Selasa, 13 Mac 2012

Photos of Brooks Half Marathon 2012

lambat sampai untuk running kali ni. tersilap2 tempat permulaan. sudahnya ke sana ke mari dah nak 1km.  in the end ada jugak orang yang tunjukkan laluan yang sebenar. hampir2 sahaja tak ambil riben pink menandakan pengesahan penyertaan.

akhirnya sampai garisan penamat juga



penamat di dalam stadium Bukit Jalil. best betul lari2 atas track



dan yang paling best tak sangka dapat medal. sebab dikatakan hanya 10km & 21km runners je dapat. btw, 21km runners je dapat goodie bag
makan2 selepas larian agak sedap. aku makan 2 potongan buah tembikai, roti kaya, milo sejuk & air mineral. kenyang sudah..

Isnin, 12 Mac 2012

Kampung Morten, Melaka

Kg Morten sesuai untuk dilawati pada waktu malam. ada beberapa buah rumah penduduk yang boleh disewa kepada pengunjung. di depan kampung ini ada sungai dan boleh lihat bot membawa pelancong bersiar2. aku tahu pasal kampung ni sebab tukang bawa bot bercerita.

gambar adalah dari SE, masa tu belum beli kamera untuk emak. tapi aku merakam jugak. hahaha. tapi korang patut ke sana lihat lampu2 yang cantik pada waktu malam.









Killiney

selepas lari2 semalam aku ke Giant Kota Damansara teman mak shopping. mak aku ni memang suka shopping. kalau dah tolak troli tu tah macam2 benda letak. aiyy..mak kaya dari anak..layankan jelah.

lepas dah membeli-belah, lapar pulak. aku pun mencari2la dalam Giant ni apa kedai yang menarik. hampir2 nak keluar, ternampak Killiney. so kitorang pun masuk makan.

maka makan kuew tiaw goreng dan ice lemon tea, aku makan nasi lemak an teh tarik. rasanya inilah ayam goreng berempah yang sedap betullllll aku makan. siap ada daun kari. nasi lemak pula siap ada halba dan hirisan halia. memang terbaik. tapi............. gambar  keping je. sedap sangat nak ngap-ngap.


semalam aku rasa hari yang sangat panjang..... pagi2 jam 530am kan dah keluar. balik rumah sendiri sampai jam 7 malam. happy betul.

Buku

membaca jambatan ilmu, tak kiralah apa jenis ilmu jangan ilmu hitam sudah. 

apapun ilmu tanpa amal, sia-sia. amal tanpa ilmu itu namanya gila. sekadar memetik kata2 Imam Ghazali.

buku Pecah dah ditemui. pada rak buku seorang kawan  dirumahnya. elok tersepit dengan buku2 lain. aku dah ambil balik supaya buku tu tersepit dengan geng2 dia yang sepatutnya. 

kali ni siapa nak pinjam buku aku, nak buat style macam library. ada kad peminjam. hahahaha.


ok ranma & 1/2 tu aku ada miliki koleksi penuh. tapi kat rumah mak aku. nanti kena angkutla. komik tu kelakar betul.

Ahad, 11 Mac 2012

Photos of World Kidney Day Run 2012

Kidney Day disambut pada 8 March setiap tahun di seluruh dunia.  bersempena dengan sambutan hari buah pinggang sedunia ni, diadakan larian untuk mengutip dana bagi tujuan amal.

seawal jam 630am dah sampai di dataran merdeka. jadi dapat parking dengan gembira.
 
 
 

buat2 senaman panas badan mengikut rentak instructor dari Fitness First. kemudian tak sampai 5 minit dah masuk line. aku memang berjalan je since last running masuk January. harusla aku pancit. ini pula 1st time aku masuk 7km. penatla wei sampai Bukit Tunku tu..lepas tu patah balik. aku macam dan nak give up sebenarnya. in the end aku teruskan juga, kuatkan semangatla.

di akhir larian dapatla medal dan sijil penyertaan. kalau zoom betul2 medal ni berbentuk buah pinggang. lepas tak dapat minum milo sebab dah habis, kitorang bali aje. lepas tu barulah nak belek2 acara..rupanya ada cabutan bertuah. takpelah dah tak larat sangat2. 

terus pergi makan nasi lemak Chawan di Bangsar. kemudian kelam kabut balik rumah sebab nak bersiap pergi jumpa Dina. 4 tahun sekali sambut birthday anak buah aku ni. sian.

