Alhamdulillah settled ganti puasa dan puasa 6. Ingat tak dan. First week syawal bercuti raya sakan kat 3 negeri. 2nd week period pulak. 3rd week jatuh sakit sampai doktor kata u jangan puasala dulu minggu ni. 4th week baru mampu habiskan puasa sekaligus. Nasibla sebelum jatuh sakit sempat puasa sehari je. Elokla qadak pun kena 6 hari je. Tengok rancangan Kalau Dah Jodoh Ustaz Kazim ada yang tanya boleh tak campur puasa 6 dan puada qadak bagaimana niatnya..jawapnya hanya niat ganti puasa. Tak payah buat 2 niat sebab puasa tu dijalankan ketika dalam bulan Syawal. Habis cerita.
Banyak sangat orang kelirukan aku dulu. Aku malas nak berhujah balik sebab ilmu hujah nak refer pada hadis kurang sangat2. Jadi aku sejak period umur 13 tahun memang kalau ganti puasa aku buat sekali arung je dengan puasa 6. Sebab kakak aku dah confirmkan pun. Dia ustazah feqah. Tapi adalah juga ganti puasa dah bukan bulan puasa..tak dapatlah pahala puasa 6 tuh.
Asal ke Nu Sentral nak makan benda lain. Dah dengar ada Tony Roma's nak makan pulak. Ok kita nak raya kan..
|
Appetizers. Sedapnya kentang bakar berkeju ni. Aqlan pun makan |
|
Fish and Chips for Aqlan. Aku tak suka dia makan chips tapi papa dia kata ok sebab bukan macam kentang McDonald's. |
|
Bawang ni sedap naaaa. Selalu makan dapat berminyak2. |
|
Ais lemon teas share dengan Encik Sebelah. Segelas nak RM10 kot. Baik share lagipun free flow. |
|
Ni aku punya pilihan. Yang paling sedap yang ada topping putih krim tu. Yang ada mushroom tu cooked. Dah biasa makan medium rare sudahnya itu yang last sekali habiskan. Brokoli dan mash potato tu sedap noo. Mash potato tu pun bagi Aqlan makan. |
|
Adik ipar punya. Scampi rasa light but the shrimps yes very nice. Sedap laaaaaa. |
Dah makan sampai terduduk lama baru boleh round2. Tapi tak ambil gambarla..
Alhamdulillah makanan tak habis angkut bawak balik. Lepas tu pergi jemput mak dan hantar ke Bangi. Sebab esoknya nak tengok cucu grad. Sambil tu aku bawakkan sekali bunga yang ditempah khas untuk anak buah tu. Kak Ted berialah minta carikan sejak awal Syawal hari tu.
|
Tempah khas. Exactly tak dengan yang diminta kakak aku a.k.a. anak buah aku yang nak. Hasil tangan Izwan kawan gym Encik Sebelah. Dia ni ada company sendiri Maharisi Design. Memangla halus kerjanya..
|
|
Ini yang diminta anak buah aku. Nak comel2 je. Nak pakai guni...hahaha..menarik gak ek. |
|
Yang ni kami Google hantar kat Izwan suruh buat camni. Kakak aku siap pesan jangan pakai coklat Forero Rocher dah bosan katanya. Tak mahu bear atau bunga sebab anak buah nak makan. Bunga tak boleh makan..aiii macam2 ko ye... |
Kemudian ke Sungai Long pulak nak ambil makanan mama kirim dari Sabah.
Ermmm auntie Joe masakkan kami udang goreng Sabah style. Sedap wehhh... aku makan 10 ekor. Encik Sebelah 9 ekor. Sebab aku bajet untuk dia. Hahahaha. Kang sakit kang....takpe aku tetap pendengar setia keluh kesahnya..
Ok dah berlalu satu hari yang penuh.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.