Ahad, 2 Ogos 2015

17 Syawal 1436H - Last Day At PD

Hari kedua. Bangun pagi memang adik ipar dah takde. Masa dia pergi jam 5.30 pagi camtu aku blur2 sikit. Ngantuk. Jam 8.30 pagi baru bangun nak siap2 pergi breakfast. Haaa nilah sebab adik ipar ajak datang. Sebab dia dah bayar bilik hotel dengan sarapan untuk 2 orang tapi dia tak dapat nak menikmatinya sebab pergi join competition. Jadi diajaknya kami. Jadi kami makan dan duduk free..heheheh. begitulah jadinya kami dapat katil size king..

Aksi kat single bed.

Masa masuk breakfast room jam 9 pagi. Penuh. Kami makan tak banyak. Makan ala kadar je sebab nak pergi mandi kolam pula lepas tu. On the way ke breakfast area memang lambat sebab bagi Aqlan jalan sendiri. Dia syokla..kita yang risau.

Dah makan2 tu ambil gambar bagai naik bilik tukar baju. Tengok jam dah 1030 camtu. Memang terhegeh2 la bila semua nak disiapkan. Ni baru seorang woiiii...

Pergi kolam tak bawak phone. Malas nak keep in eye. Nak mandi jeee.. nak happy dengan anak dan Encik Sebelah. Dari kolam cetek ke paling dalam. Bagus ada pelampung. Aqlan pulak sekali tertenggelam haaa sentap hati mama dia. Berapa second tu tapi dia bangun angkat kepala dan terkebil2 jugaklah. Tapi kami tak mahu dia trauma jadi kami sambung masukkan dia balik dalam kolam. Hal tu terjadi pun sebab kami keluarkan dia sekejap dari Keroro tu bagi dia berendam dalam kolam. Dia nak capai tepi kolam tu yang tiba2 tertenggelam kejap..

Jam 11. 05 kami naik bilik nak packing untuk balik. Nak pergi minum coconut shake. Yeay kedai buka dan parking agak penuh. Dapat parking kami terus duduk. Makan laksa dan pisang goreng juga. Semua sedap.





1 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.