Sabtu, 15 Jun 2019

Open House Oh Open House

Jalan2 raya seronok ni bukan apa, apabila ada anak2 dan bawak diorang sekali memang macam2 pe'el keluar. Lagi2 budak belum sekolah.

Yang jadi ujiannya ialah masa untuk siapkan diorang. Sama je dengan masa2 lain nak keluar cuma bila nak keluar raya ni kena cakap dengan Aqlan, we going to raya...jalan-jalan. Serius aku cuba ajar anak ni bercakap Melayu. Jangan beliak biji mata tu bila dengar dia cakap slang Amerika.

So plan hari ni panjang....1 je dah dikeluarkan sebab tuan rumah takde untuk diziarahi. Jadi bawak baju satu dua persalinan in case of emergency. Budak2 bukan boleh yakin je diorang act like dewasa. Budak kan boleh comot, muntah...kencing berterabur.. aduh.. memang sentiasa ada je sepersalinan pakaian dalam beg di dalam kereta..tapi sebab raya jadi bawak baju raya lain la..

We start dengan Kota Damansara dulu. Sebab paling jauh kan dari rumah..sebab our plan akan sampai Nilai.




Dengan kawan sekolah
Selepas tu kami terus ke masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya untuk solat zuhur sebelum ke Kota Warisan pulak. Aku secara personal memang suka masjid yang setingkat. Hehe..


Di rumah kawan ofis lama suami pulak kami dah tak makan banyak. Sebab tadi dah makan boleh tahan kan..so aku makan apa yang ada je pun. Lagipun dah lebih jam 4 petang.

Shoot ke Nilai 3 terus sebab laki nak belikan stuff untuk photobooth adik ipar yang bakal bersanding Ahad ni.


Kemudian terus ke Masjid Taqwa di Bandar Bukit Mahkota untuk solat asar sebelum ke Alamanda pulak. Masjid baru jadi bersih sangat.





Akhir sekali kami ke Alamanda. Plan asal nak ke rumah adik lepas ke Nilai tapi sebab mereka takde di rumah tu yang bertukar susunan destinasi. Patut Nilai 3 last sekali tapi sebab nak kejar rumah terbuka kawan di Kota warisan tu sampai jam 4 je..so memang kena ke sana dulu. Eh memang bertawaf hari ni. 160km.

Yang request nak ke Alamanda aku ler. Sebab nak ke booth Waarna. Hish tudung dia ala2 itik tu tapi murah je. So apa lagi grab 2 helai. Nak pakai masa wedding adik ipar. Patut beli sebelum raya tapi dah tak dan. Elokla hari ni diorang baru masukkan stok baru.

Pastu dah nak masuk maghrib so solat sini jelah. Bila abah budak2 ni pergi solat kami 3 beranak naik tren. Sorang RM5. Tak jauh pun pusing tapi 1st time untuk Aqeel.







Balik tu budak2 dah menunjukkan tanda2 tak sihat...

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.