So cute. Setiap pintu bilik ada burung ni. |
Kami ke Dorsett lepas solat zuhur hari Jumaat di rumah. Alang2 kena check in jam 2 petang. Laki dan pak mentua dah ke masjid Kinrara dengan barang2 yang perlu dibawa ke hotel. Banyak kena angkut. Katanya lepas Jumaat terus nak pergi hotel. Okay jumpa di sana sahaja.
Dah sampai Putrajaya nampak Masjid Besi tapi laluan ke Dorsett tak tahu di mana. Kelakar tak nampak signboard arah ke parking hotel. Rupanya letak guest dekat dengan laluan ke Hero. Orang yang ke Hero dah tentu parking beratur depan tu sebab tu kami tak perasan. Sampai pusing 2 ke 3 kali.
Masa tunggu adik ipar check in siap2. Yang sebelah tu kakak sulung mama, wan nyah. |
Okay check in masuk mudah je. Bilik kami boleh check out lewat jam 2 petang esok sebab semua barang2 dari bilik lain akan simpan di bilik kami sepanjang majlis. Yelah mana dan nak berkejaran balik sebab tak boleh control masa pun.
Tunggu bell boy angkat barang |
Hah laki takde sebab dia nak kena jaga barang2 yang dibawa bell boy. |
First time dapat cermin sinki separuh je. |
Iron brand Elba, stim iron yang best. Mudah kerja nanti. |
Sebab dah solat mudahla kerja. Lepak sekejap kemudian ke bilik adik ipar sebab nak buat Inai. Ehehehe. Aku ni tak gambar sangat pakai inai tapi sebab ada majlis perkahwinan bolehla. Aku pun sejenis malas nak pakai sendiri. Suka orang pakaikan.
Sekejap je dipakaikan tapi nak menunggu kering tu lama la sikit. Gatal kan nak buat corak. Selalu pakai kat kuku je.
Siap semua balik bilik solat asar pastu nak makan pulak. Laparnya...nasib nasi goreng pagi tadi bawak dah selamat dimakan anak2 dan mama. Lapar masa tunggu kami berinai. Tapi kami pergi makan berasingan sebab mama dah lapar sangat.
Aqlan pulak dah lama minta nak mandi kolam jadi aku kenalah tunggu kat bilik dengan Aqeel. Kesian kejap je dapat mandi tak sampai 5 minit dah hujan. Lepas tu baru kami berempat turun makan.
So kat bawah sebelah lobby Dorsett ada kedai nasi ayam. Ada JomBali. Dan Hero la paling penting boleh beli makanan snack.
Food for Aqlan. |
Sedap ayam buttermilk. Tak termasuk dalam set menu. |
Menu set kami RM49.90. Not bad la. Tapi tak termasuk air sejuk segelas RM1..kami ingat tak dapat air tu yang order sekali dapat air teh o ais juga. Puas hati makan. |
Malam aku iron baju. Anak2 laki jaga di bilik adik ipar. Lepas tu barang hantaran dah sampai pun aku tak boleh pergi dah sebab mengantuk gila. Esok jelah tengok.
0 ulasan:
Catat Ulasan
Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.
Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.
Komen spam akan dibuang serta-merta.