Isnin, 31 Mac 2014

Sembelit

Memang tak daya la kalau kena. Semasa mengandung, selepas bersalin pun kena. Cuma masa di hospital nak balik tu doktor bekalkan ubat dalam bentuk cecair. Dah habis makan ubat kena balik.

Untuk elakkannya banyak2la minum air makan serat seperti sayuran dan buah-buahan.

Lebih malang kalau terkena buasir. Sentiasalah mengemut ya.


Ahad, 30 Mac 2014

Mandi Wiladah

Add on post 11 Oct 2021

Baru dapat ilmu. Mandi wiladah hanya wajib untuk wanita yang melahirkan anak tanpa keluarnya darah nifas. Maksudnya lepas lahirkan anak terus kering darah seperti kes Fatimah anak perempuan Nabi Muhammad S.A.W.

Post asal 30 Mar 2014

ok sebelum lebih lanjut aku taip, aku ambil pengecualian dulu. bahawa aku bukan ahli feqah wanita.

mandi wiladah setahu aku ialah mandi wajib yang perlu dibuat selepas melahirkan anak. jadi aku tentulah tak pernah praktis sebab tak pernah beranak sebelum ni. aku tahu mandi sebab haid dan junub jer..

sebelum tu nak bagitau, dalam kubur nanti perkara pertama yang ditanya ialah bab mengangkat hadas. hadas termasuk membersihkan diri selepas buang air kecil, air besar, kering darah haid, kering darah nifas, selepas bersalin iaitu mandi wiladah, berjunub dan keluar air mani. kalau dah meninggal jadi mayat, dah tentu orang lain yang mandikan kita, berdoalah agar mayat kita disempurnakan selepas meninggal kelak.

jadi macam kes aku yang bersalin secara pembedahan, hari pertama aku terbaring je atas katil sebab badan aku bertiub bagai. lagi dah tentu tak boleh mandi dan kencing pun bertiub! memang satu hari baring.

Jadi selepas seminggu aku pun mandi wiladah. Tapi aku terlupa tentang plastik yang ditampal pada luka pembedahan. Haha. Aku mengulang lagi sebab was2 minggu berikutnya. Mandi satu baldi besar air suam. Segar je. Lepas tu aku mandi lagi sekali sebab aku still was2. Ah sudah lepas tu aku takmo mandi wiladah dah. 3 kali semuanya selepas pasti luka telah dibersihkan dulu. Niat yang penting.

Sekarang tunggu nak mandi sebab nifas pula.

Sabtu, 29 Mac 2014

Rindu Punya Pasal

Mak datang balik. Tapi kejap je. Bagi jagung rebus. Buah oren. Bakul untuk baju busuk Aqlan. Baju t-shirt 2 helai untuk aku. Termasuk surat cinta dari MARA untuk aku. Kenapa ek? Aku kan penjamin untuk adik aku. Uish...cepat bayo...orang suruh minta free tak mahu. Padahal jadi best student untuk course terakhir dia ambil. MICPA. Adik dah ada certificate sebagai Public Accountant. Aku? Aku tak pandai sangat la eh...hehe

Masa mak datang kitorang semua tengah tido. Sian mak aku tunggu lama kat luar.

Dah dapat masuk nak tengok cucu..cucu asyik menyusu je..dah lepas sekejap terus ambil peluk cium. Sayang beno...padahal cucu mak dah 51 orang. Yelah aku kan kawin dah lambat. Belajar lama. So nak enjoy jadi orang bujang pun lama. Dah kawin pun saja plan tak mahu anak cepat nak honeymoon manjang. At least kami sambut anniversary tanpa anak kat tangan. Ada kat dalam perut je time tu. Haha. Memang tak mahu bunting pelamin..bila dah pregnant pulak tak tahu. Alih2 dah 5 bulan. Sian anak kami...aku memang mak tak sedar...masih lagi nak lari2. Hehe.

Jumaat, 28 Mac 2014

Anak-anak Buah Dan Cucu Saudara Datang Menjenguk

Anak2 buah aku ada 50 orang. Cucu saudara ada 8 orang. Kalau nak campur anak buah susuan kena tambah lagi 3. Huish banyak kan.

Tahun ni saja aku dapat seorang cucu saudara, seorang anak buah dan aku sendiri mendapat seorang anak. Anak pertama.  Alhamdulillah.

Yang datang menziarah ni adik beradik Saadiah. Saadiah ni sendiri dah ada 4 anak. Adik dia Aiman belum ada rezeki lagi dan Jabir ada 3 anak. So bayangkanlah berapa ramai yang datang. Hehe.

Melihat anak buah lebih cekap jaga anak sendiri. Aku pulak masih terkial-kial nak jaga Aqlan seorang ni. Nak mandikan pun belum lepas. Hahaha.

