Khamis, 31 Januari 2013

Muka Licin

pagi2 sebelum pergi kerja kami selalu minum2 je. kalau sempat baru aku masak breakfast. kalau tak sempat jerang air, minum kat office je. hehe. jangan menganggap aku yang bukan2. semua ini tertakluk kepada keredhaan licensed boyfriend masing2.

pagi tadi aku buka topik muka licin. my LB (licensed boyfriend a.k.a. SUAMI) mukanya licin langsung takde  bekas jerawat. aku pulak muka baru je mengalami kekeringan melampau dek tertinggal step penting semalam. sapu moisturizer Hada Labo.

rahsia muka licin LB ialah menggunakan bedak sejuk bila jerawat2 mula naik ketika muda remaja. aku cakap selalu lelaki tumbuh jerawat batu. mesti nanti muka ada kesan jerawat berlubang. katanya, mama suruh letak bedak sejuk. malahan mereka buat sendiri. dia pun tolong mamanya buat. wah wah...betul2 anak yang taat. kesannya. mukanya licin. aku yang macam2 krim tepek hari2 belum tentu licin.

dah mana nak cari bedak sejuk buatan tangan? aku tanak yang dikilangkan. hehehe..kalau pakai dulu mesti kena jerit macam hantu, takpun penuh tepung gomak. aku memang pernah pakai jugak. tapi biasalah nak pakai krim moden. tanak tradisional. sebenarnya kulit muka aku memang sensitif sangat. siap jumpa doktor minta krim khas untuk muka.

Rabu, 23 Januari 2013

ART: Katil King Vs Katil Queen

walaupun berderet aku dapat hadiah bedsheet untuk size queen, tapi ada 1 yang terselit bedsheet size king. maka usaha mencari katil yang sesuai penting sekali untuk keselesaan.

hidup aku bertahun dengan tilam single. tidur tanpa katil. tilam saja jadi peneman sejak aku keluar dari rumah kuarters KTM yang diduduki oleh keluarga kak Cupa. 

setelah akad menjadi isteri - errrrkk perkataan isteri sounds RASMI sangat jadi aku lebih suka guna perkataan girlfriend berlesen. hahahahaha. ke rumah sewa zcat 2 tingkat, katil queen yang beliau gunapakai selama hidup membujang. sakit2 badan sebab tilam dah lebih 6 tahun, maka aku pun kerja merengek sakit badan kena besi2 tilam yang dah kembang. ambik ko masa Harvey Norman buat promo sale launch week tilam harga RM999 jadi RM199. queen size jelah ye sebab katilnya tak rosak cuma kadang2 goyang. haha..

bila pulang dari honeymoon pertama (ah honeymoon mestilah sepanjang hidup..lagi2 masa belum ada anak) maka katil KING amatla best..jadi untuk rumah sewa di Ampang. katil king muat2 je masuk dalam bilik. pembelian bijak, beli katil jenis divan terus dengan harga tilam RM1199. kami beli di Perabot Cempaka je. dekat dengan rumah takdelah kena caj penghantaran..

penting tilam dari bahan getah dan foam ni sebab bila malam2 teman sebelah bangun nak pergi tandas ke, memangla tak sedar diri dibuai mimpi.

Memo;- akan ada lagi entry ART ( Alam RumahTangga)

Khamis, 17 Januari 2013

Official Solemnization & Reception Pictures From Sweetpictures

yah penantian 2 bulan baru dapat tengok draft melalui online!. memang teruja melihat hasil tangkapan. tapi ya...agak "rajin" nak copy..jadi aku bagi link ajelah untuk pembaca2 sekelian melihat hasilnya ya... mana tahu ada yang teringin nak mengupah diorang ni jadi photog istimewa korang pulak.

jadi sila ke....


