Jumaat, 11 Ogos 2017

,

Beli Baju Siap Tapi Kena Alter

Masa ke KWC kan terjebak beli baju style Korea. Beli sampai 3 helai pulak tu. Pastu bukan boleh cuba2. Letak2 kat badan je rasa muat terus grab. Ada sehelai tu kaler hijau terus grab je. Sekali sampai kaunter staff kata itu yang last. So inilah baju yang nak kena alter tu.

Kisahnya bila sampai rumah buat fashion show depan mertua, ipar dan laki. Bila disarungkan nampak cam ketat. Hoccay aku dah menambah selulit kat pinggang...

Jadi mereka cadangkan baju tu di alter. Hurm aku pun fikir apa kain aku nak guna. Kain perca kaler hijau rasanya takde. Susah ni. Pastu aku dok pandang shawl yang dah ada kesan2 minyak taknak hilang tu..adakah aku patut gunting dan tampal kat baju tu?

Akhirnya dapat idea...aku akan gunakan kolar baju untuk buat extension pada tepi baju. Idea ni datang dan aku kena terus buat je. So tetas bajulah nampak gayanya. Haii benci tetas2 ni. Sebab tu siapa pandai buat alterations lagi mahal upahnya. So adakah aku berjaya?


Bahagian kolar leher akan dijadikan extension tepi pinggang. Kena hati2 sebab itu je kainnya!

Selain itu, baju ini juga perlu dijahit balik semua butangnya kerana dah nak tercabut. Juga ada satu lubang butang tidak ditetas. Mentang2la baju pameran. Takpe..

Semua tampalan juga hanya menggunakan gam. Bukan dijahit. Itu juga perlu difikirkan sama ada untuk menjahit menggunakan mesin atau sembat je.

6 ulasan:

  1. ai ramai cust yang hantar alter baju yang dah beli siap.. Tapi ok juga.. rezeki kite..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika mahir takpe gunakan ia sebagai sumber pendapatan. Jika ragu2 dengan kemahiran sendiri kena atasi la kan..

      Padam
  2. tu masalah beli baju redimate..nanti de saje nak alter sana sini..huntung la dapat tgn pandai manjahit huhuuuu

    BalasPadam
  3. Hihi....sib baik pandai menjahit bole buat sendiri =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 hantar baju alter mahal kena..jadi belajarlah.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.