Isnin, 30 April 2018

Tahun2 Jadi Budak Nakal

Terkenang?

Puasa ganti last2 minit. Lagi 2 hari nak masuk Ramadhan masih ada baki sehari puasa nak kena ganti. Ni puasa 6 Syawal pun tak buat la ni. Sebab bila cuti sekolah kerja nak makan sedap je. Kekonon balik asrama baru puasa sebab makanan asrama tak sesedap makanan Mak masak.

Ada juga hari mak pesan malam2 kau dah niat puasa sunat nisfu Sya'aban ke? Puasa hari Arafah ke? Dan pesanan dari kakak2 juga. Tapi aku malas. Masa tu bujang dan duduk memerap dalam bilik sorang2. Kemalasan tu tinggi. Takde kemeriahan dan keriuhan bila puasa sunat sorang2 dan kena buka puasa pun sorang2...hurmmm..

So adalah tahun2 aku tak ngaji pun Yaasin 3x atau baca doa awal dan akhir tahun. Sebenarnya duduk dengan family ni memang bagus. Tapi kalau dah jadi perantau dan culture shock macam aku nu mulalah yang jahat tu senang je nak buat. Yang amalan2 baik tu dilupa2kan.

Bila bulan puasa pun kadang2 terawih ada hari buat ada hari tak buat. Padahal dulu2 masa duduk asrama siap jadi imam 23 rakaat.

Ni bukan masalah umur meningkat. Ni memang tiba2 jadi jahat dan malas. Ni ujian untuk aku. Jadi bila usia dah 40 macam ni mulalah ingat macam2 apa aku dah buat sepanjang hidup ni. Cukup ke amalan baik nak bawak ke alam sana? Dacing amalan ada senget sebelah mana?

Hari ni buku setahun amalan dah tukar. Marilah memulakan dengan amal2 yang baik. Mulakan dengan paling kecil pun takpe. Seperti zikir istighfar. Dosa kecil memang mudah terhapus tapi dosa2 besar? Bertaubatlah segera.

Peringatan ini buat diriku yang mudah lupa. Kerana manusia tu sendiri maksudnya pelupa.

Melihat wajah emak yang gembira. Teringat kesusahannya dan keperitannya membesarkan kami adik beradik.



2 ulasan:

  1. terkenang masa zaman asrama dulu, patutla cikgu pesan masa jadi budak la kita banyak masa nak buat ibadat.huhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sebab bila dah kawin beranak pinak ni sibuk nak jaga ahli keluarga pulak.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.