Kalau cakap tips kemas rumah, rumah ni ada banyak bahagian. Ada ruang tamu, bilik tidur, bilik mandi, dapur, halaman, ruang tambahan..ha macam2. So mula2 kalau la kita ni sejenis suka rumah bersih mestilah nak pastikan rumah tu bersih sentiasa. Takdela sampai dah bersawang baru nak kemas. Tapi hari2 nak kemas rumah macam mop bagai tu memang takla. Yang penting..
- Susun atur perabot atau barang2 yang selalu digunakan mestilah mudah untuk dicapai. Kalau nak tengok tapi kena alih tu ini kan susah. Haha. Lainlah nak tengok atau gunakan sebulan sekali ke.
- Meja makan hendaklah sentiasa dibersihkan selepas makan. Takkan nak biar sisa yang tertinggal kat situ. Esok nak guna meja makan tu kena kemas dulu. Kan dah buang masa.
- Pinggan mangkuk dalam sinki mesti takde. Pastikan kosong sebelum tidur malam. Esok nak start new day takdelah berdarah biji mata tu nak cuci pinggan nak buat sarapan lagi.
- Kamu kena ada wet tissue selain tisu biasa dan tisu dapur. Akan memudahkan kerja pembersihan. Kalau makanan tumpah seperti air manis ia akan melekit. Terus lap jangan tunggu kejap lagi. Sebab kejap lagi jadi lupa nanti.
- Mainan anak2 kalau dikemas akan disepahkan balik. Sediakan bakul atau kotak untuk mainan. Ajak dan ajar anak melakukan kerja kemas mainan bersama2.
- Pakaian yang sudah diangkat lebih mudah diasingkan mana yang hendak digantung atau mana yang perlu dilipat. Kami selalu hantar dryclean la ni. Laki asingkan ikut milik masing2. Katanya senang nak cari. Tapi bab pakaian ni selalu bertangguh nak kemasnya kan. Haha.
- Untuk mudahkan kerja, sampah kami diasingkan mengikut jenis. Ada tong untuk sampah dapur seperti sisa makanan, tong untuk kertas, kaca, plastik dan tin. Juga ada tong untuk lampin pakai buang yang telah digunakan. Ye memang banyak jenis tong tapi lebih memudahkan kerja pembersihan juga. Malah ada barang2 terpakai ni yang boleh dijual semula.
Sebenarnya susah aku nak bagi tips sebab aku ada pembantu rumah yang datang bersihkan rumah 2 minggu sekali. Dia akan buat semua kerja. Tapi aku akan monitor dan sediakan alat dan bahan2 untuk kerja2 pembersihan. Kami akan maintain keadaan rumah selepas dia balik. Tapi biasalah tentu dapur dan lantai akan melekit juga bila selalu masak2. So takkanlah tak menyapu terus kan. Dia lebih kepada mencuci tingkap, cuci kipas dan kerja2 yang susah untuk aku buatla sementara ada baby kecil ni. Dulu2 aku cabut juga rumput ya. Aku memang tak setuju mula2 cadangan laki aku ni nak ambil pembantu. Dia kesian kat aku. Ok dah laki sayang tangan bini kan kita taat jelah. Hehe.
Selagi buka mata, kerja2 rumah tak sehabis2nya.
BalasPadamBetul dah tutup mata tak buka2 tu baru habis kerjanya.
Padam