Jumaat, 28 Februari 2014

Stroller, Carrier Dan Moses Basket

Alhamdulillah dengan perasaan yang sihat dan tak sakit2 sangat dah kami ke Setia Alam untuk ke Whizz Kid. Sebab ada offer barang baby.

3 benda ni memang dah berbulan rancang nak beli.  Cuma tunggu the best price we can get.

Ketiga-tiga barang ni memang totally idea Zcat. Dia yang nak brand ni, dia yang nak bayar pun. Katanya tak kisah asalkan tahan lasak untuk anak kami.

Ok Moses Basket tu tiba2 je teringin walaupun tahu penggunaannya takkan lama. Katanya senang nak angkut ke mana2. Tapi kaki takde. Kena beli asing. Dah survey ada di jual di Mother's Care. Paling tinggi boleh guna 4 bulan kot. Kenapa tak beli baby cot? Sila tanya Zcat. I temankan je. Sebab beli barang baby ni memang best kan.

Quinny xtra zap2 dipilih sebab boleh lipat sekali dengan tempat duduk. Model sebelum ni tak boleh. Lagi jimat space. Boleh guna sehingga berat mencapai 18kg. Yang penting muatla dalam kereta Myvi.

Carrier Quinny maxi cosi sebab boleh jadi rocker dan boleh dipasang ikat pada seat kereta. Tapi penggunaan setahun je. Tapi bagi kami worth it la senang nak angkut baby yang kecil dan boleh letak kat stroller.

Berapa harganya? Sebab tawaran menarik la Zcat beli. Harga asal stroller RM2299. Carrier RM999. Moses Basket lak RM289. Gila... aku memang tak mampu la nak bayar. Harga selepas diskaun memang rugi kalau tak beli. Stroller dan Carrier tu jadi RM2299. Moses Basket tu jadi RM199.

Tak sure bulan Mac ada lagi tak offer macam ni. Oh ya jaminan setahun. Gambar? Malas nak snap. Hehe. Apa pun aku pilih warna merah.

1 ulasan:

  1. anak aku cap Mydear je...sampai sekarang tahan...dan berbaloi sebab Fayel suka duk stroller n car seat....tak de masalah tak nak duduk...ni dah besar dia sendiri sukarela naik n duduk....aku beli harga tak riban pun...baru RM50 masa warehouse hehehe

    BalasPadam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.