Masa pergi AEON Taiping aku pergi cari pencuci mekap sebab malas nak guna yang cecair tu. Satu hal botolnya boleh mengeluarkan cecair bila tertekan. So adalah tertekan masa dalam Handbag sudahnya beg aku berlendir je...ish.
Jadi pencuci cecair letak kat rumah yang ala2 wet tissue ni aku bawak merata. Handy dan kecil. Muat dalam handbag. Mari kita 'bedah' dia.
Pada mulanya aku ingat ni Biore. Rupanya keluaran Mandom. So aku agak takjub juga. Dengan kelemahan mata aku. Hahaha.
So beli lama dah tapi baru nak try lepas balik kenduri. Maklumlah mata berwarna sikit.
Jadi pada wajahku aku oleskan..
Kiehl's ultra facial cream
Farmasi pressed powder
Lèelan Vital eyeliner
Clinique cream shaper for eyes 01 black diamond
Maybelline eyeshadow The Nudes
Ini semua memang anti smudge dan waterproof makeup. Memang tak hilang kalau setakat basuh dengan air. Atau basahkan tisu. Memang perlu makeup remover dan cleanser.
Dan apa yang bagus pasal Bifesta ni dia ada kedua-duanya! Lepas dah lap semua tu tak perlu nak guna pencuci muka lagi. Bezanya dengan Bioglo tu dia ni tisu basah. Bioglo tu cecair.
Dua-dua pun bertindak lebih kurang sama.
Tapi Bifesta ni tak langsung meninggalkan rasa macam panas atau apa ayat yang sesuai haaaa? Lepas guna hanya sehelai tisu everything settle. Tapi aku tak amikla pulak gambar tisu tu sebab automatic aku buang lepas lap muka. Hahaha tak kuasa nak amik balik dari plastik sampah.
Lepas tu bolehla aku test dengan ambil tisu biasa dan lap muka aku sekali lagi nak pastikan hilang betul2. Memang hilang... terus ambul wudhuk dah tak payah nak was-was mekap dah tanggal belum.
Oh harganya RM17.90 untuk 46 helai. Aku bukan pakai mekap hari2. Jadi lama laaaaa lagi nak habis.
Isnin, 10 Ogos 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.