Isnin, 7 Ogos 2017

Idea Untuk Menyusun Alat2 Jahitan

Haaa sebab2 aku ke kedai di KWC untuk beli barang2 mentah bagi membuat rak untuk alat2 jahitan aku lah. Puas juga google. Ada yang buat sendiri. Ada yang beli bahan2 di Daiso. Memandangkan Daiso dah makin mahal..RM5.90 satu barang maka lagi berbaloi aku ke KWC.

Yang paling penting ialah wire net tu. Puas juga cari nama ni dalam google. Jumpa mesh net. Jaring la..mostly yang keluar bahasa Indonesia kemudian blog dari Singapore baru Malaysia. Apalah...takde orang buat sangat kot...aku lak tengok idea ni dari orang putih la.

Dah tu kena beli pulak hook yang sesuai. Untuk gantung2 kan. Beli juga penggantung untuk wire net tu. Ni last minit kat kaunter, staff tu yang cadangkan. So total cost:-

Wire net RM9
Hook RM3.20 x 2 packs (ada 20 in total)
Hanger for wire net RM2.70 x 2.
Grand total = RM20.40 je.

Nak juga beli tailor mannequin tapi mahal la yang boleh cucuk2 jarum tu. 200 lebih tu..kedai depan dia jual RM80 tapi kaki besi hudoh aku tak suka. Kaki kayu RM160. Oh aku kena survey lagi..nak pergi kedai2 kat luar KWC tatau mana satu dan kami masa tu dah kelam kabut nak balik.

Sekarang kena tunggu laki tolong pasangkan wire net tu ke dinding..atau kat mana2 yang sesuailah..angan2 je dulu jadi macam ni..


10 ulasan:

  1. Kemas dan tersusun
    taklah kelam kabut nak cari bila nak digunakan.
    lagi bagus kalau dilebelkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Especially gunting. Risaunya kalau ada yang pakai gunting kain pergi gunting kertas. Bukan murah gunting tu.

      Padam
  2. tak sabar nk nengok hasilnya.. angan2 jadi kenyataan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suka angan2 jadi kenyataan. Kalau tak jadi sedihhh...

      Padam
  3. cantik susun macam ni. nampak susun dan teratur je. kreatif sangat orang yg reka idea ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..kita tiru idea dan olah mana yang sesuailah.

      Padam
  4. Wahhh cantik dan kemas... Senang nak capai=)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Depan mata. Meja menjahit nak lebih kemas kena buat camni.

      Padam
  5. Cantik Dan very practical. Very kreatif

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang penting kos bahan murah. Sesuai untuk rumah kecil.

      Padam

Dilarang menyalin atau menyiar semula hasil penulisan dalam blog ini di dalam apa jua bentuk medium.

Penulis tidak bertanggungjawab atas komen-komen pembaca.

Komen spam akan dibuang serta-merta.