Brooks Half Marathon Run 2012

event di Stadium Bukit Jalil. tengok route map, akan berlari dalam stadium. walaweh. 21km runners akan bermula jam 530am. aku baru nak bertolak ke sana la dengan harapannya sampai sana terus solat subuh.

aku daftar 5km je. half marathon 21km pitam la aku. last week punya bengkak2 otot pun masih teringat2. dengan melecet-lecet bagai.. uh kali ni pastikan kasut tu dipakai dengan betul.

oklah running start jam 645am untuk kategori yang aku masuk. hopefully berjalan dengan selamat dan balik tak letih2 sangat.

Jumaat, 9 Mac 2012

The Lord Of The Ring

Saga yang tak pernah mengecewakan aku dan membosankan aku. wayang, DVD, TV..semua aku nak layan.

aku memang suka filem2 macam ni. guna pedang barulah hero sebenar. ni semua salah satu hasutan adik aku jugak. dialah penyebabnya. buku novel dia beli..aku tak mampu nak baca. satu nak baca sambil otak kena translate ke BM, satu lagi tebalnya....bilalah nak habis2 kan.

The Fellowship of The Ring - aku suka melihat hubungan cinta Aragorn & Arwen.   bagaimana Frodo di kampung halamannya dan kawan2 Hobbit yang setia. rumah2 mereka unik. hehehe Gandalf masuk rumah mesti kena tunduk2.

dalam The Two Towers, aku sakit hati betul tengok Raja Theoden. bodoh nak mampus. sekali lagi Aragorn menggegarkan jiwa wanita anak dara raja Rohan bodoh tu. tapi jangan tak tau dia dah kena sihir mestilah biul2...dah kena sihir dek Saruman geng Sauron.

kesetiaan dan persahabatan yang ditunjukkan oleh Sam kawan kepada Frodo amat menyukakan hati. betapa dia tahu payahnya tugas Frodo meembawa cincin ke Mordor untuk dimusnahkan.


The Return of The King betul2 mengejutkan aku bahawa rupa2nya Aragorn la orangnya.


Saga ini sedang ditayangkan di TV2 untuk 3 minggu berturut2. sekarang The Two Towers. layan... 

Selasa, 6 Mac 2012

Kopi

aku dah dapat naskhah Kopi petang tadi. korang peminat Buku Fixi dah dapat ke? dah tempah ke? cepat2..

macam kata bos Fixi, Amir Muhammad dalam emelnya kepada pembeli2 Kopi pada 5 March 2012;-

TQ kepada semua yang pre-order KOPI. Buku anda dipos harini! Daripada 300 keping yang dikhaskan untuk penjualan online, 162 telahpun dibeli. Stok selebihnya ialah untuk events termasuk Pesta Buku Antarabangsa KL nanti & TAK akan dijual di kedai. Tapi jika anda tak akan ke events, 138 keping masih ada: http://fixi.com.my/kopi/ :-) regards, amir.


bukunya comel molek. tulisannya kecil2 dan kertas digunakan seperti digunakan oleh penerbit2 novel Inggeris. ah baru sampai ofis ada je yang dah nak pinjam, buku Pecah aku yang hilang atau tah sapa pinjam pun masih belum detect!

sebab belum baca aku tak dapat rumus, baru je balik. kan aku bekerja keras setelah 3 hari bercuti. hehe.

