Kami melakukan percutian bajet. Kami pilih yang selesa tapi murah. Plan dah buat sejak 2016. tapi sebab dibatalkan, tempahan bilik dan kereta sewa semua buat Mac 2017.
Travel Expenses
Flight Malindo
Dari KLIA ke Langkawi. Malindo sangat selesa. Minuman disediakan dalam perjalanan. Booking seat kena seorang RM26..tak kira dewasa atau kanak2...sebenarnya kalau nak free book 2 hari sebelum nak naik flight. Kami tak tahu.so masa nak balik dari Langkawi baru kami dapat free booking seat..pilihan kami seat nombor 5..senang nak masuk dan keluar dekat dengan pintu...dekatla juga dengan kelas bisnes..
Kereta Sewa
Ni penting nak jalan2...sewa dengan owner ni nama Anor. Mintak MyVi dapat Saga BLM..sebabnya MyVi dah habis masa kami sampai..dia nak offer Mirage tapi beg kami besar so tak muat. BLM pun selesa, harga pun sama. Sehari RM60 je..4 hari RM240 la campur deposit kena RM50 lagi. Deposit dipulangkan masa hantar semula kereta di airport. Masa booking bayar RM100 dulu. Jadi masa collect bayar lagi RM190. Cash ni leceh juga, habis nak kena pergi ATM kan.
Duit Minyak
Janganlah harap dapat kereta sewa ada minyak penuh...hahahaha.. jumlah semua kami pump RM80 untuk 5 hari. Laki pump sikit2. kalau pump penuh katanya nanti rugi...
Bilik Sewa
Kami menyewa di The Village, Chenang. Chenang ni happening. Sini ramai mat saleh. Bilik kami berhadapan dengan parking kereta. Senang betul angkut barang, Semua bilik2 pun setingkat je. 5 hari 4 malam kami kena RM392. Booking dulu, bayar semasa check in guna kad je, Jimatkan cash. Mostly kedai2 makan, kedai pakaian ke kedai kecil2 di sini pakai cash..jadi cash sangat penting. Apa yang boleh bayar guna kad, better guna. Hari2 pun senyap sunyi tidur pun nyenyak weh..
Bilik kami ada satu katil queen dan satu single, kami rapatkan je. Bilik dikemas 2 hari sekali. Ada TV yang ada 2 saluran je, tapi tak penting sebab ke sini nak jalan2 bukan tengok TV. Bilik mandi ada shower, air panas tak berfungsi pulak...tapi kami suka je mandi air biasa2 ni...hehehe.. Diorang bagi tuala dan sabun mandi je, jadi syampu tu bawaklah sendiri tapi aku beli di kedai 24 jam di Chenang je.
Nak iron, minta je dengan staff. Aku dibenarkan simpan iron dan boardnya sekali sampai last day..hehe..macam takde orang nak guna kot?? Di pantry terbuka mereka sediakan roti, butter, jam, kopi, teh, gula, krimer..air sejuk dan panas dari mesin Coway terletak didepan bilik tetamu. Situ juga ada paip..eh kesian jugak siapa duduk bilik tu kan..orang datang ambil air hari2.
Keperluan Anak
Kami memang cadang nak beli Ribena dan kasut getah Aqlan di Langkawi. Ok Ribena SANGAT susah ditemui. Sila beli di kedai Gecko di Chenang tu. Kasut getah berlambak je. Sekali beli di pasar malam, sekali beli di stesen minyak Buraq. Sebab beli kali kedua ingat yang first tu hilang, rupanya ada bawah seat driver je, Aqlan perangai buka kasut luar kereta..dah berapa pasang kasut dia hilangla.....kami juga beli diapers di stesen minyak. dah bawak cukup2...rupanya tak cukup jugak..Susu dan diaper untuk berenang sila bawak siap2 la..leceh nak cari weii kemungkinan besar memang TAKDE. Begitu juga bekas air...
Tiket Masuk Ke Kawasan2 Pelancongan
Ni memang kena rancang..Lain harga dibaca lain harga kena..hahaha..blog travel ni update ke tidak???? haishhhhhh...
Tiket parking kena bila park di area Kuah, Langkawi. Sekali kena beli sebuku pakai satu je. Nasib sebuku RM4! Parking kawasan pelancongan lain dikutip dari situ...ikut tempat dan pihak pengurusan la.
Underwaterworld Aquarium Langkawi dewasa RM36, kanak2 RM26. Total RM98.
Photoshoot kami bayar yang RM10 je..bergambar dengan harimau CG.
Parking dia RM3.50 setiap jam!
SkyCab kami amik RM110 BASIC COMBO. Skyglide harga lain kena RM15 dewasa, RM10 kanak2. Total RM40.
Photoshoot ambik dua kali...haha..sekali atas gunung RM50, sekali di SkyTrek RM30
Parking
Crocodile Farm total RM48. RM18 dewasa dan RM12 kanak2.
Photoshoot kena RM50 dengan 15 gambar diemel dan 2 gambar di printkan siap2. Tapi kami untung dapat 31 gambar...orang takde masa tu...syok betul
Parking free je...oi bahagia.
Telaga Harbour boleh ambil gambar dari tepi2 je..pun free..Aqlan menangis2 nak masuk ikut jambatan yang private untuk pemilik yacht dan boat je...
Waterfall di Datai ni free juga..buatan manusia tapi takde pulak airnya mengalir dari atas bukit. Nak jimat kot. Berdekatan situ ada tempat mandi2 di air terjun sebenar. Bila nak guna bilik air kena bayar 50 sen walaupun bilik air, ya langsung tak bersih!!! Macam takde tukang cuci pun. Tapi bayarlah juga sebab tanak menipu.
Laman Padi semua free...booth photoshoot memang takdakla...
Dataran Lang free juga bayar parking guna tiket yang perlu dipamerkan di dashboard. Satu buku RM4 ada 10 tiket.
Ada no.tel kereta sewa? Saya nak sewa kereta di langkawi ni.
BalasPadamMaaf la dah takde nombor fon dalam simpanan. Cari je kat google tapi sewa pengangkutan di langkawi
Padam