Sejak kena hypertension ni aku memang banyak solat diri waktu baca fatihah dan rukuk pun masih mampu. Tapi bila time sujud aku duduk atas birai katil sebab aku akan pening sangat bila bangun. Tambah pula tangan kiri tak mampu nak tanggung berat badan. Sakit sangat. Sebab tu bila baca blog kak cik pasal dia jalani pembedahan, aku pulak fikir lagi bukan2.
Kadang terfikir adakah sebab dah lama tak sujud dengan sempurna maka sebab itu darah tak masuk kat bahagian otak yang sepatutnya. Atau sebab dos tambahan? Atau timing makan tak betul. Time ambil ubat tak cukup 8 jam sekali? Atau masih terfikir hal2 kerja di ofis. Kerja nak baring je sekarang. Ya Allah mudahkanlah proses ni.
Isnin, 24 Februari 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
ko jgn byk memikir ye....tu yg buat stres..now tenang kan hati banyak berzikir
BalasPadam