Wednesday, June 5, 2019

Aidilfitri 1440H Dari Perak Ke Pahang

Syahdu. Dah 3 tahun tak solat raya di masjid. Kali ni baru dapat sebab adik ipar sudi jaga si Aqeel. Solat raya di masjid Kg. Tersusun Tasek. Lepas solat ada jamuan ringkas tapi aku dan mama minum air je. Orang berebut duduk lupa pada orang senior yang lebih perlukan kerusi tu. Yang lain makan minum berdiri. Ada ke patut? Kalau nak kena berdiri tu rendahkan sikit diri tu macam duduk. Kang mencangkung nampak tak elok pulak.

Lepas tu balik rumah mandikan budak2. Pack barang..bergambar dan menuju ke Koyan le. Tapi sebab adik beradik nak raya rumah abang choi, so kami waze direct ke Dong. Hujan hampir seluruh perjalanan. Pelik masuk KL tak balik rumah..tapi balik rumah abang ikut KL Karak Mempaga. Kami avoid Tapah-Cameron Highlands. Juga elak masuk Kuala Kubu Bukit Fraser walau disuruh waze. Elak juga Bentong. Jammed raya pertama.

Baju Melayu teluk belanga ni aku buat agak lama nak siap banyak cabaran. Sampin tu pakai velcro je cuba cedok idea pokokkids.






Sampai rumah abang dah jam 5.30...so bersamaan 5 jam lebih dalam kereta. Berhenti pump minyak dan ke tandas je. Kereta memang banyak atas jalan.

Good baby...lama dia lena..

Dah sampai rumah abang terus lepaskan hajat. Hahaha..solat jamak takhir terus. Kemudian baru minum, makan2 sebab memang hari ni abang choi buat rumah terbuka. So makanan banyak. Ada beriani, kambing, lemang, rendang. Fuhhhh..kuih muih berbekas2..uhuhuhu.... makan sampai sendat. Eh eh.. lepas tu ahli keluarga kak Dewi pula tiba. Penuh rumah tapi meriah. Sebelum maghrib kami balik sebab jalan ke Koyan gelap takde lampu jalan. Kena elak juga haiwan2..tapi hujan masih tak berhenti.




Sampai Koyan, terus balik rumah mak walau akan tidur homestay. Ye la..mana muat..anak2 kak Ma dah 3 orang berkeluarga. Ada anak2 kak Pa juga. Meriah. Hantar kerutup dan lemang sambil pot pet sikit2. Ambil kunci siap2..nak datang balik lepas mandi manda.

Siap mandi semua datang balik adik beradik ramai pulak keluar beraya. Adoii...so tak  dapat borak. Mak pulak penat dah tidur. So kami pun balik jelah balik...better tidur sebab esok nak jalan lagi. Takde gambar beraya dengan mak la...😢😢😢

4 comments:

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.