Hari ni nak tak nak terpaksa keluar rumah. Sebabnya aku terluka akibat breastfeeding.
Puas juga pusing cari klinik 1 Malaysia kat Puchong Indah. Pastu jumpa klinik 1 malaysia Puchong Permai. Kat dalam bangunan flat.
Bila dah masuk dan tanya takda doktor. Ada pembantu je. Tapi staff kat situ memang membantu. Katanya aku patut pergi klinik kesihatan ibu dan anak di Batu 14. Okaylah kami pergi. Masa tu dah jam 3 petang.
Sampai je aku terus ke kaunter yang betul2 depan pintu masuk sebelah kanan. Aku pun terus bagitahu masalah. Diorang pun tanya dah daftar ke? Alahai aku bersalin kat hospital swasta dah tentu aku tak daftar dengan klinik kerajaan. Aku jawab tak. Diorang minta buku merah dan daftarkan terus. Minachi tu ok je tengok muka aku yang separuh tak larat ni. Minah tu pulak tengok muka kerut sikit. Aku takdelah kena marah. Kang marah aku kang ada pulak yang tukang back up kat belakang. Tu yang aku risau juga.
Lepas daftar terus pergi bilik no 18. Che minah yang bawa. Screening room la ni. Ambil berat badan, BP, dan suhu badan. BP aku jelah tinggi. Pantang kan asal nak jumpa doktor je naik mencanak.
Last aku dihantar ke bilik no 25. Tunggu sekejap je. Bagus gak datang petang2. Yelah walau pun ada kipas..tetap panas. Dan bagusla tak angkut Aqlan sekali. Opah dia sanggup jagakan.
Lepas pemeriksaan doktor Minachi yang layan. Tapi doktor ni funny orangnya. Dia tanya juga kenapa aku tak ke Hospital Az-Zahrah tu. Well aku pun cakap laki aku dah start keje. Actually pun doktor kat sana sampai jam 3 petang je. And aku pun nak legakan hati sendiri tentang sakit yang aku alami.
Well doktor cakap takde apa pun. Takde ubat diberikan. Just breastfeeding macam biasa. Siap bye2 sayang kat aku. Hahaha.
Bila balik Zcat said sorry la sebab dapat doktor non-muslim. Well aku pun tak jangka.
Aurat kita pada wanita bukan Islam sama dengan aurat kita dengan lelaki ajnabi.
Dalam kes ni aku pohon Allah ampunkan kemaslahatan aku.
Inilah sebabnya mengapa aku prefer rawatan doktor klinik swasta yang aku tahu jantinanya wanita. Kalau klinik kerajaan ni kena hadap aje...
*yang peliknya satu sen pun tak kena caj. Bukan sepatutnya masa daftar kena bayar RM1?
Isnin, 24 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
aku pun paham pasal aurat ni..doc gynae aku pun india pompuan..tapi tu la dari segi kemampuan ..aku redha je la..semoga Allah memberikan sedikit kelonggaran aku bab ni
BalasPadam