Haha. Dah lama tak pergi weiii. Pasar malam yang aku selalu jejak pun kat Bandar Baru Ampang tu je. Ada hari Selasa dan Khamis. Tapi aku prefer Khamis sebab size dia besar so lebih banyak pilihan.
Selalu ke pasar malam ni aku beli bawang, kentang, sayuran dan kuih muih. Kuih yang aku suka lately beli ialah apam balik. Sedap tau. Tapi kena pandai pilih. Ada sekali tu beli kami nak extra dan suruh buat baru. Pakcik tu tetap suruh ambil yang dah buat siap2. Zcat hangin betul. Sudahnya banned pakcik tu. So bila jumpa penjual yang lain kami dapat apa yang dimahukan. Extra jagung kacang dan gula. Perghh RM3.30 je. Kan ke murah tu..
Zcat pula must buy items dia ialah tongkeng ayam goreng. Kalau dapat tu muka happy semacam.. haha.
Lagi satu yang kami suka ialah bihun supm pun sedapppp sangat.
Yang saling miss sekali ialah yong taufu.
Alahai abang yang jual tu kurus kering je. Selalu gerai dia sebelah kedai tudung. Last sekali kami cek pergi dah nal sebulan takde. Bayangkan kalau dah termasuk tempoh aku pantang ni pun dia takde. Kawan aku lah yang perkenalkan gerai abang ni. Mak pun suka. Zcat pun suka. Kami risau kalau abang ni orang dengki. Sampai tak boleh berniaga kan. Ada je kedai lain tapi aku takkan belinya. Baik aku pergi Kg. Pandan punya.
Lagi satu aku suka jagung rebus. Aku tak suka jagung bakar. Tapi rasa yang paling sedap kat Param depan UPM ke Uniten tah. Haha. Best gila.
Dah banyak pulak yang aku miss nak makan ya. Sabar jelah. Masa berpantang ada lagi lebih 3 minggu kot...huehue..
Khamis, 27 Mac 2014
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.