Apa dah jadi pada meja komputer dari jenis kayu tu? Nak buang? Bukan hak kami..jadi selepas ditanggalkan ada bahagian yang laki rasa boleh guna. Dia punya idea la ni.. kalau ikut bini dia ermmmm jap jap..
So bahagian CPU tu dah jadi tempat letak cookies dan keropok segala jajan dan tudung saji. Elok pulak. Mejanya dari tapak pemotong jenis kayu yang dah dibeli lama tapi tak pakai dah. Sebabnya permukaan dah kasar dan ada bintik2. Boleh je nak licinkan balik guna kertas pasir..kertas pasir pun dah dibeli cuma tak dibuat2. Sabar jelah kan.
Bahagian rak dengan almari bertutup tu laki suruh letak kat bilik anak. Bilik tu asal bilik mertua jadi kalau mertua datang mesti tidur situlah.. jadi ya bilik tu ada barang2 mertua jugak.
Meja komputer tu sendiri aku suruh laki jadikan meja untuk laundry area. Base dari meja akuarium yang dah pecah. Kaki meja akuarium dari besi masih elok. Pastu laki pesan balit plastik sebab duduk belakang sana kot kena air meja tu akan rosak.
Ok..jadi kami amalkan guna semula. Yang lain2 tu aku tak fikir lagi nak buat apa. Nak kena kemas rumah ni.. esok kakak dari bangi datang sekeluarga. Minggu depan mertua pulak..haaaa aku busy ok....baju mertua tu pun lagi 2 helai tak siap...
Gambar lagi 2 tempat tu up lain kali je.. Sebab tak habis kemas lagi..hehe..😂😅😅
Jumaat, 28 Julai 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
teringat zaman kita meng-collect-ing tupperware :D
BalasPadamtak collect dah. tapi terjebak beli chopper tu sebab dihasut. hehe.
Padamides bagus tak membazir..
BalasPadamKena kreatif je kan..
Padam