Sabtu, 29 Jun 2019

,

Kenduri Kahwin, Open House Dan Serah Duit

Bila ada banyak rancangan kenalah pandai atur masa. Kali ni kenduri anak kepada sepupu mama. Bertempat di Star Avenue Mall. Tak pernah masuk mall ni. Selalu lalu je. Kami sampai awal sebab banyak plan kan. Tapi awal pun meja dah penuh. Lepas makan2 tak duduk lama dalam dewan. Hujan dan dewan pulak aircond sendu sangat.

















Siap jumpa saudara mara, kami hantar mama dan wan nyah balik. Solat zuhur  siap2 baru menuju ke rumah kak su di 16 Sierra. Kak su buat rumah terbuka almost every year. Setakat ni 3 tahun berturut2 aku dan laki pergi. Dari Aqlan..sampai ke Aqeel. Kat sini aku makan banyak sikit. Sedap je layan kipas angin bawah khemah. Dah kenyang masuk dalam rumah pulak. Tapi sekejap jelah sebab nak kena pergi rumah kawan laki pulak.




Sampai di Desa Pinggiran Putra perut memang dah penuh. Jadi minum air je sudah. Ni kali kedua ke rumah kawan laki ni namanya aku dah lupa. Lepak dalam rumah je. Aqlan dah tergolek2. Aqeel kacau orang pulak. Hahaha...semua dah penatla.




Kemudian ke opis laki kejap katanya nak buat claim dan hantar terus. Sebab dia akan sibuk di tempat client Isnin nanti. Jadi kami solat asar siap2 di sini. Masa ni laki cakap kalau aku nak ke seksyen 8 pergilah jalan kaki. Tak kuasa aku. Terus dalam kepala ni kata nak beli tudung Waarna la ada combo sale. Tak memasal laki pun ON je ke Alamanda. Lagi satu nak print gambar untuk mama. Alang2 kan.



Sampai2 je dah maghrib. Aku pergi dulu. Laki dan anak2 ke food court sebab Aqlan tak makan sangat. Bila turn aku pandai pulak budak ni ajak beli sesuatu dari MPH. So nak hilangkan rasa bersalah karang nak beli tudung jadi belikan juga budak ni sesuatu. Macam2 dia minta tapi aku dan laki memang dah ajar dia 1 toy only per visit. So belikan dia education toy. Kena pasang2 dan hidup gunakan tenaya solar. Haha aku siap2  cakap nanti balik buat dengan Abah. Kami pun tapau makanan untuk mama dan wan nyah.





Sampai rumah dah nak jam 10 malam. Penatnya... tapi masak juga pasta rings untuk Aqlan dan Aqeel sebab diorang makan macam tak kenyang tadi. Masak nasi juga sepot siap2 sebab mama dah lama mintak nak makan cucur nasi. Esok pagi buat breakfast la.

2 ulasan:

  1. Seronok jalan-jalan..anak anak u pun bagi kerjasama yg baik kan..macam x meragam..anak buah SA payah bawak berjalan..meragam je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni mood tengah baik..
      Yang bongsu tu lama kami menanti nak bawak dia jalan2..alhamdulillah pandai bawak diri budak2 ni.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.