rasa dia terlalu cepat. Dan kami akan jadi terlalu lambat kalau tak ikuti perkembangannya.

Muahhhh. Ermm baru je dia belajar buka penutup tisu basah dah lap mulut.

Ahad, 2 Ogos 2015

17 Syawal 1436H - Last Day At PD

Hari kedua. Bangun pagi memang adik ipar dah takde. Masa dia pergi jam 5.30 pagi camtu aku blur2 sikit. Ngantuk. Jam 8.30 pagi baru bangun nak siap2 pergi breakfast. Haaa nilah sebab adik ipar ajak datang. Sebab dia dah bayar bilik hotel dengan sarapan untuk 2 orang tapi dia tak dapat nak menikmatinya sebab pergi join competition. Jadi diajaknya kami. Jadi kami makan dan duduk free..heheheh. begitulah jadinya kami dapat katil size king..

Aksi kat single bed.

Masa masuk breakfast room jam 9 pagi. Penuh. Kami makan tak banyak. Makan ala kadar je sebab nak pergi mandi kolam pula lepas tu. On the way ke breakfast area memang lambat sebab bagi Aqlan jalan sendiri. Dia syokla..kita yang risau.

Dah makan2 tu ambil gambar bagai naik bilik tukar baju. Tengok jam dah 1030 camtu. Memang terhegeh2 la bila semua nak disiapkan. Ni baru seorang woiiii...

Pergi kolam tak bawak phone. Malas nak keep in eye. Nak mandi jeee.. nak happy dengan anak dan Encik Sebelah. Dari kolam cetek ke paling dalam. Bagus ada pelampung. Aqlan pulak sekali tertenggelam haaa sentap hati mama dia. Berapa second tu tapi dia bangun angkat kepala dan terkebil2 jugaklah. Tapi kami tak mahu dia trauma jadi kami sambung masukkan dia balik dalam kolam. Hal tu terjadi pun sebab kami keluarkan dia sekejap dari Keroro tu bagi dia berendam dalam kolam. Dia nak capai tepi kolam tu yang tiba2 tertenggelam kejap..

Jam 11. 05 kami naik bilik nak packing untuk balik. Nak pergi minum coconut shake. Yeay kedai buka dan parking agak penuh. Dapat parking kami terus duduk. Makan laksa dan pisang goreng juga. Semua sedap.





Sabtu, 1 Ogos 2015

16 Syawal 1436H - Avillion Admiral Cove 2nd Time

Kali ni pergi atas jemputan adik ipar. Dia masuk dualthon kami masuk air. Ehehehe.

Sampai sana je penuh dengan penunggang basikal yang akan menyertai pertandingan bawa basikal dan berlari. Aku berlari pun dah lama tak buat. Jalan laju2 bolehlah. Naik basikal? Lagilah. Mahu terhoyong-hayang nak balance badan yang dah gems.

Dah dapat bilik aku pula yang sesat. Bilik 2415 aku ingat 2145. 2 left wing. 4 tingkat 4. 15 tu baru biliknya. Aku dahla pergi hampir semua tingkat. Lelah cari dengan dukung Aqlan dan bawa satu beg galas.

Lepas check in kami pergi makan kat Medan Ikan Bakar Pasir Panjang nun. Cuma kali ni gerai no. 5 dah tak buka pula jadi kami pi merasa gerai no. 4 pulak. Makan sotong bakar, udang goreng, cendawan goreng dan ikan jenahak masak asam pedas.


Jam 5.30 baru balik ke PD semula nak mandi laut.On the way tu sempatlah beli pelampung untuk Aqlan. Aku pilih Keroro. Harga RM16.

Kami bertiga pun mandilah laut. Adik ipar tak ikut nak rest katanya. Basikal yang dia nak guna pulak ada small problem. Jadi dia pergi betulkan dengan kawan.


Masa mandi kat pantai tak lama dalam 40 minit je sebab jam 7 petang kami nak blah. Ada yang baru tiba tu kami fikir tak eloklah mandi malam kat laut. Jalan2 pun tak elok nak Maghrib kot.

Balik bilik dan kemaskan diri kami pi cari dinner pulak. Puas juga pusing2 ingat nak makan dan minum coconut shake kedainya tutup bila malam rupanya. Jadi kami pun pergi cari makanan lain.

Nampak kedai Putu Bambu World kami try la beli. Asyik nampak kat Ampang area Taman Cempaka nun tapi tak pernahnya nak beli. Kat Negeri Sembilan juga yang dicarinya. Mula beli satu bekas ada 5 keping RM3.50. Lepas tu cam sedap je beli lagi satu bekas. Kalau beli 3 terus RM10 tapi macam banyak je...



Kemudian nak makan kuew tiaw. Nampakla King's Char Kuew Tiaw. Oklah cubalah. Sebab Aqlan dah tidur aku tunggu dalam kereta je. Yang takjubnya sekejap je makanan dah siap. Dalam 15 minit je kot siap 3 bungkus. Kuew tiaw, char kuew tiaw dan nasi goreng.

Balik bilik ingat budak tu sambung tidur. Abis diajak mainnya. Sudahnya kami makan jelah. Ngap2 semua dah kenyang tidur jelah. Tutup lampu baru senang nak tidurkan anak tu.

Pasal bilik...adik ipar terpaksa merayu dan buat muka manis untuk dapatkan bilik dengan katil king size. Dah penuh. Bila dah dapat tu...yang tak best cuma bilik air bertakung. Nak tukar2 memang lecehla. Hadapkan jelah.

Bilik ada king size dan 1 katil bujang tepi tingkap. Ada meja makan dan sinki. Ada peti ais juga. Yang ada sinki tu yang syok. Senang nak cuci botol susu bagai. Takyah pergi bilik air.