Aku pun masak sup ayam, goreng ikan untuk anak dan laki. Sebagai bekalan....kang takdela lapo depa dua orang tu kena tinggal.
Lepas zuhur baru kami gerak lepas alas sedikit perut. Aku makan kek buah 2 potong je. Ada gula la sikit bagi tenaga kononnya. Mama dan adik ipar makan nasi dengan sup sikit.
Kami ke Jakel dulu sebab Mama nak beli baju untuk suaminya. Aku pulak tak ikut naik sebab ada sale gila2 kan..3 helai tudung RM10. Bila tengok tudung awning. Kaler dia 3 je...kuning, putih dan merah. Ko nak buat marhaban sesuai. Hehe. Tapi la ni semua orang sibuk nak lilit shawl je kan..tapi rasa makcik2 suka lah tudung camni. Xpress. Sarung dan siap. Aku tak beli. Jalan2 dalam butik tengok shawl2. Ada murah. Tapi berapa ratus tudung aku nak ada? Dah la semua harga pun sehelai nak ratus2. Tapi serius sale ni ramai gila orang. Siap ahli keluarga datang beramai2. Maybe bila kenduri kawin ke nak buat sesondon untungla beli.
In the end aku beli juga...tapi bukan tudung ratusan ya...hanya anak tudung yang ada awning sikit untuk dipakai dengan tudung bawal. Tu pun sebab 2 helai RM38. Kalau tak...sehelai dah RM69. Memang tak belilah... but alhamdulillah sekali lagi mama belanja...dia pun tanya baju yang aku buat dia belum bayar..aku cakap takyah dahla dah belanja anak tudung sudah2 lah..ye aku ni tak bergaji..tapi aku bukan suka amik kesempatan. Mama suruh aku amik upah tapi aku rasa belum bersedia sepenuhnya. Tunggulah mesin jahit tepi aku beli ke..hehe.. Insyaallah aku akan amik tempahan tapi bersyarat. Hahaa...
Lepas tu kami masuk Ariani bahagian baju2 pulak..eii mahalnya ek baju sukan aku tengok. Terus rasa baik beli di SportDirect. Tapi ni style muslimah..so...but..still mahal la bagi aku.
Then ke Sogo..ni aku beli juga walau mula2 dah janji tanak beli apa2. Tapi sebab murah dan tu je yanh ada baik aku grab. Ok aku cari seluar jeans putih. Susah ok dengan badan aku yang sekarang ni. Siapa badan macam aku korang pergi Mango beli jenis Violeta. Memang sesuaiiiii.. sampai saiz 55 ke 56 aku jumpa..tapi aku pakai 44 je..tu pun kira saiz 12 la. Adoi..
Beg2 Mango di Terranova Sogo. Tak beli pun.. |
Secara peribadi aku ingin nyatakan bahawa badan macam aku ni sesuai beli seluar saiz buatan UK or US. MALAYSIA punya buatan, saiz keding2 bolehla...jika dah 73kg tu ko lupakan. Haha. Sebab ia akan fit di perut yang dah pernah beranak dan kena czer tu. Lagi satu elakkan pakai jeans low waist. Memang ko saje nak cengkam tempat jahit tu ke apa? Aku beli seluar ni pun murah je..RM50 je..nangis mak kalau tak beli. Seluar Creacion yang aku kenan tapi takde saiz tu pun nak cecah RM100 tu pun sebab ada sale... takdak sale lagi ratusan. So ya kadang2 aku keliru dan tertanya2 kenapa buatan local mahal. Maybe korang patut hantar kat China sana lah.. murah sikit kos buruh. Tapi Rizalman pun hantar sana pun mahal jugak. Kekekeke.
Dah turun ke area Beauty aku beli celak mata jenis pen basah tu. Sebab yang jenis ada sekarang aku tak berapa gemar. Keras dan susah nak cuci..lama2 baru hilang.
Kemudian kami ke Sunway sebab adik ipar nak pergi La Senza. Ada diskaun 60% kalau beli 5 helai. Kan ke banyak. Tapi nak pergi last...jalan2 tempat lain dulu. Mama dah penat berjalan, kami bagi dia rehat2 minum coklat panas dan makan bagel di TCBTL. Ok kami nak jalan laju2 beli barang dan kembali ke dia nanti.
Sini ada kedai baju2 style Korea yang cantik dan murah namanya Mirrorcle. Tahannnn.... masuk Nichii...dah semakin elok buatan dan fesyen2 banyak copycat Zara..tahan jugakkkk..pastu aku pergi Cotton On. Ni tak tahan sebab bersebab. Sila open mind bila baca perenggan seterusnya.
Panties 5 helai RM80. Jenis seamless tu. Cantik2 dan ada saiz aku..ni lagi satu. Membeli seluar dalam boleh jadi hal sebab yelah pungkoq tak muat tak selesa dan macam2 lagi. Aku selalu tukar2. Takkan pakai seharian. Dan takkan pakai yang sama bertahun2. Sebabnya hygiene dan kulit sensitif. Jadi ya selain tudung, beli panties ni pun dah macam kerap jugak. Satu lagi aku suka feeling selesa...nyaman je pakai satu2 brand tu. So siapa saiz cam aku korang patut cuba Body by Cotton On dan juga Mark's and Spencer. Sorella pun okay. La Senza kena lupakan.... sedih....sebab rasa terhiris je di parut czer tu. Renda2 la katanya. Beli jelah granny panties confirm selesa..hahaha..but high waist brand2 yang aku sebut ni sangat bagus. Munafie aku dah try..takleh la gatal2 dibuatnya dan suka sangat bergulung. Hishhh.
Last sekali aku ke Zara. Baju2 Zara memang cantik. Aku telan airliur je nak beli yang embroidery belang2 biru tu. Bukan murah2 ya. Jangan tak tahu banyak copy kat luar tapi takleh lawan jenis embroidery dia. Aku pun ada la beli tapi sebab murah dan berbaloi. Bawah RM100. Over than that memang mak tak belilah...pujuk diri aku tak reti jahit sulam..mak kena kumpul duit beli mesin ni.. apa citer kan..asyikla kumpul duit pastu shopping sampai bila pun tak cukup duit kau Neng oiii..
Tengok Mama pun pakai bawal scallop. Siapa nak aku jual RM12 pulak selai..kalau beli 3 ke atas jual RM10 selai. 😅😆 |
Kembali kepada asal, kami pun balik rumah. Elok masuk rumah laki pulak sengih2 terus keluar rumah nak lepak dengan kawan2 dia pulak..Hoccay....turn jaga anak dan anak akan melekat sudah tiba...
heheheh mula2 xnak ye smpai kedai, mesti ada beg plastik yg dibawa keluar...hahahah pompuan kannn gitulah....
BalasPadamItulah dah agak akan membeli kalau keluar sesama diorang ni. Hehe..
Padamhahaha dah namanya perempuan, klo shopping tak nampak apa dah. tapi ok la, sebab grab yg murah, berbaloi. klo x sale tu, mau double triple duit yg dibelanjakan. :)
BalasPadamKan perempuan memang pantang sale dan murah. Tapi kita suka berkualiti dan ada sale. Baru rasa berbaloi duit tu dibelanjakan.
Padam