Mood: audit + nak cuti 

Rabu, 2 Januari 2013

Baju Melayu Pengantin Lelaki

Baju melayu ditempah dari sahabat kami, Faizal suaminya si Ann. Zcat ini cerewet orangnya tentang menempah. Katanya dia selalu menempah di kedai Ajay di Wisma Yakin. Dan Faizal ini pulak memang bekas tailor di situ. Jadi aku meyakinkan zcat untuk menempah dengan dia. Untuk permulaan, 1 helai baju dulu dibuat untuk tester.

kat tepi food court Bukit Indah pun jadi nak ambil ukuran. masa ni diorang ni nak keluar ke mana tah. tepi jalan pun sebat.


ni lah baju Melayu yang ditempah dari Ajay Tailor, Wisma Yakin

Bila baju dah siap dan zcat memakainya dengan perasaan gembira, 2nd baju ditempah. Kemudian ditambah pula dengan baju pengapit lelaki. Adakah dalam tempoh kurang 3 minggu semuanya akan sempat disiapkan? Baju pengapit hanya dihantar pada 29 October! Kerana kami membeli kain pada 28 October di Jakel pada harga RM20 semeter. Harga asal RM22. 9 meter dibeli, 5 meter untuk lelaki, 4 meter untuk perempuan. memang cara cowboy je bila difikirkan. bila dah siap semuanya, Ann yang datang hantar di Delifrance. 

Tempahan Baju Pengantin Perempuan di Dezaine Boutique

Pada masa rehat makan tengahari aku ke butik2 pengantin di dalam Ampang Point untuk melihat2 baju pengantin. Bagi aku kalau berbaloi tempah, aku tempah. Kalau tak aku sewa je. Lagipun kain yang aku beli  design ringkas. Jurujual ingatkan itu baju untuk raya kami berdua. Bila aku cakap baju resepsi, dia diam sahaja. hahahaha. Aku disyorkan menghantar kain ke Butik Umairah di Medan Mara oleh jurujual Jakel tersebut. Dari situ aku pun membelek2 blog orang yang pernah menghantar baju ke sana. Kos tempahan katanya dari RM250.00.

Kemudian sebab dah berjanji nak tanya design yang sesuai dengan Abang Zain pasal baju resepsi aku, maka ke Dezaine Boutique la aku menapak dengan Ulfa & Ping.

Melihat figure body shape aku, Abang Zain terus melakar pakaian yang sesuai dengan aku. Setelah bertanya harga upah, aku pun berjanji untuk memberitahunya esok sekiranya Zcat benarkan aku tempah di sini. 

Waktu malam aku sms Zcat dengan perasaan bercampur-baur. Hehe. Ini akan jadi baju paling mahal pernah aku miliki. Disebabkan permintaan Zcat aku perlu cantik untuk dia, maka aku sendiri sanggup membayar dan berjimat cermat sekiranya dia tidak mahu bayarkan. Tapi nampaknya aku tak perlu usaha lebih, Zcat setuju asalkan aku rasa cantik. Dan pastikan baju tu sepadan dengan harga upahan.

Keesokan harinya pada 13 Jun 2012 aku pun menghantar kain untuk ditempah dan membayar deposit  menggunakan wang simpananku. aku ceritakan kepada Zcat dan dia pula sedih sedikit kerana keretanya meragam dan kos membaiki mencecah RM650.00. (novel Melayu betul cara aku bercerita... keh..keh..keh..)

Akhirnya pada 24 October 2012, kami membuat fitting terakhir kerana pada masa itu baju resepsi Zcat juga sudah siap. Kami juga menyewa sampin, tanjak dan aksesori untuk resepsi.

baju ni kalau pakai ke dinner pun boleh. jadi takdela aku rasa membazir. nak sewa baju, aku ni bukan jenis suka pakai bekas orang..kalau tempah sewa, kemudian tengok orang lain pakai pun aku tak sanggup..

