Khamis, 24 Ogos 2017

,

Buat Sarung Kusyen Dari Kemeja Lama

Ada beberapa helai kemeja lama tak muat atau dah tak sesuai nak dipakai aku gunakan untuk membuat kusyen alas tempat duduk. Mengapa kemeja? Sebab dah ada butang..senang..



Bahan2 yang diperlukan:-


  1. Kemeja lama
  2. Isian bantal (kekabu atau seumpamanya)
  3. Velcro


Sehelai kemeja.

Isi sarung bantal. Ni beli masa sale di Spotlight RM10 je satu. 


fluffy.

Mula2 kenalah potong kain panjang x lebar ikut berapa luas tempat duduk kerusi tu. Macam kerusi kat rumah aku 16.5 x 16.5 Inci.

Butang kemeja yang dah sedia ada tu memudahkan kerja. Tak perlu buat lubang butang atau jahit butang dah. Tak perlu zip dah. Senang kerja.

Potong Velcro pun ikut kelebaran tiang kaki kerusi. Kerusi kat rumah ni 4 Inci ialah saiz yang sesuai.




 

Barulah sedap punggung nak duduk lama2 menjahit.

6 ulasan:

  1. Kenapa tak guna blanket lama? Blanket tebal, so boleh tahan lama. Or tuala lama.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde pulak blanket dan tuala lama nak guna. Semua macam sayang. Kemeja tak sayang dah nak pakai..sebab tak muat. Kikikiki

      Padam
  2. duduk menjahit ni boleh kamatu bontot.. ada alas tebai sedap sikit menjahit.. pssst amik tempahan takkkkk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko ada kemeja lama nak digunting ke? Boleh je nak buatkan..

      Padam
  3. untung nya pndai jahit ni anis....mcm2 boleh buat.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba2 je..dalam kepala ni macam2 benda difikirkan nak dijahit. Kita terjemahkan..hehe.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.