Ahad, 9 Jun 2019

,

Ke Airport KLIA Untuk Hantar Kak Pa

Bangun awal. Siapkan sarapan. Roti sandwich je. Tapi terhegeh2 kan sebab tunggu anak2 bangun..haha ni kelakar.. beria set time nak keluar awal nak hantar kak pa, ayub dan said ke Mekah..hantar dari airport jelah. Tapi macam excited sebab kak pa nak pergi sana 3 bulan. So maybe dia buat umrah dan haji terus. Asalnya dia nak duduk sana terus 4 tahun. Hurm kita tengok camne apa akan berlaku ni.


Ok kak ma nak kena hantar pya balik RACTAR dulu. Jadi kami terus direct ke KLIA. Kak ted dah bertolak sesudah subuh dari Teluk Intan. Semangat kami ni... last2..aku dapat tengok dari anjung je..tengok diorang naik tren..siap anak2 kak pa dah pesan pada umi dia duduk seat paling belakang coach tren sebab nak tata. Masa tata tu tak terambil gambar. Excited tata kan. Tapi nasib si amad siap rakam video. Aduiii encik zcat sampai pun semua dah siap sebab dia letak je aku tadi dengan anak2 depan pintu masuk Airport lepas tu dia cari parking.

Sesi bergambar terlepas. Keluarga kak Pa. Abang musa je tak de sedang menunggu di Jeddah. 

Yang paling excited ialah Aqlan. Bising gila suara dia.

Bila dah takde kak pa ni rasa lain jugak. Sebab aku selalu je singgah rumah dia bila ke Bangi. Anak2 dara yang masih sekolah 2 orang je jadi yang kena tengok2 Amad la. Alahai budak tu pun dah masuk latihan industri. So semua kena pandai2 jaga diri..kami pun akan datang tengok2la bila perlu. Yuhana yang sulung duduk Rompin. Byah pulak akan ikut suami pindah Tanjung Malim bulan Ogos kot. Walau kak pa rasa tak tenteram tapi...Allah ada untuk jaga anak2 kak pa..insya Allah. Lagi pun kak pa dan abang musa dah bertahun berjauhan. Abang musa memang balik Malaysia 2 atau 3 kali setahun. Tapi dah tentulah tak sama dengan pasangan yang tinggal bersama. 10 years is not short time.











Now ada playground jadi kasi la budak ni feeling jap




Lepas bergambar kat airport masing2 balik bawak diri. Kami nak makan sebab lapar. So join kak ted dan abang nan makan lunch. Kak ma memang tak tiba dah...ahahahahaha...so kena cari makan sendiri sebab kami siap zuhur dia masjid Raja Haji di Cyberjaya. Nak tapau makanan banyak kedai tutup. Akhirnya bagi KFC je. Tapi masa sampai rumah kak Ma pun dah tapaukan makanan untuk anak2 dia. Oh dia sekeluarga 9 orang datang rumah kami. Alhamdulillah.


Sekian kali datang ke masjid ni...hari ni baru nampak tulisan Bismillah kat depan masjid.

Laki I memang suka monitor pesawat kat mana dah...fav dia ni.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.