In

Check Up Paling Lama

Week 37. Pagi2 datang dari Ampang. Sampai jam 830am. Ambil no 9. Pastu pergi makan kat kedai hujung roti kosong dan milo kosong. Tambah teh o ais. Pagi sebelum keluar rumah dah minum segelas susu strawberry.

Elok lepas balik breakfast no naik ialah 7. Wah aku belum buat urine test.  Baik cepat buat kalau tak kena skip. So ambiklah ujian tekanan darah, timbang berat & urine.

Dah jumpa doc Noraini kena scan macam biasa. Bacaan tekanan tinggila pula. Dah kena makan ubat darah tinggi. Ambil dos sehingga 500mg.

Fine lepas setengah jam jumpa doc lagi. Tinggi juga dalam 158. Sudahnya doc nak tengok if ada jalan keluar sudah terbuka. Arghh aku pula yang tinggi tertekan. Doc kata belum buka. Fine kena ambil kiraan denyutan baby pula.

2 kali ambil, first baring terlentang. Bacaan agak bahaya. Bila mengiring dah ok balik. Jumpa doc lagi. In the end dia suruh datang lagi waktu malam untuk ambil lagi sekali ujian denyutan jantung baby. Nurse pun tanya kurang air. Doc cakap khuatir baby lemas. So cadangan bersalin jadi lebih awal. Maybe kena induce, epidural, worst kena potongla.

Ya Allah berdoa la sebanyaknya. Pujukla baby ni. Minum air sebanyak mungkin. Ke tandas takyah cakapla berapa kali.

Malam datang jam 10pm. Pun baring melentang dan mengiring. Akhirnya bidan cakap ok boleh balik tak yah masuk wad. If tak aku dah bersalin esok. Which is mentally belum bersedia.

Jadi cuti yang diambil seminggu nanti nak relax je. Doc bagi tarikh masuk wad 3 March. Esoknya diharap bersalin. Ya Allah permudahkanla proses bersalin ni. Biarlaha normal. Biarlah semua selamat dan sihat. Amin.

Related Articles

2 comments:

  1. Beb. Aku pun kena darah tinggi masa 36weeks. Tak boleh lari bila age above 36 pregnant. Aku pun kena induce time 38weeks. Msuk ubat smpi 3 kali, still jalan x bukak. Then masuk air smpi 2 botol. 4 hari la aku berkampung kt wad tpi still bukak 2cm. Then doctor decide operate. Aku ckp x kisahlah nak buat apa, janji aku dpt tgk anak aku. Huh..6 hari tu aku dok wad.

    ReplyDelete
  2. sabar ye anis...pahala ibu mengadung nak melahirkan anak...Insha Allah doa selamat

    ReplyDelete

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.

Comments

Nuffnang

Weekly Popular

Adnow

loading...