Sabtu, 8 Ogos 2015

Mitsui Outlet Park, Sepang

Den dah lama tingin nak poie. Tapi laki den kata nanti..nanti..

Tup tup hari ni dia ajak pergi lepas bangun tidur petang. Mimpi apa tak tahulah. Ikut aje.

Kami sampai jam 7 lebih camtu terus p solat maghrib siap2. Sebenarnya dah berhenti kat R&R Dengkil tapi ya Allah ramainya orang berdasarkan kereta pun queue panjang nak masuk parking.

Surau adalah selesa.
Tudung hijabiza yang labuh ni aku solat pakai kain jelah. Senang.



Kemudian kami pun pergi ke satu satu kedai. Lupa..masuk je nampak kedai kereta dalam Mitsui.





Hahaha..paling best parking pun sebelah pintu masuk utama. Orang dah nak balik kami baru sampai.


Takde yang berkenan. Sudahnya beli baju untuk anak. Katanya outlet macam takyah pergi JPO dah lepas ni tapi masih banyak kekurangan kedai2 berjenama macam di JPO.

Mak mertua dah lama suruh beli baju merah tu. Baju tu CNY punya season. Yang 3 helai tu aku yang nak. Putih merah diskaun 30%. Kelabu dan biru muda diskaun 50%. Harga asal memang mahal. Dah tahu kat sini boleh dapat murah bolehla datang lagi. Buat baju raya haji. Fabrik dia memang selesa untuk cuaca Malaysia yang panas ni.

Parking kena RM6. 2 jam je kami masuk. Walaupun kereta biasa je tapi keselamatan letakkan kereta kat mana penting. Jangan sebab nak jimat duit parking balik shopping kereta hilang. Takpun kena saman. Takpun kena pecah...memang tak sanggup.

Tapi memang ada orang sanggup kena saman dari bayar parking. Kaya sangat eh? Haha memang banyak kereta mewah suka parking luar kawasan. Orang kaya kedekut eh ke pinjam kereta je? Ni sebab teringat ada pemilik Rush parking luar kawasan. Parking caj kat tempat tu RM1 je. Balik tengok wayang keretanya dah hilang. Walaupun insuran cover tapi kalau dah ada barang berharga memang tak dapat balik kan...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.