Selasa, 1 Januari 2013

Cenderahati Majlis Nikah


Aku ingin benar berikan tin sebagai hadiah. Sebab utama tentulah sebab aku penggemar bekas dari tin, hahaha.. Puas jugak aku cari harga yang munasabah. paling murah aku jumpa dalam blog Cenderahati Perkahwinan dan di dalam FB aku berbual terus dengan pemilik kedai. Boleh dapat diskaun 5% jika beli lebih 500 dan 10% jika lebih 1000. Akhirnya belian berjaya dilakukan pada harga RM1.40 untuk 348 tin. Ini kerana 1 bungkus dijual 1 dozen maka aku membeli 29 bungkus. Semua belian memerlukan deposit 50% sebelum dihantar seminggu kemudian. Aku memilih untuk mengambilnya sendiri dari Azfar di Viva Homes Cheras pada 6 October 2012.


pembungkus berzip ni beli di Daiso, 75 keping RM5! terbaik..lepas habis makan marshmallow. boleh simpan untuk diisi kerongsang, dan macam2 lagi untuk travel




reben kuning dibeli kedai Bunga Reben berharga RM1 untuk 1 roll. aku beli 15 roll tapi habis sepuluh.  sticker tempah di Kiddo Stickers di Kiosk tingkat 2 di Ampang Point. 100 keping kena RM12, aku beli 350 keping lagi murah. tak silap kena RM36 je..
tin ni ada lebih 4 dozen lagi kot. so kalau siapa2 rasa nak beli sikit dari aku, aku boleh jual. sebab simpan banyak2 pun tak guna membazir je..

Aku membeli gula2 & coklat di kedai borong di Bandar Baru Ampang. Habisla RM175. Cadbury 1 botol RM24 x 4, Mentos RM16 x 4 & lolipop RM15. Goodie bag untuk kanak2 juga sudah selesai dibeli pada harga RM15 di Fah Lean. Aku telah membelanjakan RM40 untuk 1 kg marshmallow halal yang aku jumpa di Shah Alam. Dia area food court yang ada kedai makan D’ Arab Café.

yang tolong datang bungkus mula2 Ann, esoknya bila tak cukup aku, Azrena & Ping pula membungkus. seronok juga ramai2 membungkus sambil berborak macam2 hal.

Hiasan Hantaran


15 October 2012 aku siap membuat 100 kuntum bunga tisu berwarna kuning dari tisu Ikea. Aku puas sebab aku dapat membuat banyak kelopak. Oh bunga aku bukan bunga rose, tapi bunga carnation. Hatiku sendiri rasa riang ketika menganyam. Mudah sahaja stepnya. Next aku hendak membuat bunga tisu dengan saiz yang lebih besar. Sebenarnya aku Cuma nak membuat bunga berwarna kuning sahaja, tapi Zcat pula mahukan ditambah warna biru muda. Well mungkin akan bertambah cantik.

100 keping RM11.90 kalau berwarna dapat 50 keping je

sekeping tisu 3 lapis lipat dua potong bulat guna saiz masking tape, so dapat 2 kuntum = 24 lapisan

guna penetas benang lebih baik dari guna stapler atau jarum untuk buat lubang

60 sen Kedai Bunga Reben, macam biasa harga tertera ialah 80 sen















Aku juga telah membeli hiasan untuk bantal hantaran. Bantal hantaran aku buat sendiri. Dengan mudah untuk dapatkan bahan2 dari Kedai Bunga Reben di Jalan TAR dan dari Kedai Kain Nagoya. Pada mulanya aku banyak menggunakan gam pistol untuk melekatkan kain, akhirnya impak yang tak cantik membuatkan aku menambah kain untuk tampalan bagi menutup kecacatan gam. Dari tak mahu jahit, aku menjahit sembat kuku kambing. Kini aku Cuma perlu menambah aksesori di bucu bantal untuk menjadikan bantal silver berkilau tu bertambah menarik, dan ya aku dapat membeli 30 keping kerongsang bantal dari Kedai Bunga Reben City One Plaza dengan harga RM15!



aku tak snap pun proses buat bantal...siapa2 nak buat google jelah blog orang lain ek....
Aku ada terfikir hendak mengecat semula dulang pahar mak. Tapi aku tak pasti cat yang sesuai. Kalau mengikut carian google, elok menggunakan cat sembur primer untuk hasil yang baik sebab dulang pahar tu dari plastic. Tapi aku risau hasilnya tak menarik. Sudahnya aku tak buat apa2 pun.

