Isnin, 3 Ogos 2015

18 Syawal 1436H - Aqlan Suka Makanan Berkuah

Erm sejak dah jaga anak sendiri sepenuhnya barulah dapat kenal dirinya. Kalau tak pagi2 hantar kat pengasuh. Balik kerja ambil dan dia pun dah mengantuk terus nak tidur je. Jadi bila bonding time tu?

Masa bekerja bonding time sewaktu memandikan dia pagi2. Hanya 2 kali Aqlan tak mandi pagi sebab dia memang tak bangun dan hari sejuk sangat. Aku memanglah mandikan dia dengan air suam sejak lahir sehingga usia dia 8 bulan. Itu pun atas nasihat pengasuh yang ada 8 tahun pengalaman bekerja di nurseri sebelum menjaga sendiri anak2 yang dihantar kepadanya. Kalau hari hujan aku akan mandikan air suam juga. Cuma bila dah jaga dia sepenuhnya ni mandi memang lambat tunggu dia bangun sendiri. Aku tak kejut dia dah macam dulu2. Kesian biarlah dua tidur lama sikit. Kemungkinan tumbesaran dia terganggu sebab tak cukup tidur. Yelah di rumah pengasuh kerja dia nak main je. Tidur sekejap2 malah ditahannya mengantuk tu sebab nak main. Bila dah dirumah nak main apa sangat dengan mama dan papa dia. Kami balik kerja dah letih. Kalau aku stress aku punya mood pun boleh tempias ke anak yang tak tahu apa2 ni.

Keputusan untuk berhenti kerja ni salah satu nak melihat anakku membesar didepan mata. Aku pun tak tahu berapa baki umur yang ada. Aku tak mahu terlepas beberapa phase penting. Masa mengesot dan merangkak dah berakhir. Masa berjalan umur dia setahun sebulan pun dah berakhir. Jadi aku dapat lihat dia mula bercakap yang fasanya lagi lama. Papa mama pun tak reti nak sebut. Tahu Bu dan Abah. Sekarang dah tak sebut. Sekarang pandai Bai je memanjang.

Pasal sup ni..pengasuh dah cakap anak ni suka makan. Tapi sebab kekangan masa aku selalu bekalkan dia nasi goreng je. Sebab senang. Sup ayam seminggu sekali je itupun memang papa dia je masak. Yang 4 hari lagi nasi goreng dan dibekalkan pasta mentah. Jadi pengasuh tu bolehlah just didihkan dan taruh sedikit garam jika Aqlan masih lapar.

Dah tinggal berdua dengan Aqlan ni memang nampak dia suka sup. Aku dari memasak sup yang complicated now dah masak yang ringkas je.

Aku suka letak bawang Holland bunga lawang dan bunga cengkih. Sedikit garlic dan halia. Campak2 je. Tumis. Masuk air, kentang dan ayam.

Kalau tak makanan no. 2 yang dia suka Mac and Cheese. Ni pun papa dia yang start bagi. Makanan lain nak masak aku google je. Selalu suggestions akan ke website Australian Food. Dan ringkas je.

Aku pun suka follow blog ibu2 di Malaysia yang suka kongsi resipi untuk anak. Kadang takde bahan. Apa bahan yang ada memandailah nak masak.

Bagi anak makan dari air tangan sendiri memang menuntut masa dan kesabaran. Aqlan dah pandai tutup knob dapur gas. Dia memang suka menyibuk kat dapur masa aku sediakan makanan untuk dia.

Dalam tempoh 2 minggu ni..terlalu banyak perkara baru yang dibuatnya hingga kami berdua rasa dia terlalu cepat. Dan kami akan jadi terlalu lambat kalau tak ikuti perkembangannya.

Muahhhh. Ermm baru je dia belajar buka penutup tisu basah dah lap mulut.

2 ulasan:

  1. Alhamdulillah merasa ko bonding...aku lum lagi ke arah tu....takpe la niat aku keje utk anak jugak...utk kesenangan dia...fayel sekarang bff aku...hehehe...

    BalasPadam
  2. bila la nak jumpa si kecik yang sekarang ni dah boleh panggil abg aqlan nih

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.