Isnin, 5 Mac 2012

Rawatan Gigi Klinik Ampang

aku ni baru je balik dari klinik gigi Ampang. yaa..klinik kerajaan. lama? aku tak rasa lama..mungkin sebab dah biasa dengan ramai orang datang buat pemeriksaan. iyalah kat klinik kerajaan caj murah2 je. mana ada semua orang mapu nak bayar berpuluh2 atau beratus2 untuk sebatang gigi? apa lagi 2 atau banyak pula  masalahnya.

aku sehingga hari ni tak pernah dapatkan rawatan gigi di klinik swasta. entahla sebab aku rasa selesa dengan doktor gigi kerajaan. 

oklah untuk menjawab soalan Ann;-
  • klinik pergigian walk-in Isnin dan Rabu je. jangan gatal2 pergi hari lain. 
  • nak bawak kereta ada je tempat parking. tapi luar kawasan bangunan la. aku dah cek tadi rasanya tak kena saman sebab takde line kuning. aku jalan kaki je..sebab dekat sangat.
  • daftar masuk kat kaunter pergigian. kaunter banyak tau. jangan salah. tanya je petugas2 kaunter macam aku buat tadi. aku pun blur sebab 1st time ke sini. bayar RM1 je masa daftar.
  • ko agak2 boring nak tunggu nama dipanggil bawalah apa2 untuk dibaca ke..aku bawa PSP sampai tak dengar nama dipanggil. bila mesin pemanggil panggil baru aku sedar. hahaha..dah 15 minit. nasib petugas kaunter tak marah. yelah ko orang ramai sangat, bising..lagi pulak aku tengah jadi BEN 10 tadi. hahaha.
  • masa menunggu tak dapat ditentukan. sebab mereka utamakan ibu mengandung & warga tua. jadi banyak2 bersabar. itu pasal kena bawa apa2 yang boleh ko khayal bersama.
  • bila dah masuk bilik rawatan, doktor gigi macam biasa cek semua gigi ko. aku fahamla 2-3 benda je. haha.
  • kemudian dia tanya nak buat apa, sebab walk-in dia akan terus buat, tapi 1 rawatan je. masalah gigi lain..next walk-in dia cakap.
  • so aku pun nak tampal gigi sebab kalau dah sakit........memang tak boleh tidur.
  • doktor akan tanya pendapat. nak tampal/cabut..tengok kadar kerosakan. so aku nak tampal.
  • maka aku kena RM2 je. hehehe...

aku tak alami karies yang teruk, maybe aku rajin guna flos gigi akhir2 ni. jadi doktor kata aku tak perlu cuci. dulu2 aku rajin cuci masa di UKM. oh alhamdulillah. next visit aku nak tampal lagi 1 gigi yang tampalannya dah tersopek sikit. guna2 la belen cuti tahun lepas sebelum burn akhir March ni.

Update aku pergi last Monday 24 Nov 2014.






Masa buat tampalan tu doktor cakap plaster kuning takde which is better than putih. Bulan Jan 2015 baru ada. Ah lantakla asalkan aku boleh tampal gigi ni ha.

Sabtu, 3 Mac 2012

Kidney Run 2012

this is 2nd run for me this year. i gonna walk for 7km for the 1st time tomorrow. now i need to pack.

hopefully i am fit for this run/walk..mostly i will walk. hehe.

Khamis, 1 Mac 2012

PKNS BIZ Point, Shah Alam

lepas dah hi-tea kami ke Shah Alam. aku yang nak pergi sangat. entah apalah nak tengok sangat kain2.

singgah sebentar

ice lemon tea tak rasa lemon pun. mahal lagi.
gambar2 dibawah semua diambil ketika kereta bergerak menggunakan Panasonic Lumix DMC S1-W.

















so bagi aku area ni memang tengah membangun dengan gedung2 tekstil, busana & butik2 pengantin. kalau lapar boleh makan dengan bermacam2 pilihan kedai. aku nampak Secret Recipe, Old Town, Tutti Frutti dan aneka restoran lagi. cuma aku tak nampak surau. jadi aku solat asar siap2 di area lain. adalah surau2 kat kawasan taman perumahan...jadilah kan. jangan nak menyopping aja.

apa yang aku beli? kitorang dah masuk Jakel tapi disebabkan asyik ada pekerja yang mengikut je aku terus takde mood. aku tak sempat nak pegang kain diorang sebok bagitahu itu ini. well i'm not kinda that person. aku kalau tak tahu aku memang tanya. ko sibuk cerita itu ini..aku terus turn off. sudah..tunggu mood aku baik baru aku datang balik.