Rumah kami takde makanan. Mama tolong buatkan air teh o. Zcat tolong order Domino's Pizza. Habis 5 kotak.

Gambar kenangan. Muka aku takde. Sebab aku memang selekeh time pantang ni. Haha. Aqlan pun takde. Sebab time ni aku tengah menyusukan dia. Boleh pula melalak minta susu time nak borak2.


Hadiah untuk Aqlan.  Terima kasihla. Untung Aqlan ni. Kecil2 dah ada anak buah sudara 8 orang. Hahahah

Khamis, 27 Mac 2014

Rindu Nak Pergi Pasar Malam

Haha. Dah lama tak pergi weiii. Pasar malam yang aku selalu jejak pun kat Bandar Baru Ampang tu je. Ada hari Selasa dan Khamis. Tapi aku prefer Khamis sebab size dia besar so lebih banyak pilihan.

Selalu ke pasar malam ni aku beli bawang, kentang, sayuran dan kuih muih. Kuih yang aku suka lately beli ialah apam balik. Sedap tau. Tapi kena pandai pilih. Ada sekali tu beli kami nak extra dan suruh buat baru. Pakcik tu tetap suruh ambil yang dah buat siap2.  Zcat hangin betul. Sudahnya banned pakcik tu. So bila jumpa penjual yang lain kami dapat apa yang dimahukan.  Extra jagung kacang dan gula. Perghh RM3.30 je. Kan ke murah tu..

Zcat pula must buy items dia ialah tongkeng ayam goreng. Kalau dapat tu muka happy semacam.. haha.

Lagi satu yang kami suka ialah bihun supm pun sedapppp sangat.

Yang saling miss sekali ialah yong taufu.
Alahai abang yang jual tu kurus kering je. Selalu gerai dia sebelah kedai tudung. Last sekali kami cek pergi dah nal sebulan takde. Bayangkan kalau dah termasuk tempoh aku pantang ni pun dia takde. Kawan aku lah yang perkenalkan gerai abang ni. Mak pun suka. Zcat pun suka. Kami risau kalau abang ni orang dengki. Sampai tak boleh berniaga kan. Ada je kedai lain tapi aku takkan belinya. Baik aku pergi Kg. Pandan punya.

Lagi satu aku suka jagung rebus. Aku tak suka jagung bakar. Tapi rasa yang paling sedap kat Param depan UPM ke Uniten tah. Haha. Best gila.

Dah banyak pulak yang aku miss nak makan ya. Sabar jelah. Masa berpantang ada lagi lebih 3 minggu kot...huehue..  

Rabu, 26 Mac 2014

Ulang Tayang Apa Aku Makan Masa Berpantang

Ni sebenarnya nak tunjuk kat Mimy. Walaupun aku dah wassap kat dia. So untuk lebih terang dan jelas. Untuk rujukan masa depan juga.

Susu kambing ni tak berbau. Masa pregnant lagi minum air ni. Bagus. Sepeket ada 10 bungkus. Harga asal RM19.50

Minum susu kambing dengan jus kurma. Memang sedap. Harga RM10

Ni laju je kat tekak. Ni akibat belah perut jadi makan. Sekotak ada 6 free 1. RM32.90 kat 99speedmart. Kedai lain mahal. 

Kurma juga. Untuk tenaga. RM39.90

Ni rupa air kurma

Jeli gamat. Sedap. Percayalah.  Pun sebab belah. RM69.90

Close up. Macam makan jeli je..



Selasa, 25 Mac 2014

Dapat Gaji Tanpa Bekerja

1st time. Yeah. Aku bercuti sejak minggu terakhir bulan Februari lepas. Kira2 dah sebulan. Today dapat gaji. Syok.

Disebabkan dah masuk ke Ambank kenalah buat urusan pindah ke RHB sebab kat situ aku guna untuk bayar kereta, rumah sewa, insuran dan bil2.

Ambank kad atm je. Takde debit kad so memang tak banyakla gunanya..aku prefer debit kad. Senang. Tapi dah duduk rumah ni belanja tak banyak. Kecuali beli barang untuk berpantang saje.

Isnin, 24 Mac 2014

Keluar Rumah

Hari ni nak tak nak terpaksa keluar rumah. Sebabnya aku terluka akibat breastfeeding.

Puas juga pusing cari klinik 1 Malaysia kat Puchong Indah. Pastu jumpa klinik 1 malaysia Puchong Permai. Kat dalam bangunan flat.

Bila dah masuk dan tanya takda doktor. Ada pembantu je. Tapi staff kat situ memang membantu. Katanya aku patut pergi klinik kesihatan ibu dan anak di Batu 14. Okaylah kami pergi. Masa tu dah jam 3 petang.