Khamis, 13 Disember 2012

Membeli Pakaian Untuk Resepsi

Kami ke Jakel Jalan TAR untuk melihat2 kain untuk dipakai di majlis resepsi pada 9 Jun 2012. Aku senang hati sebab dapat menolak sapaan2 “mesra” jurujual kain. Sudahnya aku dan Zcat mencari2 sendiri warna kain pilihan kami hinggalah ditegur oleh seorang jurujual.

Melihat keramahan dan tidak penyibuk/memaksa beliau, kami mengikut saja cadangan2 yang dia berikan. Zcat terus menghubungi mama di untuk bertanya adakah pilihan kain kami sesuai. Hahah dah macam nak pakai ihram  bila tengok Zcat dipakaikan kain yang hendak dibeli. Satu momen yang lucu.




Akhirnya kami membeli kain2 tersebut dengan harga yang murah. Kain aku dan Zcat adalah kain akhir, maka kami dapat lebihan dengan harga yang sama iaitu RM485.00 semuanya – kain chiffon bermanik labuci, kain satin & kain baju Melayu. Kos keseluruhan sepatutnya mencecah RM620.00. untungnya Jakel dah nak tutup kedai masa tu dah jam 8.30 malam.


Ahad, 9 Disember 2012

Hari Merisik

Pada 2 Jun 2012, hari merisik berjalan lancar dirumah abang iparku Abang Musa di Kajang. Walaupun cuaca panas dan aku sendiri berpeluh2 kepanasan, namun enak je tekak aku makan pelbagai juadah yang dihidangkan.
Baca: Majlis Khitbah = Majlis Pertunangan. ini semua idea kakak ipar aku Kak Hasni, isteri abang Bad
Jam 3:18pm. jam kat belakang tu dah rosak

Sahabat lamaku Fairuz menyumbangkan kuih kaswi yang digemari semua orang dan pudding jagung yang terlembik sikit tapi sangat sedap dan manis. Kak Cuma memasak pulut kuning dan rendang daging. Fairuz juga membancuh teh tarik yang sangat digemari Reen. Aku Cuma beli teh Boh dan susu krimmer cap Teko dari Econsave. Aku juga membeli air minuman R.O. untuk tetamu. Lebih mudah dalam botol2 bersaiz 500ml. harga pun murah RM6.90 je.

Mak pula menyediakan karipap kegemaran ramai dan Ann pula menyumbang popiah goreng pedas dan kuih talam keladi. Sangat sedap.

Kak Ina sahabat baik kak Cuma pula menyolekkan aku, padahal sebelum itu Reen dah berjanji nak menyolekkan aku. Mungkin dia dah teruja, selepas solat Zuhur, cepat2 je dia keluarkan barang mekap untuk disolek percuma. Sudahnya kakak2 dan emak semua bercelak bagai. Hehehe.

Rombongan keluarga Zcat terdiri daripada 13 orang termasuk dia tiba tepat jam 3 petang. Selepas berbincang, aku pun dipanggil untuk acara menyarung cincin. Hihi. Dah kena sarung ramai pulak nak ambil gambar sampai kena tegur untuk salam dan cium tangan mama Zcat. Aku bukan tak ingat..memang itulah perkara yang aku paling ingat tapi semua orang dah jadi paparazzi. Haha.


Kak Cuma, Emak, Aku, Kak Cupa & Kak Ted. Kad Dewi kakak sulung kami tak dapat hadir

Dan ya, apabila melihat hantaran dari Zcat aku tersenyum. Dan aku gembira melihat kuntuman bunga daisy pink menghiasi dulang2 hantaran yang dihias cantik. Oh aku punya biasa2 aje..


Barang Hantaran Merisik

Kami pada mulanya tak bercadang memberi hantaran sebab keluarga Zcat hanya datang untuk merisik. Tapi dia hendak mebawa tepak sirih dan cincin. Kemudian mengikut kata mama dia hendak membawa manisan. Setelah berbincang akhirnya aku dan Zcat akan bertukar hantaran 5 berbalas 7.

Pencarian hantaran bermula apabila kami dah list down kan apa nak diberi. Daripada aku;


  1. Apam polkadot
  2. Buah anggur
  3. Cupcake
  4. Songkok
  5. Kain pelikat
  6. Kain pasang untuk nikah
  7. Biskut bangkit








untuk buah anggur

untuk apam polkadot

untuk cupcake

Semua hantaran ni berdasarkan cadangan Zcat. Aku ikutkan saja.

