Sabtu, 1 Ogos 2015

16 Syawal 1436H - Avillion Admiral Cove 2nd Time

Kali ni pergi atas jemputan adik ipar. Dia masuk dualthon kami masuk air. Ehehehe.

Sampai sana je penuh dengan penunggang basikal yang akan menyertai pertandingan bawa basikal dan berlari. Aku berlari pun dah lama tak buat. Jalan laju2 bolehlah. Naik basikal? Lagilah. Mahu terhoyong-hayang nak balance badan yang dah gems.

Dah dapat bilik aku pula yang sesat. Bilik 2415 aku ingat 2145. 2 left wing. 4 tingkat 4. 15 tu baru biliknya. Aku dahla pergi hampir semua tingkat. Lelah cari dengan dukung Aqlan dan bawa satu beg galas.

Lepas check in kami pergi makan kat Medan Ikan Bakar Pasir Panjang nun. Cuma kali ni gerai no. 5 dah tak buka pula jadi kami pi merasa gerai no. 4 pulak. Makan sotong bakar, udang goreng, cendawan goreng dan ikan jenahak masak asam pedas.


Jam 5.30 baru balik ke PD semula nak mandi laut.On the way tu sempatlah beli pelampung untuk Aqlan. Aku pilih Keroro. Harga RM16.

Kami bertiga pun mandilah laut. Adik ipar tak ikut nak rest katanya. Basikal yang dia nak guna pulak ada small problem. Jadi dia pergi betulkan dengan kawan.


Masa mandi kat pantai tak lama dalam 40 minit je sebab jam 7 petang kami nak blah. Ada yang baru tiba tu kami fikir tak eloklah mandi malam kat laut. Jalan2 pun tak elok nak Maghrib kot.

Balik bilik dan kemaskan diri kami pi cari dinner pulak. Puas juga pusing2 ingat nak makan dan minum coconut shake kedainya tutup bila malam rupanya. Jadi kami pun pergi cari makanan lain.

Nampak kedai Putu Bambu World kami try la beli. Asyik nampak kat Ampang area Taman Cempaka nun tapi tak pernahnya nak beli. Kat Negeri Sembilan juga yang dicarinya. Mula beli satu bekas ada 5 keping RM3.50. Lepas tu cam sedap je beli lagi satu bekas. Kalau beli 3 terus RM10 tapi macam banyak je...



Kemudian nak makan kuew tiaw. Nampakla King's Char Kuew Tiaw. Oklah cubalah. Sebab Aqlan dah tidur aku tunggu dalam kereta je. Yang takjubnya sekejap je makanan dah siap. Dalam 15 minit je kot siap 3 bungkus. Kuew tiaw, char kuew tiaw dan nasi goreng.

Balik bilik ingat budak tu sambung tidur. Abis diajak mainnya. Sudahnya kami makan jelah. Ngap2 semua dah kenyang tidur jelah. Tutup lampu baru senang nak tidurkan anak tu.

Pasal bilik...adik ipar terpaksa merayu dan buat muka manis untuk dapatkan bilik dengan katil king size. Dah penuh. Bila dah dapat tu...yang tak best cuma bilik air bertakung. Nak tukar2 memang lecehla. Hadapkan jelah.

Bilik ada king size dan 1 katil bujang tepi tingkap. Ada meja makan dan sinki. Ada peti ais juga. Yang ada sinki tu yang syok. Senang nak cuci botol susu bagai. Takyah pergi bilik air.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.