Jumaat, 27 Oktober 2017

Memang Tak Tahan Kan, ?

Aku tukar jugak template hari ni. Saja2 bosan...berejam jugak duduk depan PC. Kalau guna smartphone memang hampeh.

Mendung, hujan, guruh di Kinrara. Seronok je baring2 sambil layan gigi sengal.

Sambil2 tu pergi ke ezbuy.my nak beli sesuatu. Sakit2 jugak..dah 3 minggu layan sakit ni lama2 rasa macam helpless la. Kena buat sesuatu yang menyeronokkan seperti beli barang online.

Disebabkan duit mesin jahit tak terusik...maka itulah yang kita akan beli. Jangan nak menahan lagi..kerana harga barang ni kejap turun naik. Satu yang aku nampak bila weekends harga naik. Weekdays harga turun. So memandailah buat perbandingan. Kita tetap nak yang murah tapi berkualiti.

Esok nak ajak laki pergi Bandoru sempena white day. Ada diskaun untuk member 20%. Lupakan je sakit dan sengal tu. Nak melawan jugak. Letih dah...

Sape dah try naik highway baru kat Rawang ni? 

2 ulasan:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.