Jumaat, 28 Februari 2014

Stroller, Carrier Dan Moses Basket

Alhamdulillah dengan perasaan yang sihat dan tak sakit2 sangat dah kami ke Setia Alam untuk ke Whizz Kid. Sebab ada offer barang baby.

3 benda ni memang dah berbulan rancang nak beli.  Cuma tunggu the best price we can get.

Ketiga-tiga barang ni memang totally idea Zcat. Dia yang nak brand ni, dia yang nak bayar pun. Katanya tak kisah asalkan tahan lasak untuk anak kami.

Ok Moses Basket tu tiba2 je teringin walaupun tahu penggunaannya takkan lama. Katanya senang nak angkut ke mana2. Tapi kaki takde. Kena beli asing. Dah survey ada di jual di Mother's Care. Paling tinggi boleh guna 4 bulan kot. Kenapa tak beli baby cot? Sila tanya Zcat. I temankan je. Sebab beli barang baby ni memang best kan.

Quinny xtra zap2 dipilih sebab boleh lipat sekali dengan tempat duduk. Model sebelum ni tak boleh. Lagi jimat space. Boleh guna sehingga berat mencapai 18kg. Yang penting muatla dalam kereta Myvi.

Carrier Quinny maxi cosi sebab boleh jadi rocker dan boleh dipasang ikat pada seat kereta. Tapi penggunaan setahun je. Tapi bagi kami worth it la senang nak angkut baby yang kecil dan boleh letak kat stroller.

Berapa harganya? Sebab tawaran menarik la Zcat beli. Harga asal stroller RM2299. Carrier RM999. Moses Basket lak RM289. Gila... aku memang tak mampu la nak bayar. Harga selepas diskaun memang rugi kalau tak beli. Stroller dan Carrier tu jadi RM2299. Moses Basket tu jadi RM199.

Tak sure bulan Mac ada lagi tak offer macam ni. Oh ya jaminan setahun. Gambar? Malas nak snap. Hehe. Apa pun aku pilih warna merah.

Khamis, 27 Februari 2014

Rasa Lebih Sihat

Setelah mengurangkan pengambilan dos ubat darah tinggi kepada hanya 2 kali sehari, aku rasa lebih sihat. Takdela sepanjang hari nak tidurrrrrrr je.

Alhamdulillah berjaya khatamkan Al-Quran sebelum bersalin. Lega sebab janji telah ditepati.

Malah sebelah malam aku boleh pula nak ikut pergi makan jauh. Ke Chilli's Ara Damansara.

Dah siap makan baru terfikir nak ke Wondermilk. Kedai pun dah tutup. Tak dapatla makan biskut Arab yang sangat sedap tu. Walaupun harga macam overpriced. Almond Snap or Kopi Cap Rusa pun tak dapat dibelikan untuk Zcat.

Terima kasih pada mereka yang sentiasa mendoakan untuk aku. Hilang stress memang turunla kadar ketinggian darahku.

Rabu, 26 Februari 2014

Nando's At Home

Kerana aku yang dah makin tak mampu nak gerak jauh ni maka biarlah Zcat buat panggilan je. Biar makanan datang rumah.  Bukan kami yang keluar cari makanan.


Selasa, 25 Februari 2014

Rutin Harian

Sejak di diagnosis ada hypertension, hari2 aku kena ambil bacaan tekanan darah. Kadang tinggi kadang tinggi sangat. Itu pasal dos dari sebiji jadi 2 biji untuk 3 kali makan.



Makan ubat ni pening kepala makin menjadi. Rasa macam berpusing duniaku. So terlentang terlepek je atas katil.

Zcat pun mc hari kedua dah. Kesian juga pada dia. Nak jaga aku, nak jaga diri sendiri. Apapun aku bersyukur sebab bukan teruk benar keadaan kesihatan kami berdua. Ujian Allah harus dihadapi dengan sabar dan redha. Banyakkan la baca surah Al-Insyirah ataupun Alam Nasyrah. Fahami maksudnya. Itulah yang afdhal.

Isnin, 24 Februari 2014

Solat Orang Tak Sihat

Sejak kena hypertension ni aku memang banyak solat diri waktu baca fatihah dan rukuk pun masih mampu. Tapi bila time sujud aku duduk atas birai katil sebab aku akan pening sangat bila bangun. Tambah pula tangan kiri tak mampu nak tanggung berat badan. Sakit sangat. Sebab tu bila baca blog kak cik pasal dia jalani pembedahan, aku pulak fikir lagi bukan2.

Kadang terfikir adakah sebab dah lama tak sujud dengan sempurna maka sebab itu darah tak masuk kat bahagian otak yang sepatutnya. Atau sebab dos tambahan? Atau timing makan tak betul. Time ambil ubat tak cukup 8 jam sekali? Atau masih terfikir hal2 kerja di ofis. Kerja nak baring je sekarang. Ya Allah mudahkanlah proses ni.

Ahad, 23 Februari 2014

Makan-makan Selagi Boleh

Kalau ikut hari cadangan doc untuk sku dipaksa bersalin adalah seminggu je lagi. Tapi kalau Allah dah tentukan lebih awal bagus juga. Hehe.

Hari ahad masih di Ampang. Sarapan pagi di Kedai Mak Jah kat Ampang Jaya. Boleh pula order sekeping je roti canai. Itupun atas ihsan aku pregnant. Kalau tak semua dah ditempah. Maka pekerja yang baik hati buatkan juga sekeping untuk aku. Alhamdulillah.

