Khamis, 6 Jun 2019

,

Raya Kedua Bertandang Ke Rumah Jiran Dan Kawan

Kami ni memang jenis riuh kalau dah berkumpul ramai2. So kami memang kalau balik raya Koyan is the best thing la. Harus nak beraya sakan ramai2 secara berjemaah. Dah 3 tahun tak balik. Kali ni semua balik kasi jadi semua plan.

Oh ya..tahun 2016 last raya Koyan.. sebab...
2017 aku kat Ipoh..2018 aku beranak jadi semua pun taknak balik Koyan...hahaha..eh adakah ni disebabkan aku salah seorang tukang kecoh? Macam tak cukup rencah kalau aku tak balik sama. Eheheeheh..

"Ibu, I want to take picture with the cows"

Why you so serious Aqlan? Taking pictures with cows is matters OK.

Hah tu lah nombor telefon homestay kami duduk.

So lepas siap2 pakai baju baru...baru la kan..guna masa adik ipar bertunang.. laki je pakai jubah tahun 2015..kami pun ke rumah mak. Ni seronok sewa homestay kat Koyan 3..dekat sikit. Selalu aku sewa Kuala Medang. Dah jauh sikit mulalah terlepas acara penting seperti bergambar. Hish.. so balik tu sebab nak makan..kak Ma masak nasi dagang..ohohoho...walaupun lauk tak cukup yang penting makan ramai2.. kemudian baru pergi beraya...aku dan keluarga kak Dewi ke rumah Pakcik Tiron dulu sebab yang lain dah raya semalam. Jiran sebelah, abang Saleh tu keluar berjalan pulak jadi kami ke Koyan 2 dan 3 naik kereta. Rumah jauh sikit..

Raya di rumah pakcik Tiron. Masa kecik aku ada crush dengan satu-satunya anak laki dia. Budak Zam tu hensem weh..kulit cerah. Ahahahaha..nasib aku tak jumpa dia waktu ni. Aku pun bawak Aqlan je sebab Aqeel tidur jadi abah dia jagalah. Yeay!

Ini gambar untuk 10 years challenge sebenarnya. Nak kena cari balik pulak gambar 10 tahun lepas. Aku dan Imran memang selalu beraya dan bergambar bersama. Dia ni manja sikit dengan aku walaupun aku ni seorang makcik yang garang gila. Umur kami beza 13 tahun.

Tak ingat ambik kat mana. Hahaha..

Aku kalau beraya makan kepek dan biskut je. Aku elak makan makanan berat. Nak simpan perut. Hahahaha...sebab banyak rumah nak pergi. Kalau dah makan nasi..dah kenyang pulak. Tah ni pun satu lagi faktor umur. Bukan boleh nak makan sangat. Nak borak je lebih.






Tengah2 beraya tu Aqeel tidur baik dalam kereta. So dia dengan abah dia la tidur. Masa ni juga adik aku nak balik N9 dah. Kemudian kak Dewi pun nak balik KL dah. So sudahnya berkejaran la nak bersalam salaman bermaaf maafan..haaa nyanyi jangan tak nyanyi...haha.


Dengan anak menantu cucu kak dewi. Mak kena pakai pink blusher 🥰

Pastu dah letih. Aduhh...jadi balik homestay. Nak tidur je rasa time tu. Ema dan suria pun datang tumpang mandi sebelum balik Teluk Intan.

Lepas isyak datang makan nasi dan kerutup. Ramai dah balik. Kosong sikit rumah mak. Tinggal kak ma dan anak2. Kami pun nak balik esok je. So kena keluar awal pulak tu sebab ada pengantin baru nak masuk jam 11 pagi esok. Amboi tak agak2..dah le kami check in lewat hari raya 1st tu. Takpe...rumah mak ada..boleh sambung lepak esok.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.