Selasa, 11 Ogos 2015

26 Syawal 1436H - Panggilan Temuduga

Dalam jam 4 lebih petang tadi aku dapat panggilan dari nombor tak dikenali. Mula2 aku ingat mover. Sebab aku dah malas nak layan mover tu. Masa tu aku tengah kemas2 barang atas meja mekap aku masuk kotak. Aqlan terbangun sebab aku lupa nak silent.

Ok aku angkat. Siapa ni?

Saya Iqbal dari ......travel & tours sdn bhd. Itu yang aku dengarla...apa pulak nak dijualnya ni...

Awak cik.....ada deposit. ? Deposit? Apa? Deposit resume dalam jobstreet kan? Ah yaaa..baru ku paham..

End up nak marah aku pulak yang tanya ofis dia kat mana. Katanya di Jalan Ampang. LRT terdekat Masjid Jamek. Gitu.

Aku pulak tengok anak aku  mmmmm memang taklah nak pergi kerja ke sana if dapat pun memandangkan aku nak pindah jauh. Orang tu siap tanya cik bukan dulu kerja dengan ......tengah bandar kan. Aku kata yelah. Tapi aku cakapla yang aku tak suka masuk kerja lambat.

Anyway panggilan ni walaupun hanya untuk panggil interview yang belum pasti pass tapi genap 2 bulan aku berhenti kerja aku tetap rasa teruja. Sebab ada orang berminat nak ambil aku kerja berdasarkan resume aku. Keyakinan naik tiba2.

Kepada Encik Sebelah ku whatsappkan. But i said Aqlan need me. He said we need you. He still happy that i resign to take care of my beloved son.

Resume? Dah lama tak buat baru. Patut ke lagi kalau dah hati tu sebenarnya suka lagi bersara dari bekerja?

Anyway Allah lebih tahu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.