Isnin, 5 Mac 2018

,

Happy 4th Birthday Aqlan Shah

Lepas Subuh baru nak balut.

Kali ni baru betul sambut on the date. Takpelah yang lepas2 tu celebrate dengan nenek2. Dengan sepupu2..dengan pakcik makcik. Takde parti tahun ni. Ibu Aqlan cam tak kuasa lak..haha.

Mula2 hantar mak balik dulu ke KD. Mak pun duduk seminggu je. Abang Lut pun dah keluar hospital Jumaat lepas.

Kemudian kami ke KLCC. Laki nak ke Maybank pasal cheque book dia. Then ke Swatch. Nak tukar bateri..rupanya mechanism dalam bateri dah rosak. Bateri masih ok. Sedih..disyorkan untuk beli jam baru bentuk 4 segi. Ada 3 design je lagi. Yang lain semua bulat. Ohhhhh...

Sudahnya pergi Ikea Cheras sebab nak beli rak Antonius lagi. Haha. Tapi ada jugakla benda lain dibelinya kan. Sebab dah lapar makan dulu. Isnin takdak orang..Actually laki MC sebab dia batuk teruk sangat. Luka dalam tekak. Tapi dia layankan anak dia punya birthday. Jadi masuk Ikea suruh budak tu pilih apa nak. Kalau ikut Aqlan tu nak keretapi je tak habis2. Suka sangat dengan model kayu Ikea tu. Dah pandai pun tahu kat mana ada mainan dalam Ikea. Masa nak sampai Ikea pun tahu..muka dah happy2.
Biskut heart Ikea tu favourite dia sekarang.






Cari2 rak Antonius takde stok pulak raknya. Ada bakul je tinggal. Akan tiba stok baru 8 Mac. Ikea sale dah start for members sehingga 11 Mac. Kalau belanja RM350 satu resit dapat cash voucher RM20. Tapi aku cuma dapat mesej bila dah balik rumah..sedih..Sudahnya laki beli Algot yang mahal tu. Sebabnya ada sale ya. 6 bakul dengan raknya dalam RM110. (Harga asal satu set RM150). Kalau campur top kena tambah lagi RM35.

Dah habis shopping balik. Malam baru sambut Birthday Aqlan yang ke-4. Dah 4 tahun...yay...tapi tinggi dan berat tak sama dengan yang ideal. Aqlan berat dalam 14.4kg, tinggi kurang sikit lagi dari 100cm. Sepatutnya budak laki baya Aqlan berat 18kg dan tinggi 107cm. Takpelah...bolehla dia pakai lagi baju2 umur 2 tahun. Kekekeke.. Aqlan ni kurus. Alhamdulillah jarang2 sakit. Cuma la ni dia kadang2 tersumbat hidung. So pakai nasal spray je.

Kalau bercakap mostly in American English. So sepupu pakcik makcik nenek opah atok mummy kena cakap English gak. Aku dan laki cakap dengan dia kadang English kadang Melayu. Dia faham je..cuma nak bercerita tak boleh. Cerita dalam English nak kena amati betul2 perkataan dia sebut. Lepas dah dengar dengan  betul baru faham maksudnya. Sepupu sebaya dia cakap Melayu syok je dengar. Hehe. Tapi mak dia pulak nak anak dia cakap English. Ok kita jangan banding2kan anak2 ni. Diorang masih dalam tempoh pembelajaran. Aku pun bukan lancar cakap English. Laki aku lain ler...cair je. Aku cuma bab mengeja memang mata tak tahan tengok kalau salah mengeja. Ada rasa sakit sikit sebab wrong spelling bawak ke wrong meaning. Haha.


Kek Mummy dia taja.






Ini ialah tent bentuk Caravan. Kalau letak dalam bilik dia penuh. So buat masa ni menumpang bilik kami. Kekeke.


5 ulasan:

  1. happy bufday aqlan! beb, cemana aqlan accent jadi american english? mmg dari kecik koang speaking ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia suka tengok semua rancangan omputih. Youtube pun semua bab2 belajar especially Youtuber Ryan.
      Yes we speak english since dia kecik. Tapi early vocab dia susu dan haus. Haha.

      Padam
  2. happy belated beezday Aqlan.. pandai Aqlan speaking english. kalau aku speaking keluar jawa hahaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tatau cakap Melayu susah juga nak bergaul. Nasib ada budak2 yang dia jumpa boleh speaking balik.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.