Lepas tu aku mengemas beg la. Katanya nak berpantang di Puchong. Aduh banyak pula mak nenek nak kena angkut. Lepas penat tidur kejap pastu pergi makan di Dapur Penyet. Tak kuasa nak pergi jauh2. Senang kat area Bandar Baru Ampang banyak kedai makan sedap. Yang penting ber-aircond.

Lepas isyak baru balik Puchong. Terus ajak Jija pergi dinner sekali. Nak ke Chillis macam tak sempat dah jam 9:40pm walau kitchen closed jam 10:45pm.

Sudahnya ke Murni Bukit Jalil lagi. Layan walaupun fish and chips potongla malam tu. Tak habis makan. Zcat tolong habiskan.


Makanan semalam di Bandar Baru Bangi lebih menarik. Lupa pula nama kedainya.


Sabtu, 22 Februari 2014

Check Up Paling Lama

Week 37. Pagi2 datang dari Ampang. Sampai jam 830am. Ambil no 9. Pastu pergi makan kat kedai hujung roti kosong dan milo kosong. Tambah teh o ais. Pagi sebelum keluar rumah dah minum segelas susu strawberry.

Elok lepas balik breakfast no naik ialah 7. Wah aku belum buat urine test.  Baik cepat buat kalau tak kena skip. So ambiklah ujian tekanan darah, timbang berat & urine.

Dah jumpa doc Noraini kena scan macam biasa. Bacaan tekanan tinggila pula. Dah kena makan ubat darah tinggi. Ambil dos sehingga 500mg.

Fine lepas setengah jam jumpa doc lagi. Tinggi juga dalam 158. Sudahnya doc nak tengok if ada jalan keluar sudah terbuka. Arghh aku pula yang tinggi tertekan. Doc kata belum buka. Fine kena ambil kiraan denyutan baby pula.

2 kali ambil, first baring terlentang. Bacaan agak bahaya. Bila mengiring dah ok balik. Jumpa doc lagi. In the end dia suruh datang lagi waktu malam untuk ambil lagi sekali ujian denyutan jantung baby. Nurse pun tanya kurang air. Doc cakap khuatir baby lemas. So cadangan bersalin jadi lebih awal. Maybe kena induce, epidural, worst kena potongla.

Ya Allah berdoa la sebanyaknya. Pujukla baby ni. Minum air sebanyak mungkin. Ke tandas takyah cakapla berapa kali.

Malam datang jam 10pm. Pun baring melentang dan mengiring. Akhirnya bidan cakap ok boleh balik tak yah masuk wad. If tak aku dah bersalin esok. Which is mentally belum bersedia.

Jadi cuti yang diambil seminggu nanti nak relax je. Doc bagi tarikh masuk wad 3 March. Esoknya diharap bersalin. Ya Allah permudahkanla proses bersalin ni. Biarlaha normal. Biarlah semua selamat dan sihat. Amin.

Jumaat, 21 Februari 2014

Potong Rambut Gaya Miley Cyrus?

Musim panas February tahun ni memang meresahkan. Rambut aku memang pendek. Ngam2 je kat leher.  Kalau berpeluh kat situla paling hangat.

Sudahnya tak tahan pergilah kedai gunting rambut di Bukit Indah. Sampai situ je nampak model potongan rambut pendek terus nak style tu.

Balik rumah, Zcat cakap rambut style Miley Cyrus. Aku pulak perasan rambut gaya Bunga Cinta Lestari waktu dia mengandung dulu. Ahaha. Lantakla yang penting rasa ringan je rambut.

Khamis, 20 Februari 2014

Majalah Pa&Ma

Sejak dah besar perut ni baru terhegeh2 cari bahan bacaan dengan kehamilan, anak dan yang berkaitan.

Baca kat website kecik je rasa kalau dari screen handphone. Kalau beli majalah boleh belek banyak kali. Tak perlu risau kepanasan handphone akibat terlalu lama online.

Selalu jadi rujukan ialah kedai yang jual barangan bayi. Tengok diskaun best je pergi terjah.

Teringat lak dulu2 masa nak kahwin tiap2 bulan beli majalah Pengantin. Buat hantaran gubahan sendiri. Dah habis majlis kahwin semua majalah dah tak ambil peduli. Hehe.

Rabu, 19 Februari 2014

Tukar Kad Ahli Watsons

Dah tukar kad ahli Watsons yang baru? Aku dah. Bayar RM6 je. Kemudian akan diberi kad baru yang juga ada kemudahan untuk menggunakan touch n go. Tapi jangan lupa activate kan dulu sebelum guna.

Aku sendiri belum aktifkan touch n go tu. Sebab aku masih ada kad touch n go yang lama. Nak buat pengaktifan pun nak kena baca betul2. Kang hilang balance duit dalam kad lama rugi juga.

Yang aku dah aktifkan cuma kad Watsons dan balance point dah selamat dipindahkan.

Selamat menukar kad baru. Ada point tambahan 2x ganda sekiranya membeli barangan jenama Watsons itu sendiri.

Yang penting kad baru lebih fresh dan cantik!


Selasa, 18 Februari 2014

Emergency Leave

Ah sudah EL pula hari ni sebab aku rasa tak sihat. Zcat cakap takyah ambil mc la.. dia pun pergi jumpa doktor dia kat Bandar Tasik Selatan tinggalkan aku sorang2.

Duduk rumah nak terbaring je tak boleh jadi juga. Ada jelah kerja rumah nak buat yang mampu. Basuh kain lipat kain itu jelah. Lunch makan di Asia Taste kat Axis Atrium sedap sebab dimasak panas2. Erm beranganla nak masak style macam tu untuk Zcat satu hari nanti.

Malam makan bua-buahan je. Kenyang. Lepas tu ngadap toilet ajelah...huhu