Manakala daripada Zcat pula;
  1. Sepasang baju nikah
  2. Coklat
  3. Buah-buahan (strawberi, kiwi, dan plum)
  4. Sebentuk cincin merisik
  5. Kuih bakar kemboja

untuk diisi buah-buahan





Kemudian memikirkan tema hantaran, aku mahukan light pink & light green. Dan aku bercadang menggubahnya sendiri. Maka pencarian membeli bahan2 untuk membuat bunga gubahan pun bermula.

Kami ke 2 kedai Bunga Reben di Jalan TAR, ke kedai Fah Lean di Balakong, Mydin Jalan TAR & Subang untuk membeli peralatan menggubah, reben2, bunga2 tiruan dan bekas2 untuk mengisi makanan. Aku juga ke Econsave Kajang untuk membeli anggur pada harga yang murah – betul2 sehari sebelum hari aku dirisik.

Aku juga beremel dengan teman2 rapatku, Ann & Reen untuk bertanya dan update persediaan merisik. Mereka berdua dengan senang hati menyumbangkan apam polkadot & cupcake sebagai hantaran. Aku sangat berterima kasih atas sokongan dan sumbangan mereka berdua.

Di Jalan TAR juga kami ke Wisma Yakin untuk membeli songkok & kain pelikat buat Zcat. Kami tak pandai menawar banyak. Jadi songkok baldu dari RM65 dapat RM60. Kain pelikat dari RM60 dapat RM50. Zcat pula menambah wang sendiri untuk membeli sehelai lagi kain pelikat kerana warnanya sangat cantik.

Kembara mencari kain pasang untuk nikah sangat jauh. Sehingga ke Shah Alam. Namun tiada apa pun dibeli kecuali sehelai selendang untuk majlis merisik. Aku pun cuma bercadang memakai baju kurung yang ditempah. Kain tu diberikan oleh emak, dan emak memang mahu aku pakai ketika dirisik.

Dan akhirnya aku berkenan dengan sepasang kain baju kurung chiffon berwarna off white yang sudah siap berjahit di salah satu butik di Ampang Park. Dari harga asal mencecah RM300.00 baju itu dapat dibeli pada harga RM200.00 sahaja. Dan itu juga minggu terakhir untuk beli kain yang memang murah  dari seorang pembantu kedai yang akan tamat kontrak bekerja pada keesokan harinya iaitu 16 Mei 2012! Hah, sudahnya Zcat terus ke ATM dan membelikan untuk aku pakaian tersebut pada hari itu juga. Hari tu aku bercuti sebab nak ambil keputusan ujian darah. Alhamdulillah. Paras kolesterol dah turun 5. Zcat gembira sambil berkata, “bakal isteri saya sihat..” hehehe.

Pada hujung minggu kami keluar mencari kain pasang untuk Zcat pula. Disebabkan aku lupa bawa kain pasangku, maka kami tak jadi membeli. Aku cadangkan Zcat beli sahaja tapi dia tetap mahukan kain itu dibawa bersama baru boleh beli. Sudahnya kami bertekak dan aku sentap sekejap. Sambil Zcat terus memandu untuk ke Masjid di Wangsa Maju. Kemudian kami berjumpa kawannya Izwan(Maharisi Design) sebab Zcat nak pinjam dulang hantaran.

Keesokan hari kami ke Gulati’s Subang untuk membeli kain pasang. Aku pun dah bawa bersama siap2 kain baju nikahku untuk dipadankan warna. Senang je dah dapat padanan. Selepas diskaun, aku membayar hanya RM80.00 untuk 5 meter kain chiffon. Kemudian kami melihat2 kain untuk resepsi. Kot2 ada yang cantik dan harga berpatutan.

Pada minggu terakhir, aku siap menggubah bunga2. Hatiku puas melihat hasil kerja tangan yang serba ringkas dan membayangkan bahawa Zcat gembira menerimanya. Ialah aku dapat tahu dia hantar ke kedai, mestilah lagi cantikkan.