Sampai je aku terus ke kaunter yang betul2 depan pintu masuk sebelah kanan. Aku pun terus bagitahu masalah. Diorang pun tanya dah daftar ke? Alahai aku bersalin kat hospital swasta dah tentu aku tak daftar dengan klinik kerajaan. Aku jawab tak. Diorang minta buku merah dan daftarkan terus.  Minachi tu ok je tengok muka aku yang separuh tak larat ni. Minah tu pulak tengok muka kerut sikit. Aku takdelah kena marah. Kang marah aku kang ada pulak yang tukang back up kat belakang. Tu yang aku risau juga.

Lepas daftar terus pergi bilik no 18. Che minah yang bawa. Screening room la ni. Ambil berat badan, BP, dan suhu badan. BP aku jelah tinggi. Pantang kan asal nak jumpa doktor je naik mencanak.

Last aku dihantar ke bilik no 25. Tunggu sekejap je. Bagus gak datang petang2. Yelah walau pun ada kipas..tetap panas. Dan bagusla tak angkut Aqlan sekali. Opah dia sanggup jagakan.

Lepas pemeriksaan doktor Minachi yang layan. Tapi doktor ni funny orangnya. Dia tanya juga kenapa aku tak ke Hospital Az-Zahrah tu. Well aku pun cakap laki aku dah start keje. Actually pun doktor kat sana sampai jam 3 petang je. And aku pun nak legakan hati sendiri tentang sakit yang aku alami.

Well doktor cakap takde apa pun. Takde ubat diberikan. Just breastfeeding macam biasa. Siap bye2 sayang kat aku. Hahaha.

Bila balik Zcat said sorry la sebab dapat doktor non-muslim. Well aku pun tak jangka.

Aurat kita pada wanita bukan Islam sama dengan aurat kita dengan lelaki ajnabi.

Dalam kes ni aku pohon Allah ampunkan kemaslahatan aku.

Inilah sebabnya mengapa aku prefer rawatan doktor klinik swasta yang aku tahu jantinanya wanita. Kalau klinik kerajaan ni kena hadap aje...

 *yang peliknya satu sen pun tak kena caj. Bukan sepatutnya masa daftar kena bayar RM1?

Ahad, 23 Mac 2014

Penangan Sambal Tumis Mama

Mama masak sambal tumis. Aku pun makan sikit. Dah lama tak merasa.

Sejak mama datang ni, mama selalu masakkan untuk aku. Jadi Zcat tak tapau makanan luar dah. Memang la sedap. Berseleranya makan. Siap ada sawi bunga.

Kemudian yang jadi mangsa Aqlan la. Kesian dia berak2. Taik mata bertepek balik. Ok sudah jangan makan pedas langsung ya.

Bersabar sajalah.

Sabtu, 22 Mac 2014

Mak Balik, Mak Mertua Datang

Selepas mak aku balik waktu tengahari, mak mertua dengan pak mertua pula sampai waktu senja.

Pagi tu mak sempat mandikan Aqlan. Oh aku memang masih belum mampu nak mandikan dia.

Bersyukurlah sebab ada 2 emak yang sudi menjaga aku ketika pantang secara bergilir.

Kesian mak tak dapat nak bergambar dengan Aqlan sebab masa tu tengah menyusukan dia.

Next time mak. Kita jumpa lagi. Abang aku pun geram tak dapat pegang dia. Sabar tunggu dia besar sikit. Ni kecil comel je. Cam anak patung pun ada.

Jumaat, 21 Mac 2014

Shaklee..Akhirnya

Akhirnya. Ya. Hari ni baru dapat parcel. Jauh kirimannya. Takpe. Nak tolong anak buah. Harga pun dapat baik punya..

Sehari sebiji sudah.

3 sudu besar untuk 1 hidangan

Aku baru je lepas minum ESP ni dengan Ovaltine. Layan gakla. Ovaltine kurang manis berbanding milo. Bila campur dengan ESP ni terus jadi agak manis. Mak tak boleh hadap Horlicks nokk. Ni dah kira 1 usaha untuk mendapatkan lebih air susu buat si Aqlan. Kadang2 terapaksa gak bancuh Anmum 1 untuk dia. Dia jebir2 mulut tu. Dah paksa and sebab dia lapar hadapkan juga. Most likely dia suka breastfeeding. Sampai 2 jam sekali nak menyusu. Tak sempat nak generate susu dengan banyak kalau macam ni punya heavy consumption. Sekali hadap mahu nak dekat sejam. Susu tak cukup. Kadang cair. Sian anak mama.

3 liter air? Duh...masih gagal. Dah ada bekas tupperware 1.4 liter sebelah aku je. Pun tak dapat habiskan. Masa pregnant aku kuat minum air. La ni macam kurang..napelah...