Rabu, 23 Ogos 2017

,

Kari Udang 2 Minit

"Tipulah mana ada masak kari 2 minit je."

"Memang pun......"

Yang 2 minit tu tempoh udang dalam periuk kari tu dimasak. Jangan lebih2 nanti udang tu keras overcooked tak sedap. Itulah tips sebenarnya hasil tengok rancangan memasak dan pengalaman masak kari udang.


Cuma pastikan masa bawang2 dan serbuk kari digoreng tu betul2 naik bau kasi garing sikit, masukkan air sikit je supaya kelihatan macam paste. Kemudian masukkan santan cair..renih jangan kasi bubble nanti pecah minyak..masukkan santan pekat...renih lagi..masukkan udang..2 minit tutup api.

Udang yang dimasak setakat 2 minit tak membengkok, lembut dan manisnya.

Rasanya kari udang lah paling senang dimasak berbanding kari ayam, daging dan ikan. Kari daging tak pernah buat pun..cam susah je...hurmmm..

Resipi hari ni...rupanya dah masak beberapa kali tapi tak pernah tulis resipi, puas cari dalam blog sendiri last2 kena buka buku resipi..hahaha..

5 biji bawang Shallots - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 tangkai daun kari
Masukkan cili padi yang dihiris2 jika suka (tak masuk sebab nak bagi anak makan)
200ml santan kotak Harmuni
Sedikit air
Udang dalam 15 ekor

10 ulasan:

  1. Dulu SA x suka masak kari tapi bila dah belajar jadi seronok plak..sebab takde complicated sangat..yang complicated sebab SA takut nak cuba

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu kita macam tu jugak. Tapi bila dah biasa masak cam senang dan seronok pula bila orang lain makan dengan berselera masakan kita tu.

      Padam
  2. As salam sis...
    lama tul i tak muncul...
    ni sesi nak lepaskan rindu kat kawan2 mayaku hehehehe..

    Paberet i ni kari udang...
    and suka masak kari udang dari kari daging...
    sebab kejap je masak udang tu ...
    i like food yang leh cepat siap di masak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam. Kita tak dapat tengok blog dah sebab private katanya. Tertanya juga pasal sapphire tu...lama hilang ni..

      Padam
  3. kuantiti udang ko tu dari dulu kini tak pernah berubah kan...mesti 15 ekor je :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kami 2 orang je makan. Buat apa membazir. Lagi 6 ekor dah masak kue tiau. Hehe.

      Padam
  4. tetiba macam teringin nak masak kari besok. tapi tu lah.. masih tak sihat sangat lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga sihat dan dapat masak kari udang, kak yan..

      Padam
  5. biasa kat umah msk kari ikan...suami xmkn udang sotong ketam bagai...mls nak buat 2 jenis lauk...hehehehe kalu nak pun kita goreng je sotong udang tu je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan nak kena masak ikut tekak suami jugak..nak masak 2 jenis lauk memang tak lah..

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.