Isnin, 3 Jun 2019

,

Mana Selesa? Baju Tempah Ke Beli Siap?

Dah tentu baju tempah.

Aku ni menempah baju sejak zaman kecil sampai la bekerja. Satu sebabnya shape badan aku tak de saiz. Ha jangan nak gelak. Masa sekolah BMI aku 17 je. Ingin juga beli baju siap sebab senang tapi kalau dah beli pastu kena alter balik buat apa.

Kemudian bila berat aku dah naik sikit masa kat uni adalah mak belikan baju kurung siap. Ok je masuk tapi tang lengan baju lebar. Bab lengan aku memang kecil. Lepas beranak je baru dia geleber sikit. Hahaha. So aku prefer tempah lagila...especially baju untuk raya dan baju kurung moden. Lagi satu mak suka bagi aku kain pasang. At least 2 helai setiap kali jumpa mak. Masa kerja mewah kain pasang mak bagi. Aku keluar duit bayar upah jahit je. Masa sekolah mak tempahkan kat tukang jahit kampung. Dah kerja aku cari tukang jahit sendiri. Ada juga baju2 aku cuba jahit sendiri sejak sekolah menengah. Tapi bila dah sibuk kerja memang tak cukup masa dan tenaga.

Baju pasang siap ni ada ukuran universal dia. Sebab tu ada saiz2 tertentu...tapi bila beli tetap kena cuba. Kang ketat tang ketiak la. Duduk tak lepas la boleh tetas kain tu...itu satu sebab aku suka beli kat kedai dari beli online. Lepas berhenti kerja susah nak cari tukang jahit area aku duduk ni. Sampai ke BBB la aku cari. Nasibla selesa walau mahal sikit. Harga dah macam tempah kat kedai dalam shopping mall. So aku akn tempah baju untuk kain yang aku rasa susah aku nak jahit. Yep...aku jahit baju aku sendiri tahun ni baru 2 pasang je. Ada lagi beberapa helai dalam proses. Beli kain murah2 je. Takpun kain lebih2. Harga dia jatuh banyak..tapi memang kena beli habisla. Takpe asal cantik dan murah. Hehe..mana lagi...Jakel la. Dulu rajin juga ke Kamdar Kajang. Bila Jakel Ostia Bangi tu dah buka tak pergi dah Kamdar.

Untuk anak2 lelaki ku...aku jahit baju2 Melayu diorang la. Aku tahu buat leher bulat kurung tu je. Leher cekak musang belum pandai. Nak tempah, kawan aku cakap tak payah rugi..baik ko jahit katanya. So aku tempahkan baju laki je dengan dia. Sebab laki aku tak suka leher baju Melayu Johor tu. Laki aku taste baju cekik leher je. Aku lak baju cekik leher ni tak boleh pakai. Gatal. Dan rasa lemas.


So memang aku sedang belajar2 menjahit ni. Aku suka je...sebab dah ada mesin..simpan duit ok beli mesin. Mesin jahit jenama Singer aku beli tahun 2011 guna kupon Cosway. Masa tu laki yang belum sah lagi tolong sikit bayar. Sebab kalau ikutkan aku nak beli yang lagi murah sebab tak mampu weh...aku nak beli yang ada 60 corak je. Dia suruh beli yang 80 corak. Sanggup dia tambah duit...tq la encik Zcat.

Masa tu aku kerja lagi jadi aku tak aktif menjahit. Takat jahit langsir macam2 tu..aku yang koyak2 ke..dah berhenti kerja baru aku aktif.

Pastu mesin jahit tepi aku beli 2017. Aku susahla nak jahit2 baju tak de mesin jahit tepi ni. Mesin jahit aku ada je untuk kelim tepi tapi tak kemas. So aku usaha jugalah nak beli tu. Kumpul duit hasil pemberian mak dan mentua aku.

Mesin jahit individu. Kalau nak jadi profesional tailor kena ada mesin jahit industri. Sebab mesin ni lepas 3 jam guna elok berhenti dulu. Kasi rest.

Rak wire ni beli kat KWC je.murah sangat. Macam nak kena beli hook lagi.

benang banyak..tapi selalu akan beli lagi sebab suka beli kain..ni pun tak termasuk ada lagi sebekas benang khas untuk mesin jahit tepi

Dalam ni banyak kain projek terbengkalai

Seronoknya menjahit ni...tatau nak cakap. Maybe menjahit inilah benda paling aku suka. Kerja jadi eksekutif akaun tu buat bayar balik hutang belajar dan beli kereta je. Goal aku tak besar. Aku bukan bercita2 tinggi. Tak pernah bercuti ke luar negara  pun. Aku memang suka subjek akaun sejak sekolah. So meninggalkan kerja tu walaupun pada tahun pertama agak sukar, tapi sebab laki menyokong minat aku menjahit ni jadi selalu je pujuk2 diri bawa diri ke kedai2 kain beli fabrik dan ke kedai alatan menjahit seperti Karysma.

The truth is aku menjahit sejak umur belasan tahun. Beg tote adalah 1st thing aku jahit. Tatau dah pergi mana. Masa tu umur aku 12 kot. Aku ingat beg tu hitam. Aku juga jahit hiasan guna benang sulam. Mak sentiasa sokong apa aku buat. Jadi mak tak berkira kalau aku sibuk nak juga beli alatan menjahit bila ikut mak membeli. Hehe.

Aku pun sebenarnya dah tak kira berapa banyak pakaian aku dah jahit. Ada yang tempah. Tapi dari ahli keluarga je sebab aku rasa aku tak layak lagi nak ambil tempahan luar walaupun ada permintaan. Aku kena bina keyakinan dulu. Hehe.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.